WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, January 28, 2009

MENARIK TENTANG TUMPAT, KELANTAN

Semalam saya dihubungi oleh seorang kenalan lama yang kebetulan sedang bercuti di Kelantan. Kami telah berjumpa dan berborak panjang tentang kehidupan masa lalu kami di kampus USM, Minden. Begitu juga tentang kehidupan hari ini yang pastinya menyaksikan banyak perubahan. Dalam perbualan kami ada berkisar tentang TUMPAT, iaitu jajahan kelahiran saya. Betul juga, ramai orang di luar sana masih belum mengenali sepenuhnya tentang keunikan TUMPAT, sebuah jajahan yang terdapat di Kelantan. Apa silapnya, para pelancong lebih mengenali Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan jajahan-jajahan lain.

Seingat saya, jajahan Tumpat mempunyai 7 daerah, iaitu Pengkalan Kubur, Bandar Tumpat, Wakaf Bharu, Kebakat, Terbak, Jal dan Sungai Pinang. Tumpat dihubungkan melalui jalan darat dari Kota Bharu dan Pasir Mas. Kedua-dua jajahan bersempadan dengan Tumpat. Manakala melalui jalan laut Tumpat boleh dihubungi melalui Sungai Kelantan untuk ke Kota Bharu (melalui Palekbang). Selain itu juga Tumpat bersempadan dengan Wilayah Takbai di Thailand dan dipisahkan melalui Sungai Golok (perjalanan bot 5 minit). Sesuatu yang cukup menarik, Stesen keretapi Tumpat merupakan perhentian terakhir sistem perhubungan keretapi antara Gemas-Kuala Lumpur-Tumpat.


Penulis bergambar di hadapan The Sitting Bhudist, Jubakar


Berbicara berkaitan komposisi kaum, Jajahan Tumpat didiami oleh kaum-kaum Melayu, Siam, Cina dan India. Kehadiran masyarakat Thai di Tumpat berdasarkan kepada sejarah di mana Wilayah Tabal pada suatu ketika merupakan di bawah wilayah Kelantan (diserahkan kepada Thailand selepas Perjanjian Bangkok). Ketika itu, ramai masyarakat Siam berhijrah ke Kelantan kerana enggan berada di bawah penguasaan Siam. Kalau mengunjungi Tumpat, anda dapat saksikan kewujudan penempatan-penempatan masyarakat Siam di Terbak, Jubakar, Kampung Dalam, Jambu, Kok Seraya dan banyak lagi. Sehinggakan di Tumpat telah dibina The Sitting Budhist di Jubakar dan The Sleeping Buddhist di Kampung Jambu (dulunya Berok) Pembinaan kedua-dua tempat ibadat ini difahamkan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Pekerjaan utama penduduk jajahan Tumpat adalah nelayan dan petani.


Kepada yang berminat untuk membeli belah, jangan lupa untuk berkunjung ke Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubur.Di sana menanti anda pelbagai barangan yang agak berpatutan harganya. Jika mahukan ketengan dan kedamaian pantai, Pantai Seri tujuh menjanjikan pantai yang bersih dan belum tercemar. Di sana terdapat kemudahan chalet dan rumah tumpangan untuk bermalam. Di sana juga setiap tahun akan berlangsung Pesta Wau Antarabangsa Malaysia yang dihadiri oleh beribu-ribu pengunjung dan peserta. Begitu juga, jika inginkan sesuatu yang baru dalam soal hubungan kaum di Malaysia, anda boleh berkunjung ke beberapa buah perkampungan Siam khususnya di Terbak, Jubakar dan Jambu. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan keropok lekor dan keropok segera, berkunjunglah ke Kampung Tanjung Kuala manakala bagi yang berminat mendapatkan kraftangan bolehlah ke Kampung Talak, chabang Empat Tok Mengah. jumpa di sana!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

fakhruddin said...

teringin jugak nak ke Kelantan
awek orang sana kot hihi

waruna said...

ooo boleh masuk dan bergambar ke dekat tok kong budha tu? ade juga lalu situh. Anak2 selalu tanya bleh masuk ke tak..

faris.a said...

wah!
menarik!pnuh ngn fakta sej!heh
xheran la klo bdak star,pmr sej dpr reslt pwer!

tgok cikgu la kn ;pp

Hasnah Hussiin said...

Kelantan banyak tempat menarik dan bersejarah yang belum digali kisahnya. Inilah keunikan negeri Kelantan ada bangsa Melayu, Siam, Cina dan India. Tetapi di sini rakyatnya boleh bersatu padu bagaikan saudara mara. Setakat ini belum pernah berlaku rusuhan kaum di negeri Kelantan.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget