WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, February 3, 2009

MAJLIS PENGHARGAAN PENCAPAIAN PMR 2008

Semalam, 2 Febuari 2009 telah berlangsung Majlis Penghargaan Pencapaian Cemerlang PMR 2008 di sekolah. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada warga pendidik yang telah memberi sumbangan yang cemerlang sehingga membolehkan STAR muncul sekolah terbaik peringkat negeri Perak. Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini dihadiri oleh Yg Berbahagia Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar, Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Majlis bermakna ini diserikan dengan persembahan pasukan pancaragam dan teater Muzium Ceritera Rakyat oleh pelajar-pelajar STAR. Dalam ucapannya, tetamu kehormat telah mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas usaha dan komitmen yang cemerlang dalam memastikan kejayaan STAR. Selain itu juga, beliau berharap STAR akan terus mengekalkan momentum kejayaan yang telah dicapai.
Seramai 32 orang guru yang mengajar PMR dari Tingkatan 1 hingga 3 telah diberikan anugerah. Diharapkan dengan anugerah dan penghargaan yang diberikan ini akan menaikkan semangat guru-guru untuk terus sabar dan gigih membantu kecemerlangan STAR. Betapa tanggungjawab dan amanah yang diberikan amatlah besar, sekali-sekala dengan memberi pengiktirafan sebegini, secara tidak langsung menunjukkan komitmen mereka dihargai oleh pihak sekolah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

fakhruddin said...

ceh muka aiman je ada
bosannya hahah ;p
cg dapat tak? mana gambar?

imanshah said...

adoya..dah dia jadik "gadis"hadiah hari tuh..huhu

fikri FAUZI said...

tahniah star.

Aisya Humaira said...

Mabruq buat warga STAR..teruskan usaha untuk kejayaan mendatang~

apisz said...

Tahniah semua

(^_^)

anidaanuar said...

tahniah lah kat depa tu semua ye..pada cikgu nye sekali.kalau bukan kerana guru tak kan murid tu semua berjaya....

seyeuri_flurxis said...

tahniah pada pelajar2 star n juga guru2 star yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa...

faris.a said...

cikgu asiah ajr sains terbbaaeekk! ;pp

rais said...

Salam Cikgu,

Nice blog dan harap terus update..
dapat laa jugak saya info terkini pasal STAR..
just nak tanya, cikgu2 ni ada lagi tak?
Pn. Zulaifah (Julie) Fizik
Pn Suzana Math (dulu dia kuar pastu dgr dah masuk balik)
En. Azlan Sejarah
diorg ada blog tak?hehe..
dah 10 tahun keluar..diorg mungkin tak igt dah..
OBW this year bila?

-White 1999-

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget