WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, March 19, 2009

SKRIP HIDUP INI ADA PENGATURNYA

Kehidupan ini adakalanya cerah dan adakalanya mendung. Ada ketikanya kita merasakan bahawa kitalah manusia yang paling beruntung di dunia ini, namun ada masanya dunia kita gelap seolah kitalah manusia terakhir yang hidup di dunia ini. Kita selalu mendengar ungkapan manusia bahawa hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita di bawah. Begitulah kehidupan di dunia ini yang tidak kekal, tiada nikmat yang kekal dan tiada pula azab yang kekal.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya' - ayat 35)
Sabda Rasulullah SAW:Alangkah hebatnya kehidupan seorang mukmin. Seluruh hidupnya adalah ganjaran kebaikan. Sekiranya dirinya memperolehi nikmat, dia bersyukur lalu ia menjadi kebaikan untuk dirinya. Sekiranya dirinya ditimpa musibah, dia bersabar lalu ia menjadi kebaikan untuknya.(Hadith riwayat Muslim - no.7692)

Mungkin para pembaca tertanya-tanya megapakah penulis mengemukakan dalil-dalil al-quran dan hadis di atas. Semalam, tanggal 18 Mac 2009, saya telah ditimpa musibah yang hampir meragut nyawa saya. Saya terlibat dalam satu kemalangan di KM 15, Lebuhraya Timur Barat, kira-kira 20 KM dari Bandar Gerik. Kereta Honda City 1.5 yang saya naiki telah gagal di kawal dan terjunam ke gaung kecil di KM 15 Lebuh Raya Timur Barat. Alhamdulillah, walaupun kereta mengalami kerosakan yang sangat teruk, namun saya selamat dan tidak mendapat kecederaan. Menurut polis yang bertugas kawasan tersebut merupakan kawasan utama kemalangan dan sering berlaku kemalangan ngeri yang melibatkan kematian.

Saya memanjatkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana terselamat dalam kemalangan tersebut. Walaupun saya kehilangan kereta yang saya sayangi, namun saya bertuah kerana diberi nikmat nyawa dan kesihatan. Al-hamdulillah, mungkin Allah sedang menguji hambanya. Begitu juga, Allah memberi peluang untuk saya memperbaiki segala amalan di dunia untuk dibawa ke Akhirat. InsyaAllah, musibah dan dugaan yang diberikan ada hikmah di sebaliknya. Sebagai hamba, kita hanya merancang, Allah Yang Esa menetukan segalanya, tenang dan redha, kerana dari-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita akan dikembalikan



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

iqbalsyarie said...

Assalamualiakum cikgu.Innalillah cikgu,kereta cikgu da ilang,tp alhamdulillah cikgu shahnun belum hilang.Dasyatnyew cikgu..eksiden..
erm,Allah uji,nk tunjukkan pd semua kita yg die berkuasa atas segala makhluk,bkan setakat manusia,tetapi kereta pun Allah kuasai.Setiap yg berada di dunia tidak kekal..Bersyukurlah cikgu selamat.Alhamdulillah..

shafiq said...

haiyo.ni eksiden katne plak ni?naseb baek la adoi.hati-hati laen kali cikgu.

- abdul hadi abdul muti - said...

uish...teruknye...
tapi memang cikgu patut syukur coz tak injured pape...
kalau tengok kerete macam seram jerk..
apela sangat kerete honda city tu kalau nak dibandingkan dengan nyawe sendiri...
kan..

i-am-who-026 said...

innalillah,
mungkin ada sesuatu yang nk ditunjukkan

ummuaimi said...

Innalillah. Alhamdulillah saudara masih lagi dapat terus menghirup udaraNya dan nampaknya saudara redha dengan apa yang berlaku. Mungkin ia satu kifarah. Semoga dapat terus berbakti sebagai khalifah di bumi Allah ini demi agama dan negara. Salam dari Kuala kangsar.

EviL naQi said...

ya alllah... truknye.. slamat cg msih idup.. klu nk diikutkn la.. tgk gmbar mcm truk gle.. xpe2.. sabar ye.. yg penting ckgu masih idup.. mngkin ade hikmah disebaliknye...

PakDik said...

dua hari sebelum tu saya ada lalu jalan tu...
jalan maseh teruk.. berlubang sana sini....
almaklumlah.... jalan merentasi 3 negeri "islam" sebelum ni PERAK, KELANTAN dan KEDAH.......
nasib baik Perak kembali kpd BN, kalau tidak lagi membahaya jalan tuuuuuuu.....

naqib said...

alhamdulillah la xpape..
cuma kete honda je yg rosak..
tgk kt gmbr sgt teruk..
fuh..
tpi yg penting nyawa..
syukur..
semoga cepat sembuh dri trauma..

Cikgu Zabidi said...

Diharap Cikgu Shahnon bersabar menghadapi ujian Allah ini. Harta yg hilang boleh dicari ganti. Anggaplah musibah ini sebagai peringatan kepada kita supaya sentiasa ingat kepada Yang Maha Berkuasa. Nikmat yang diberi kepada kita boleh diambil balik pada bila-bila masa. Syukurlah kerana Cikgu Shahnon selamat.

seyeuri_flurxis said...

salam...
innalillah...
semoga cg tabah menghadapi dugaan...
Segala yang berlaku ada hikmahnya...
yg penting
alhamdulillah, cg selamat..
Mungkin peristiwa ini boleh memberi pengajaran dan peringatan kepada kita semua...

NONG said...

siapa yang mampu melawan kuasa TUHAN? selagi ajal belum tiba,kita akan hidup. Syukur Cikgu selamat dari kemalangan itu. Kereta yang rosak boleh ditukar ganti cikgu. Tapi kalau nyawa yang melayang, tiada galang gantinya.. Jangan lupa mengadakan kenduri doa selamat ya..:)

waruna said...

INnalillah.... sabarla ...bersyukurlah cikgu selamat. Boleh saya tanya keluarga (isteri & anak2) ada dalam kereta juga ke masa tu.kereta yang hilang itu mungkin nak dapat ganti kereta yang lebih baik kot..:)

fikri FAUZI said...

perghhh..
teruk nye krete cikgu.
alhamdulillah cikgu still ade.
taksangke kan.
malang memang tak berbau.

i-am-who-026 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AloBoy said...

diharap Cikgu Shahnun bersabar..ini semua dugaan yg perlu ditempuhi...tak apa kereta tu tak bernyawa..boleh ditukarganti...nyawa tiada gantinya...syukurlah hang masih bernyawa kalau tidak itu le kali terakhir aku jumpa hang kat STAR...

ZaCkG fRiDzHa said...

teruknyer keta rosak! kemek tu!! alhamdulillah cikgu tak ape2...to i-am-who-026, jangan kurang ajar kat cikgu ye...karang jadi bodoh tak pasal2 kene sumpah!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget