WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, January 31, 2009

CERITA 1: KARENAH FORM 1

Malam tadi Faris Arina (batch 037) minta aku tuliskan cerita pasal Budak STAR..hurm jenuh memikirkan, lalu aku dapat satu idea untuk kongsikan tentang gelagat pelajar-pelajar Tingkatan 1, apatah lagi sekarang musim pelajar-pelajar Tingkatang 1 berduka nestapa..Almaklumlah, baru terpisah dari keluarga, ada yang datang dari johor nun, kedah bahkan ada yang datang berkelana dari negeri Di Bawah Bayu..Bila habis sahaja minggu orientasi maka ramailah pulak yang tetiba sugul, pening, homesick dan sebagainya. Sebagai warden, aku tetap sabar melayan karenah putera-putera bongsu ini walau dalam hati tuhan saja yang tahu.Kalau tak caya, bacalah kisah aku dan pelajar Tingkatan 1 ini selanjutnya..
Wajah pelajar-pelajarku..penuh harapan meninggalkan kampung halaman

Pernah satu tahun, ada pelajar Tingkatan 1 hilang. Kami panik dan mula mencari. Yang paling menakutkan di dalam bukunya tertulis “Kalau ibu tak keluarkan along dari sekolah ini, along akan bunh diri”…Bayangkan perasaan kami waktu itu..Sebelum itu dia hampir menorah lengannya dengan pisau…Akhirnya setelah semalaman mencari, kami jumpa dia berada di Kem Tentera Syed Putera, bersembunyi..Huh lega..Akhirnya, dia keluar dari STAR dan meneruskan persekolahan bersama keluarga di Melaka.

Ada lagi yang menarik. Satu hari aku didatangi pelajar ini yang berasal dari Johor. Hampir setiap hari dia akan sedih dan matanya berkaca. Ayat yang tak pernah aku lupa, katanya” Cikgu, bolehkan saya peluk cikgu..saya teringatkan ayah saya..” Hurm, setiap hari jugalah aku akan memeluk dia sehinggalah rindu pada ayahnya terubat. Lain pulak kisah rakannya, setiap kali ibu bapanya menghantar pulang ke asrama selepas bercuti setiap kali itu jugalah dia akan meraung. Sampaikan dibawanya tali dan diikatkan pada kakinya tali tersebut dengan seat pemandu. Kami hanya menggelengkan kepala dan tersenyum sendiri. Jenuh hendak memujuk, sampai ke malam lah jawabnya.

Kisah lain yang tidak kurang menariknya pelajar yang hendak keluar STAR dan kami berikannya air mineral. Kami katakan air itu sudah dijampi dengan ayat-ayat al-quran,. Sekonyong-konyong tiba-tiba dia tak jadi keluar STAR. Aduhai, hari-hari dia datang berjumpa meminta air penawar dari kami. Walaupun selesema sedikit sahaja. Sudah, kami jadi bomoh pulak. Katanya air jampi kami sungguh mujarab. Ha, ini lagi menarik, ada pelajar yang memang selalu pengsan kerana tak mahu bersekolah di STAR. Hari-hari dia akan pengsan tak kiralah di tapak perhimpunan, dorm, kantin, padang, kelas dan semua tempat di STAR. Kesian rakan-rakannya yang kecil selalu jadi mangsa untuk mengangkat badannya yang besar. Dan kami sekali lagi terkejut beruk agaknya, kerana tetiba mendapat panggilan mengatakan pelajar tersebut pengsan di hadapan Sekolah Izzuddin Shah, iaitu sekolah jiran kami. Entah bila dia lari ke sana. tapi sekarang dia dah pulih dan tidak pengsan lagi.Haha..

Itulah sekadar serba sedikit pengalaman berhadapan budak-budak Form 1. Banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsikan. Tapi kenangan-kenangan inilah sebenarnya yang akan menjadi memori terindah menjadi warden STAR apabila sudah tidak berkhidmat di sini lagi. Alah bisa tegal biasa. Aku sedang menanti apa pulak ragam pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun ini..Pasti ada yang mencuit hati..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Aisya Humaira said...
This comment has been removed by the author.
Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT...

Saya tersenyum, bagai tercalit sesuatu pada hidung... hehe.

Mengungkit cerita saya ketika Form 1 dulu, rasanya macam nak tergelak besar. MasyaAllah buruk betul perangai. Apa tidaknya, homesick sampai tidur pun tak nak tanggal selipar. Kaki berjuntai di birai katil hingga ke subuh. Semuanya gara-gara nak cepat melangkah ke publick phone bila subuh menjelang.

Family da pening kepala melihatkan onar saya yang mula menunjukkan protes. Hari-hari memujuk bonda. Minta ehsan ditukarkan ke sekolah berhampiran dengan rumah. Dalam terpaksa dan memaksa diri, ehsan saya tidak mendapat simpati yang akhirnya membawa ke Form 3.

Hingga hari ini ada rasa menyesal mengenangkan setiap sikap 'aneh' remaja saya dulu. Kenapalah tiada hidayah ketika itu. Kesian bonda... malah simpati juga pada diri sendiri. Satu kerugian yang nyata apabila saya tidak menghargai peluang di SMKAP~

waruna said...

macam2 gelagat budak2. itu yg dapat sekolah di situh tapi nak balik. Kakak saya mati2 nak sekolah sarama tapi ayah saya yang tak bagi.

fakhruddin said...

wahaha sy ok je masuk STAR
tak sabar2 tapi bila dah masuk STAR,
mak aih, buruknya sekolah ni~
hilang mood haha =p

aiman said...

"Ha, ini lagi menarik, ada pelajar yang memang selalu pengsan kerana tak mahu bersekolah di STAR. Hari-hari dia akan pengsan tak kiralah di tapak perhimpunan, dorm, kantin, padang, kelas dan semua tempat di STAR. Kesian rakan-rakannya yang kecil selalu jadi mangsa untuk mengangkat badannya yang besar. Dan kami sekali lagi terkejut beruk agaknya, kerana tetiba mendapat panggilan mengatakan pelajar tersebut pengsan di hadapan Sekolah Izzuddin Shah, iaitu sekolah jiran kami. Entah bila dia lari ke sana. tapi sekarang dia dah pulih dan tidak pengsan lagi.Haha.."

i know him!(:

imanshah said...

ala din, buruk-buruk sekolah kita pun, banyak kan din dapat dari alma mater ni..dah tua, make up macam mana pun nampak jugak kedut nya..

x'emriust said...

hohoho tp yg x bley luper...cara warden kejut Suboh la.....waaa...x ley diluperkan....sakit2

fikri FAUZI said...

perrghhh..
macam2 gak ek kerenah budak star ni...

naz ilyn said...

salam...

nasib baik ler anak sulung sy tak macam tu... mungkin dia sendiri yang mahu duduk kat asrama... tapi cabarannya memang besar... tahniah!!

fakhruddin said...

betul3x (mcm upin& ipin)
buruk2 pun, famous jugak STAR
=)

udin to aiman:
siapa yang suka sangat pengsan tu?
alahai sedih betul lah dia huhu

udin to x'emriust:
ha'ah kejut Subuh paling menyakitkan telinga
hohoho

norfadillahyaakub said...

Salam Dik. Tersenyum KakD membaca coretan pasal budak budak tu... Syabas diucapkan kepada guru-guru STAR! KakD akan sentiasa mengikuti perkembangan selanjutnya.

imanshah said...

wah kakak pun ikut blog saya?? akak ada blog??

faris.a said...

time ksih sbb krdt kn name saye d bog anda! ;pp

bess!!

hahaha
siyesly,crita2 ni byk yg x penah dgr..
smpai cm2 skli
hahaha
kerenak bebdak star x penah abes..

tetibe teringat lak sal cter sal azim kuda..
hahaha

ZaCkG fRiDzHa said...

hahaha yg nak bunuh diri tuh, adzren! kawan aku masa form 1. Yg menangis mintak peluk tu bkan ke apan? kalau tak salah la. Yg suke pengsan tu...haziq(not me!) skarang dia form 4 ...ops! pecah tembelang!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget