WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, March 16, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Apabiila tiba cuti bulan Mac dan Ogos sahaja, perkara yang wajib untuk diingati adalah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Hampir setiap tahun aku dan rakan-rakan terpaksa mengorbankan sedikit masa cuti kami untuk mentelaah buku rujukan berkaitan perkhidmatan kami. Semenjak SSB dimansuhkan, PTK menjadi igaun buruk kepada golongan penjawat awam. Seingat aku, sudah 6 kali aku menduduki PTK ini, namun masih belum ada rezeki.

Bagi seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, aku diwajibkan mengambil 2 kertas iaitu kertas wajib, Umum dan kertas pilihan Pengajaran dan Pembelajaran. Untuk kertas Umum, aku sudah lulus dengan cemerlang, hanya tinggal kertas P&P yang masih belum lepas. Tahun ini aku akan menduduki PTK di SMK Gunung Rapat, Ipoh. InsyaAllah, masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin untuk mentelaah buku-buku rujukan. Apatah lagi, pada tahun ini PTK dibenarkan menggunakan kaedah open book. Pada hemat aku apabila menggunakan kaedah open book, maka graf untuk lulus mungkin akan tinggi. Entahlah, tak faham dengan karenah JPA ni.

Orang selalu bertanya apa pentingnya PTK ni. Jawabnya mudah, pertamanya tangga gaji akan berubah. Jika lulus PTK, maka seseorang itu akan melompat dari P1 ke P2. Yang keduanya, dapat lah juga kenaikan gaji hampir RM 200. Tapi awas, jika gagal, anda tidak berpeluang untuk naik ke Gred yang lebih tinggi. Contohnya dari DG 41 ke DG 44. Semoga Allah membuka jalan untuk aku dan rakan-rakan dalam PTK pada tahun ini, InsyaAllah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

AloBoy said...

seghonoknya keje gomen ni..ada PTK..aku tak penah merase pun..teringin jugak nak rase...dari abih belajo sampei le skg asyik keroje swasta aje yob...apapun good luck untk exam..jgn studi last minit huhuhu

aiman said...

gud luck!

fakhruddin said...

huhu gambatte!
ingatkan cg2 tak payah ambil exam tapi kena ambil jugak. baru adil haha =]

Aisya Humaira said...
This comment has been removed by the author.
Aisya Humaira said...

Hehe... cikgu-cikgi pakat berlumba-lumba untuk berperang dengan PTK. Masing-masing menghitung hari Isnin sampai Khamis ni. Saya dan kawan-kawan lain berlumba-lumba untuk cepat-cepat sah jawatan~

- abdul hadi abdul muti - said...

gud luck!!
gud luck jugak kat mak saye!!
haha
mak saye kate ptk ni memang tak patut buat cos macam menzalimi pekerje2 yang macam dah lame tempoh perkhidmatan die..
lagipun..macam umur mak2 saye tu..
mane la ade mase nak bace buku sumer tu..
hurm..
nyway hopefully cikgu dapat naik gred
=)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget