WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, March 17, 2009

BERBEZA PENDAPAT TIDAK SALAH

Seorang rakan pendidik dari negeri utara tanah air berpesan kepada saya sewaktu mula-mula ingin mebangunkan blog sendiri. Katanya "hang jangan dok bubuh cBox kat blog hang, aku banyak kena ngan anak murid aku yang dok hentam aku!. Tambah-tambah kita ni warden, lagi banyak musuh.." Pada saya, saya tidak pernah mencari musuh dalam mencari rezeki, kalau ada yang tak puas hati tu biasalah, namapun remaja. Saya anggap nasihat darinya itu sekadar gurauan. Namun tetap berhati-hati. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.


Namun sejak akhir-akhir ini saya dihujani dengan banyak persoalan-persoalan yang saya kira tak masuk akal. Pada mulanya saya cuba menjawab dengan sebaik mungkin, namun semakin dijawab semakin banyak yang tak puas hati. Saya cuba berdiam dari menjawab komen-komen dari mereka yang tak dikenali atau menggunakan nama samaran. Namun semakin berdiam, semakin galak pula mereka. Saya tidak kisahlah soal pemilihan pengawas, kerana saya pemilihan bukan dibuat oleh saya, namun dibuat oleh Jawatankuasa. Namun jika soal saya menguasai pengetua, guru-guru dan cuba control sekolah dibangkitkan, ini sudah lebih.


Mungkin orang cuba menelah, memang betul lah si Imanshah tu, dah takut. Kenapa perlu takut, jika kita bekerja bukan kerana nama?? Rezeki Allah ada di mana-mana..Sedangkan Dato Seri Najib pun dituduh membunuh, Pak Lah pun orang kutuk macam-macam, saya tidak terkesan pun dengan semua ini. Cuma apa yang menyebabkan saya remove cBox saya kerana pertamanya blog saya bukan sahaja dikunjungi oleh pelajar-pelajar dan bekas pelajar, malah turut dilawati oleh ibu bapa, rakan-rakan pendidik dari seluruh negara, serta rakan-rakan sekolah dan seuniversiti. Tidak manis kiranya ada perkara-perkara yang tak sepatutnya ada dalam blog tersebut. Keduanya, saya tak mahu pengunjung blog saya simply menggunakan nama orang lain untuk tujuan menghentam saya. Sedangkan perkara itu hanya rekaan dari mereka yang tidak berpuas hati dengan saya. Kalau kita masih ingat, ruangan sembang dalam laman web STAR juga diberhentikan kerana mengalami masalah yang sama.


Seperkara yang harus diingat, berbeza pendapat tidak salah, berselisih kerana mengakkan pandangan masing-masing saya mengalu-alukannya supaya setiap keputusan yang diambil merupakan keputusan yang terbaik. Saya memohon maaf dari pengunjung-pengunjung yang selalu bertegur sapa dengan saya melalui ruangan cBox. Orang cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Alhamdulillah, blog ini semakin dikenali dan dikunjungi oleh rakan-rakan. Jazakallah hukhairan, ya akhi wa ukhti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

fakhruddin said...

memang susah jadi warden. banyak dugaan dan rintangan. hanya orang yang betul2 hebat je yang boleh jadi warden. tabik cg =]

saya rasa sepanjang pengajian saya di universiti ni, banyak yang saya apply dari apa yang warden2 buat. bangun subuh sekarang dah tak macam kat sekolah dulu. kalau dulu asyik nak kena kejut, rotan, sekarang dengar azan dah bangun. (cuma kadang2 lepas solat tidur balik je. yang ni masih lagi tak berapa ok huhu takpe saya cuba perbaiki)

anyway, terima kasih sebab jadi warden & jaga saya since form 1 sampai form 5. walaupun kurang berborak masa zaman sekolah dulu, sekarang rindu-rinduan dengan cikgu2 star. haha tak tau bila boleh datang sana =(

pada pandangan saya, biasanya students yang selalu tak puas hati ni sebab dia tak kenal betul2 guru2 mereka. tu je...

i-am-who-026 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
imanshah said...

to i-am-who-126, untuk berbahas perkara ini, tidak habis dan saya sedikitpun tidak gentar. Namun harus diingat, anda juga perlu menunjukkan identiti sebenar..keluar dari berselindung nama samaran!!

i-am-who-026 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
i-am-who-026 said...
This comment has been removed by a blog administrator.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget