WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, January 29, 2009

DIA AYAHKU

....Hari-hari terakhir di kampung menghabiskan cuti Tahun Baru Cina, terasa begitu cepat masa berlalu. Hari ini aku membawa ayah ke Bank Islam Kota Bharu untuk mengeluarkan sejumlah simpanannya. Aku terkejut apabila ayah menyatakan ingin menunaikan umrah, ingain berdoa di hadapan Kaabah untuk disembuhkan 'penyakitnya'. Aku terdiam, hanya mampu mengangguk merestui niat suci ayah.

Sememangnya ayah tak seperti orang sakit, tapi sebenarnya sakit. Seingat aku sekembalinya ayah dari menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2005 ayah sihat sahaja, namun selepas hampir 6 bulan ayah tiba-tiba seperti orang hilang ingatan. Kami mengejarkan ayah ke hospital dan doktor mengesyaki ayah terkena "minor stroke".. Ayah hilang segalanya..dari membaca al-quran (ayah seorang pengahafaz al-quran) hinggalah kepada nama anak-anak. Semua ayah lupa..Sayu melihat keadaan ayah. Puas ayah berubat,dari perubatan moden hinggalah kepada perubatan tradisional. Orang alim mana yang belum kami jumpa di Kelantan ini, bahkan ada tuan guru dari Brunei datang untuk mengubat ayah. Semuanya gagal membantu ayah.

Kemuncak kepada sakit ayah apabila ayah telah dilucutkan jawatan sebagai imam kerana kegagalan ayah untuk berfungsi. Mulai saat itu aku melihat ayah semakin murung kerana masjid adalah nadi hidupnya. Walau sakit dan demam sekalipun, ayah tidak akan sekalipun terlepas untuk solat berjamaah di masjid. Aku tahu ayah derita kehilangan sesuatu yang disayanginya. Begitu juga kalau dulu ayahlah tempat rujukan orang-orang kampung dan dianggap sebagai ketua. Tapi segalanya musnah dalam sekelip mata. Bahkan ada yang tertawa melihat telatah ayah yang seakan orang yang kurang 'cerdik" . Ayah mulai bersikap panas baran kerana masalahnya ini. Apabila dia cuba menyatakan sesuatu kami gagal untuk memahaminya. Ayah akan marah dan mengamuk. Seringkali ibulah yang menjadi tempat ayah melepaskan kemarahannya. Kami terpaksa merelakan keaadaan ini kerana ayah semamngnya sakit dan tidak sedar apa yang dilakukan. Semoga ibu akan terus sabar melayan karenah ayah.


Pisau sembelihan ayah tidak lagi "tajam" pada pandangan orang kampung

Doktor hanya membekalkan ubatan-ubatan untuk mengembalikan ingatan ayah (masih lagi). Ayah kulihat tetap kuat. Ayah tanpa putus asa berusaha untuk mengenal kembali huruf-huruf dan ayat-ayat dalam al-quran. Begitu juga solat hajat tak pernah ditinggalkan (hanya allah yang tahu)..Alhamdulillah berkat kesabaran selama 3 tahun ayah semakin pulih walau tidak sepenuhnya. Kami memberi harapan kepadanya agar terus tabah dan percaya ayah akan pulih jua akhirnya...

Aku menitiskan air mata apabila ayah menyatakan ingin menunaikan umrah dan berdoa di hadapan kaabah. Telah 3 tahun ayah menanggungnya...aku berdoa moga ayah diberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan. Jua semoga ayah mampu untuk pulih seperti sedia kala. Semoga kami sekeluarga akan dapat kembali senyum dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Muhammad Azli Shukri said...

semoga Allah membahagiakan saudara dan sekeluarga..amin

imanshah said...

terima kasih saudara!!

azam2009 said...

Harap sdr bersabar, dan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayah saudara. Insya Allah

waruna said...

saya juga sekarang mempunyai seorang ayah yang tidak lagi berupaya seperti zaman mudanya. Dia kini tidak dapat berjalan dan tidak berupaya berdiri. Kami adik beradik bergilir2 menjaganya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget