WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 16, 2009

BOWLING HARI GURU!



Sempena sambutan hari guru tahun ini, Kelab Guru telah menganjurkan pertandingan bowling bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Prade.. Huhu, maka bertandanglah guru-guru STAR dari sepandai-pandai main bowling seperti cg Shahnun (huhu poyo skit) kepadalah yang tak pernah memegang bola bowling seperti Ustaz Mokhtar..Semuanya bersemangat!!! Tak kira muda, lelaki, wanita mahupun geng-geng veteren. Cikgu Salwani yang baru 3 bulan melahirkan anak pun ikut serta, malah diangkut anaknya ke sana..Cewah, masing-masing nak menunjukkan kehebatan dan kejaguhan.

Sememangnya dengan mengadakan program seumpama ini ianya dapat mengeratkan hubungan sesama kami selain dari dapat melepaskan tekanan di tempat kerja. Ampang Superbowl dipenuhi dengan hiruk pikuk suara kami..haha, maka dapatlah kita tengok ada yang jadi juara longkang, ada yang dapat strike ada gak yang jatuh-jatuh sebab licin. Huh selepas berhempas pulas hampir 2 jam, akhirnya keputusan diumumkan..Cg Azhar (guru praktikum) muncul johan kateogori lelaki dan Cg Asmawati sebagai johan wanita...Aku?? huhu dapat juga menaiki podium di tempat ke-3. Ok lah tu...

Apapun, diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang. Bukan apa, di sekolah banyak sangat beban kerja, sesekali dapat juga melepaskan tekanan..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

fikri FAUZI said...

SELAMAT HARI GURU CIKGU.
waa, rindu dengan ckgu2 star.
;DD
perghh.cikgu salwa da ade baby.cute2
perghh, cd asmawati menangn.
gile la.power kot die.
3rd placing?
ok la tu.
;D

muhammad rahimi bin hasan said...

selamat hari guru cikgu!

imanshah said...

fik..rahimi..tq

Hiz'da said...

SELAMAT HARI GURU SEMUA CGU STAR...!!!

wah.. pn yip da tuka hairstyle??

waruna said...

Selamat Hari Guru. Kakak bangga punya kenalan guru macam imanshah. teruskan berbakti

fakhruddin said...

huhu. tahniah cg. menang no 3... leh ajar saya nanti. hehe. anyway, selamat hari guru!

fikri FAUZI said...

same2 cikgu
;DD

fikri FAUZI said...

same2 cikgu
;DD

ZaCkG fRiDzHa said...

SELAMAT HARI GURU, Guruku Sayang!!!!
Wah, rindunyer tengok wajah-wajah cikgu STAR tu....
Semua yang dalam gambar tu saya rindu!!!
Kirim salam kat diorang ye cikgu...

zaf-ran said...

lupe gk nk wish ckgu.
nk wish num xde.
so..

SELAMAT HARI GURU..
mntak ckgu halalkn pe yg ckgu da ajar saya sblm ni.
esp time form3.ckgu ajar sy sjarah.
pmr sjarah sy A.
:DD
seb baik ckgu ajar.

sy berterima kasih kat ckgu.
even kdng2 ade bengang gk ngan ckgu.
hehe.
jujur ni.
tp semua yg ckgu wat tuk menddik sy gk kn.

that's all.
zafran-starian037

fikri FAUZI said...

cikgu.
ade awrd tuk cikgu.
lawat la blog saye

imanshah said...

fik..tq2 udah kulihat

zafran..biasa lah bengang membengang dalam diari dak STAR..tapi semuanya sebab saya sayang semua anak murid saya

norman.bulat said...

haha..bkn slalu boling2 nih..
ustad rusdi ke yg hebat??
hahaha..

ikan emas said...

SELAMAT HARI GURU..
Semoga menjadi Cikgu yg disayang dan diingati kerana mendidik..jd guru ni dapat pahala berganda yer

SMI Old Boys said...

Selamat Hari Guru to Cikgu Shahnun and to all STAR teachers..

GURU IBARAT LILIN YANG MEMBAKAR DIRI UNTUK MENERANGI

from

the management of SMIOB

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget