WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 31, 2008

DASAR BARU 2009

Hari ini 31 Disember 2008 telah berlangsung mesyuarat guru di Bilik Persidangan. Mesyuarat yang berlansung hampir 4 jam ini memfokuskan kepada beberapa perkara. Antaranya halatuju STAR 2009, pembahagian tugasan pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum bagi penggal persekolahan 2009. Saya tertarik kepada dua dasar utama yang telah diputuskan dan sudah pastinya menimbulkan banyak polimik samada di peringkat guru mahupun pelajar. Tidak kurang juga sudah pastinya akan mendapat pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan dengan STAR seperti STAROBA dan PIBG. Namun pada pandangan saya, segala dasar yang dibuat dan akan dilaksanakan telahpun diperhalusi dengan sedalam-dalamnya. Dan pada akhirnya, tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan tahap disiplin dan juga pencapaian akademik STAR.

Disini saya ingin berkongsi dua dasar baru yang akan dilaksanakan.

1) Waktu P& P sehingga jam 5 petang bagi Tingkatan 4 dan 5, manakala untuk Tingkatan 1,2 dan 3 sehingga jam 4.20 petang. Pelajar dibenarkan untuk pulang berehat selama 1 jam (2-3 petang) bagi tujuan Solat dan makan tengah hari dan menyambung kembali P&P pada waktu petang. Saya berpendapat dasar ini cukup molek kerana kita dapati prep petang selama ini tidaklah terlalu berfungsi kerana pada waktu ini pelajar mengambil kesempatan untuk tidur dan berbual kosong. Tidak kurang juga yang ponteng serta lewat ke kelas prep petang. Malah ada juga pelajar yang mengambil kesempatan untuk "fly" sewaktu prep petang. Selain itu juga, masalah pelajar yang suka minta outing pada waktu petang juga akan dapat di atasi.


2) Pelajar-pelajar Tingkatan 1 akan ditempatkan di Blok Matrik manakala pelajar Tingkatan 5 akan kekal di rumah masing-masing. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah rasionalnya pengenalan dasar ini. Pertamanya pelajar-pelajar tingkatan 1 merupakan pelajar-pelajar yang baru dan datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain. Makanya dengan menempatkan semua pelajar Tingkatan 1 di bawah satu bumbung dengan bimbingan pengawas-pengawas diharapkan masaalah homesick atau buli tidak akan berlaku. Keduanya, pelajar-pelajar senoir (tingkatan 5) perlu diasingkan mengikut house. Keburukan apabila mereka ditempatkan di matrik (seperti tahun-tahun kebelakangan) pengaruh negatif cepat berlaku. Sering kita lihat bagaimana masalh LADOS serta asrama tidak kemas berlaku. Tidak dinafikan pelajar-pelajar senior ingin kan privasi bagi memberi tumpuan pada SPM, namun ianya tidak berlaku seperti yang kita harapkan. Sedikit sahaja pelajar yang benar-benar menggunakan peluang untuk fokus pada pelajaran, namun selebihnya masih di awang-awangan dan tidak tahu apa arah tuju mereka.


Sudah tentunya dasar baru ini akan mendapat reaksi yang pelbagai dari semua pihak. Kita tunggu dan lihat. Setiap individu yang mempunyai hubungan dengan STAR punyai hak untuk memberikan reaksi. Keputusan telah dibuat, kita lihat hasilnya nanti. Yang pasti kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

fakhruddin said...

bagus2 heheh

imanshah said...

cg2 sentiasa usaha yg terbaik untuk star

a p i t i k u s t i k a said...

cikgu!

saya suka amat dasar ni!
muga2 star akan bersinar dan terus bersinar!

p/s : tahniah dengan result PMR yg lepas

rais said...

Salam cikgu,

Bila baca blog entry ni saya dah lost..
Dulu zaman saya, F1 di Blok Tingkatan 1 (sebelah kelas)..
F2 - F5 duduk House..
Blok Matriks mula digunakan F2 mid 1999..setelah Matriks USM dimansuhkan..
So tahun lepas F5 tak duduk House lah?

-White 1999-

Myro said...

dasar yg baik dan bermutu..teruskan usaha..star is the best!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget