WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, March 1, 2009

KREATIVITI ARKITEK MUDA STAR

Sesuatu yang cukup menarik apabila membincangkan tentang Sukan Tahunan STAR adalah khemah. Hampir 7 tahun berkhidmat di sini, saban tahun warga STAR dihidangkan dengan penampilan khemah-khemah rumah yang cukup menarik dan penuh dengan kreativiti. Idea-idea segar dari 'arkitek' muda STAR seringkali memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga STAR. Tidak keterlaluan jika dikatakan KOT tidak lengkap tanpa adanya khemah rumah-rumah, ibarat kopi tanpa gula. Tidak keterlaluan, khemah rumahlah yang membezakan antara KOT STAR dengan sekolah-sekolah yang lain. Kejituan semangat dan kerjasama ditunjukkan oleh pimpinan rumah sukan yang rata-rata ditunjangi oleh pelajar tingkatan 5 bertungkus-lumus memastikan kejayaan rumah masing-masing. Saban hari bersengkang mata, memerah keringat, otak dan tenaga bagi memastikan rumah masing-masing muncul sebagai juara. Pada tahun ini RED HOUSE didirikan dengan temanya RED ROMEO. GREEN dengan konsep ala kampung, BLUE pula dengan konsep tradisi iaitu istana atau ROYAL BLUE. Pada tahun ini BLACK tampil dengan imej pahlawan iaitu BLACK SPARTAN manakala WHITE dengan konsep WHITE WIZARD. Akhir sekali YELLOW dengan konsep RUMAH CHINA. Akhirnya keputusan penuhnya:

1) BLACK
2)YELLOW
3)GREEN
4)BLUE
5)RED
6)WHITE




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... Wah! rasa kagum pula dengan kreativiti warga STAR. Nampak menarik je dengan tema masing-masing. Saya nak vote Rumah Hijau. Segar dan damai~

imanshah said...

Tksih Humaira..saya rumah merah..tahun lepas johan, tahun ni jatuh tempat ke-5

AHMAD SAYUTI JAMAL ABIDI said...

apasal no 5 ja...tp tahun lpas nya mmg lg lawa kn..dan taun sblom tuh juga hehe

x'emriust said...

tpi tiap2 taun mesti ade castle adeh

imanshah said...

ahah blue tak leh blah tol..mesti nak ada castle...red bagi peluang kat house lain

adi said...

actualy green memang lawa..smart.tapi sebab kaler rumput dgn kaler ijau tu same..so nampak mcm tenggelam sikit...huhu...ni bukan reason.ni kenyataan..haha

imanshah said...

to adi...adoi..blue pun sama ngan langit..

NONG said...

woww!!!!...bestnya. Dah dapat idea pulak ni. hehe. kosnya berapa tu ah?

imanshah said...

to nong..tiga hingga 4 ratus...

fakhruddin said...

udin to cg shahnun:
aduh apakah ini merupakan satu kutukan pada white house? oh tidaaakk [down]
mula2 tengok, saya gelak, ingatkan black house, gambar yang pertama tu, rupanya white. alahai...segan betul la

udin to sayut:
poyo la weyh! haha =p

fikri FAUZI said...

perhhh..sume da lawa la..
tak cam last year..
tapi design kinda same every year..

ZaCkG fRiDzHa said...

serius buruk rumah putih punyer...hehehe

mR SyamEL said...

red romantic la...
hahahah...
cantek2...

p/s- bob request pic band..

adi said...

tapi kan khemah2 itu terleletaknye diatas rumput2 padang yang luas berwarne hijau
bukan terletak di atas langit yang biru
haha

waruna said...

memang sungguh kreatif. Tidak terjangkau oleh pemikiran pelajar2 sekolah saya.... begitu la sekolah ternama nak dibandingkan dengan sekolah "cap aye"

faris.a said...

bole la!~

not bad! ;p

flystar said...

wah!teruja gle tgk kreativiti diorg neh!
dsign sume hebat2 :)
plg mnarik black house,siap ade lembu lg!
ahaha
smart gle lah!
smpai trgamam :|

rais said...

Dulu White house paling senang nak buat...
Sbb beli polystyrene color putih pastu touch-up sket2 ja..
Black dulu2 selalu design pelik2..
Anyway zaman dah berubah..Congratz!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget