WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 31, 2008

29 IS ONLY A NUMBER

awan berarak ceria..
tiada titis hujan..pohon melambai..
tanda sokongan..
ku susur di perjalanan
bertemankan senyuman..di hari lahirku

dedaun berguguran..
membuktikan kedewasaan..
walau tanpa madah dan hadiah..
namun cukuplah.
sekadar ucapan..
selamat hari lahir..
iringan doa kutitipkan..
bersyukur kepadanya..
atas nikmat usia..

awan berarak ceria tiada titis hujan..
pohon melambai..
tanda sokongan
ku susur di perjalanan..
bertemankan senyuman di hari lahirku..

usiaku ibarat mutiara..
tiada berganti lagi..
hiaskan iman bersulam taqwa..
agar sempat menuju haruman syurgawi..
selamat hari lahir..iringan doa kupanjatkan..
bersyukur kepadanya..
atas nikmat usia..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

DASAR BARU 2009

Hari ini 31 Disember 2008 telah berlangsung mesyuarat guru di Bilik Persidangan. Mesyuarat yang berlansung hampir 4 jam ini memfokuskan kepada beberapa perkara. Antaranya halatuju STAR 2009, pembahagian tugasan pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum bagi penggal persekolahan 2009. Saya tertarik kepada dua dasar utama yang telah diputuskan dan sudah pastinya menimbulkan banyak polimik samada di peringkat guru mahupun pelajar. Tidak kurang juga sudah pastinya akan mendapat pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan dengan STAR seperti STAROBA dan PIBG. Namun pada pandangan saya, segala dasar yang dibuat dan akan dilaksanakan telahpun diperhalusi dengan sedalam-dalamnya. Dan pada akhirnya, tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan tahap disiplin dan juga pencapaian akademik STAR.

Disini saya ingin berkongsi dua dasar baru yang akan dilaksanakan.

1) Waktu P& P sehingga jam 5 petang bagi Tingkatan 4 dan 5, manakala untuk Tingkatan 1,2 dan 3 sehingga jam 4.20 petang. Pelajar dibenarkan untuk pulang berehat selama 1 jam (2-3 petang) bagi tujuan Solat dan makan tengah hari dan menyambung kembali P&P pada waktu petang. Saya berpendapat dasar ini cukup molek kerana kita dapati prep petang selama ini tidaklah terlalu berfungsi kerana pada waktu ini pelajar mengambil kesempatan untuk tidur dan berbual kosong. Tidak kurang juga yang ponteng serta lewat ke kelas prep petang. Malah ada juga pelajar yang mengambil kesempatan untuk "fly" sewaktu prep petang. Selain itu juga, masalah pelajar yang suka minta outing pada waktu petang juga akan dapat di atasi.


2) Pelajar-pelajar Tingkatan 1 akan ditempatkan di Blok Matrik manakala pelajar Tingkatan 5 akan kekal di rumah masing-masing. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah rasionalnya pengenalan dasar ini. Pertamanya pelajar-pelajar tingkatan 1 merupakan pelajar-pelajar yang baru dan datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain. Makanya dengan menempatkan semua pelajar Tingkatan 1 di bawah satu bumbung dengan bimbingan pengawas-pengawas diharapkan masaalah homesick atau buli tidak akan berlaku. Keduanya, pelajar-pelajar senoir (tingkatan 5) perlu diasingkan mengikut house. Keburukan apabila mereka ditempatkan di matrik (seperti tahun-tahun kebelakangan) pengaruh negatif cepat berlaku. Sering kita lihat bagaimana masalh LADOS serta asrama tidak kemas berlaku. Tidak dinafikan pelajar-pelajar senior ingin kan privasi bagi memberi tumpuan pada SPM, namun ianya tidak berlaku seperti yang kita harapkan. Sedikit sahaja pelajar yang benar-benar menggunakan peluang untuk fokus pada pelajaran, namun selebihnya masih di awang-awangan dan tidak tahu apa arah tuju mereka.


Sudah tentunya dasar baru ini akan mendapat reaksi yang pelbagai dari semua pihak. Kita tunggu dan lihat. Setiap individu yang mempunyai hubungan dengan STAR punyai hak untuk memberikan reaksi. Keputusan telah dibuat, kita lihat hasilnya nanti. Yang pasti kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENGIKTIRAFAN

Tuan Pengetua Kanan, Encik Mohmad Guffri bin Alpiah telah menghadiri Majlis Pengumuman PMR Negeri Perak di Hotel Hillcity, Ipoh. Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar.Dalam majlis yang diadakan ini, pengetua bagi pihak sekolah telah menerima 3 anugerah yang disampaikan oleh tuan pengarah. Anugerah-anugerah tersebut adalah :
  1. Anugerah Lonjakan Saujana (kateogori SBP)
  2. Anugerah kualiti PMR (kateogori SBP)
  3. Sekolah terbaik PMR 2008 Peringkat Negeri Perak

Turut diumumkan juga ranking pencapaian peringkat negeri

  1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (73.50 %)
  2. Kolej Melayu Kuala Kangsar (72.81 %)
  3. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (70.85%)
  4. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (49.65%)
  5. SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (36.40%)
  6. SBPI Gopeng (34.40%)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Tuesday, December 30, 2008

Lagi-lagi PMR!!!


Hari ini saya dihujani dengan banyak pertanyaan tentang keputusan PMR. Parents, STARIANS, old boys, kengkawan, PIBG semuanya nak tahu pasal PMR. Ada yang SMS, ada yang telefon. Antara soalan yang kerap ditanya berapa ramai straight A?? Ranking berapa?? Disini saya sertakan ranking tidak rasmi keputusan PMR negeri Perak kerana di peringkat SBP ranking hanya akan dikeluarkan dalam mesyuarat pengetua SBP pada penghujung Januari 2009.
1. STAR
2.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
3.SERATAS
Harap semua pihak berpuas hati dengan kedudukan ini. diingatkan ranking ini merupakan kedudukan tidak rasmi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8A's STUDENT

GREEN (16)
Wafiy
Hazim Hazwan
Izuddin
Hairie
Nawaf
Elyasha Fatiehah
Faizs
Adam
Fikri Akmal
Habibullah
Izhar
Naqib
Nazirul Haziq
Ruslan
Saufi
Ridhwan Firdaus
RED (14)
Afiq Syazwan
Amirul
Arif Zakwan
Izuan Afiq
Khairul Zakirin
Nasruddin
Faris
Al Muazzin
Fahmi
Nasaruddin
Nurhaikal
Syafiq
Nahrizul
Umar Hakim
WHITE (13)
Adib Akhbar
Syakir
Aizuddin Akmal
Amirul Rafiq
Amirul Rasyid
Luqman Al Hakim
Farhan
Hasif
Arif
Eikmal
Zakwan Hazim
Nazrul Syafiq
Azrul Afif
BLACK (16)
Azlan
Firdaus
Ahnaf Muslihuddin
Farizuwan
Syafuan
Aiman
Fadhil Khir
Shawari
Azzam
Fakhrul Asyraf
Hazim Izzudin
Khairuddin
Shahril
Zaim Yusran
Syed Musa Kazim
Syafique
BLUE (12)
Afiq Najmie
Imran
Megat Rizuan
Afiq
Muazzin
Fuad
Amirul Alimin
Syahmi Afif
Syafiq Affendi
Hanis
Adam
Zharfan
YELLOW (15)
Ikram
Syafiq
Mirza
Sobhie
Amirrudin
Maliki
Afiq
Azri
Haziq
Muhsin
Rahimi
Syamim
Syazwan
Zul Fikri
Ariff



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

KEPUTUSAN PMR 08

Keputusan PMR telah diumumkan pada jam 10.15 pagi oleh Encik Mohd Guffri bin Alpiah, Pengetua Kanan STAR di Balai Hinggap. Dari 117 calon, seramai 86 orang telah berjaya mendapat A, iaitu 73.50 %. Keputusan ini memperlihatkan peningkatan berbanding tahun 2007 seramai 74 calon atau 67.89 % mendapat A.


BAHASA MELAYU 110 (A) dan 7 (B)

BAHASA INGGERIS 108 (A) dan 9 (B)

MATEMATIK 112 (A) dan 5 (B)

SAINS 103 (A) dan 14 (B)

SEJARAH 115 (A) dan 2 (B)

GEOGRAFI 113 (A) dan 4 (B)

PEND.ISLAM 107 (A) dan 10 (B)

KEM.HIDUP 117 (A)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

GO LIVERPOOL GO...


Hari ini sangat aku gumbira...Liverpool belasah Newcastle 5-1..apatah lagi melihat Chelsea hanya mampu meraih satu mata..Mata ini kutahan dari mengantuk untuk melihat ketewasan MU di tangan M'brough..Harap-harap semuanya seperti yang diinginkan.Liverpool champion league this year!! You never walk alone.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Sunday, December 28, 2008

WEBSITE BATCH!!





Batch of 46 (2002-2006) kini telah mempunyai website sendiri. Usaha ini digerakkan oleh Saudara Arham Fawwaz dan Saudara Ikhwan Nasir. Saya melihat keadaan ini sebagai satu usaha yang cukup positif kerana melalui website ini mereka dapat berhubung walaupun masing-masing terpisah jauh. Selain itu segala aktiviti terkini ahli batch dapat diwar-warkan melalui website ini. Dalam perkembangan kepesatan teknologi maklumat hari ini, segalanya tampak mudah.Yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dimesrakan. Semasa mengunjungi website ini, barulah saya menyedari bekas-bekas penuntut saya sudah ramai yang berada di oversea. Mereka boleh dihubungi melalalui www.starian026.com atau link terus melalui link saya. Pada hemat saya, keperluan untuk mewujudkan website ini perlu disebarluaskan kepada batch-batch lain yang telah meninggalkan alma mater ini. Ketua batch atau ketua umum perlulah menggerakkan rakan-rakan yang mempunyai kelapangan dan kemahiran dalam membina laman web untuk membangunkan website batch masing-masing. Namun, ianya memerlukan komitmen dan juga pengorbanan masa kerana apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk 'maintain' kan website ini agar tidak seperti hangat-hangat tahi ayam.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Saturday, December 27, 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430

TAHUN BARU HIJRAH 1430 akan tiba. Seluruh umat Islam di segenap penjuru dunia akan merayakan tahun baru dengan penuh keikhlasan dan kesederhanaan, apatah lagi dunia sedang mengalami zaman kemelesetan ekonomi. Namun nampaknya, sebahagian umat Islam masih belum tahu apa arti sebenarnya hijrah tersebut. Sebagaimana kita ketahui pengertian hijrah itu adalah berpindah. Perpindahan di sini bukan saja bermakna berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain sebagaimana Rasulullah berpindah dari Kota Mekah ke Madinah, untuk menyebarkan ajaran Islam, tetapi lebih jauh lagi secara mendalam mengandungi berbagai pengertian yang perlu diperhalusi. Apalagi zaman telah berubah dan tidak lagi seperti zamannya Rasulullah dahulu.



Hijrah nafsu


Dalam kehidupan hari ini, di mana tujuan awalnya untuk memperbaiki dan memenuhi segala bidang kehiduapan masyarakat, maka hijrah sangat penting untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana dalam kehidupan seharian kita, bayak perkara yang bertentangan dengan perintah agama berada disekeliling kita. Pada dasarnya bisikna hati nurani tidak pernah menyimpang hari kebenaran. Tetapi apabila sudah ditunggangi oleh hawa nafsu, maka bisikan hati nurani yang tadinya murni, akan tercemar dan bahkan cenderung menyimpang dari kebenaran.Maka, hijrah yang dimaksudkan ialah hijrah dari perkara yang dimurkai ALLAH, kepada yang lebih diredhai ALLAH.


Senario di STAR
Berbalik kepada senario di STAR, penulis mengajak diri sendiri serta seluruh warga STAR untuk sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik. Zaman kegilaan teknologi serta maklumat dihujung jari ini, segala-galanya tampak mudah untuk diperolehi. Justeru saya cukup yakin dan percaya kita semua perlu berhijrah jika ingin melihat STAR dan seluruh warganya mengecap kejayaan yang gemilang. Tingkah laku jahiliyyah seperti buli, tidak menutup aurat, malas belajar, mengata guru, malas solat, mencuri (lanjun bahasa STAR),ponteng kelas, fly, lados dan banyak lagi perlu dihindarkan.

Persoalannya, sejauhmanakah kita semua menghayati dan mengamalkaan ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T., sejauh manakah hijrah nabi itu difahami dan diperhalusi serta dijadikan iktibar. Sedangkan kita tidak pernah tidak dari sentiasa diaajar untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Tepuk dada, maka tanyalah IMAN.Jadikan yang tebal itu iman, yangh nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang luas itu ilmu, yang manis itu silaturrahim.Salam Maal hijrah 1430H!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

TAHNIAH HAJI MOHD RADZI



Bekas Pengetua STAR yang ke 21, Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pelajaran Perak mulai 26 Disember 2008. Berita ini mungkin merupakan sesuatu yang amat menarik memandangkan beliau merupakan antara pengetua yang dianggap 'lembik' oleh sesetengah pihak sewaktu menradbir STAR,(pengkritik-pengkritik beliau) namun akhirnya berjaya menduduki jawatan yang tertinggi dalam institusi pendidikan di Perak. Pada pengamatan penulis, beliau merupakan antara bekas pengetua yang kedua dilantik sebagai pengarah Pelajaran Perak selain dari Dato' Adnan bin Ibrahim. Seorang lagi, iaitu Dato Dewa@ Dawa Abdullah merupakan bekas Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, manakala Dato ' Alimuddin bin Haji Mohd Dom sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Betul kata pepatah 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusi, Allah yang tentukan".

Walaupun telah keluar dari STAR sebagai PPD Kinta, kemudiannya sebagai Ketua Nazir Pahang, dan seterusnya sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, KPM, dan bintangnya terus bersinar dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beliau seorang yang mudah didekati walaupun berjawatan tinggi. Tidak lokek dan selalu belanja penulis makan roti canai 'pisang' di Sabar Menanti apabila pulang ke Ipoh sekali-sekala. Begitu juga apabila tiba musim perayaan, jarang beliau terlupa mengucapkan Salam Aidilfitri buat penulis melalui pesanan khidmat ringkas (SMS). Katanya beliau sedih meninggalkan STAR, namun sebagai penjawat awam, semua itu adalah lumrah alam. Tahniah buat tuan, selamat kembali ke negeri Dato' Maharajalela untuk membangunkan pendidikan negeri Perak tercinta..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

Friday, December 26, 2008

WARDEN OH WARDEN (dedikasi buat semua warden)

Anda dilantik menjadi warden mulai 1 Januari 2004. Ini adalah arahan dan anda tidak eh menolak.. Aduh..tuturnya lembut tapi arahan penuh dengan ketegasan. Maka bermulalah hikayat hidupku sebagai seorang warden atau lebih tepat lagi pengganti bapa dan ibu pada 600 insan2 yang bergelar pelajar.


5 tahun berlalu!!
Kini telah hampir 5 tahun aku bergelar warden. Pejam celik-pejam celik sudah 5 batch meninggalkan sekolah ini. Nak citer tang pengalaman banyak bak iklan Astro macam-macam ada..Kadang2 bila dikenang kembali nak tertawa sampai pecah perut pun ada. Bayangkan nak surh sembahyang subuh bejemaah ada yang sanggup tido dalam longkang..sembunyi dalam locker.. belakang locker.. tapi yang tak boleh aku lupa tahun 2006 ada sorang freshei f4 yellow house..dah ar panjang hampir 2 kaki.. dier sembunyi bawah katil tapi nak tergelak kaki dier terjulur keluar sebab panjang kaki.. Apa lagi tangan ini sedap je menghayun rotan, ku hadiahkan buat bontotnya yang memang leper. Aduh tapi dengar citer die dah kat oversea skunk..

Kenangan manis dan pahit!!
Satu malam aku penah kejor budak balik fly. depa tak kenal aku sapa dulu olahragawan..apa lagi depa lari tapi aku tunjukkan kehebatan aku kejor sampai dapat. Bukan nak bangga ar budak yang aku kejor tu wakil sekolah olahraga.. pastu jadi olahragawan masa sport day..Baru die jumpa buku dengan ruas. Ada gak kes yang masuk antu...jadi rimau lagi. Tapi aku ni bukan nak cakap besor buleh ar gak tiup sikit2. Last2 budak tu terjelepok jatuh.. Alhamdulillah. Tak kurang juga citer sedey. Time bebudak nak kena eksport ke sekolah luar saat yang paling sedih. Bukan apa dah 3, 4 tahun jaga depa tetibe buat kes n kena kuar skola. But they must noe, hukuman adalah untuk pendidikan..mungkin depa tak sesuai dok asrama.Ada masa juga bile bapak atau mak budak passed away. Berat btol nak bagitau. Penah aku ngan kawan2 len anta budak sampai ke Kuala Berang sebab mak dier meninggal..

Kutukan tidak mematahkan semangat!!
Tapi jadi warden ni budak-budak tak suka. Sebab tu ramai golongan pendidik tak nak jadi warden. Gelaran tu biasa la.. penah dengan budak gelarkan aku langau la, ninja la, shawn la...kutuk maki tu memang jadi asam garam ar. Tyme teachers day jangan arap nak dapat hadiah. Jauh lagi ada orang nak wish..nengok je la cg2 pompuan diraikan. Parent marah-marah tu memang selalu. Buat-buat pekak je la. Kekadang terdetik juga di hati lebey baik jadi guru biasa. Tak pening dan saket kepala. Nak jer antar surat resign. tapi bila kenang kan kembali ada 600 anak-anak bangsa yang perlu beri perhatian.. hasrat tu aku buangjauh2 Sekurang2nya ada orang yang tukang kejot depa dari tidur yang lena dan diulit mimpi indah untuk bangun mengadap Pencipta. Sekurang2nya sakit pening mereka, petah beliuk, nanah kurap mereka ada orang yang macam kami ni tengok2kan dan hantar ke hospital..Sekurang2nya ada yang sanggup buang masa jerit sana jerit sini suruh mereka belajar, pg prep jangan tidor di asrama.. Sekurang2nya ada jugak orang macam kami yang tiap kali nak cuti sekolah ke raya ke, berator panjang di kaunter p carik tiket bas untuk depa.

Itulah sekelumit pengalaman yang aku perolehi..Gembira bukan kepalang bila anak-anak di depan mata berjaya..biar susah untuk orang seperti kami untuk diberi penghargaan dengan sekadar ucapan terima kasih cikgu Namun bukan itu yang akan mematahkan semangat, kerana yang penting ganjaran ada di akhirat sana.. marah bukan benci, tapi marah kerana kami sayang anda semua!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget