WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, May 24, 2009

JADI TUKANG GUNTING


Pagi tadi inspection di asrama telah digantikan dengan spot check kekemasan diri di gelanggang basket ball. Seawal jam 8.00 pagi para pelajar telah dikumpulkan dan taklimat diberikan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Azmi Mat Saat dan Encik Zaidi Basir. Dalam taklimat yang diberikan, seperti biasa beliau menasihatkan para pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Dalam spot check yang diadakan, beberapa orang pelajar telah ditahan kerana tidak memiliki  name tag, lencana, berambut panjang serta memiliki janggut dan misai.

Seperkara yang menarik berkaitan inspection Ahad, sebenarnya tujuan utama diadakan adalah untuk memastikan para pelajar bersedia dengan pelbagai kelengkapan persekolahan dan kelengkapan harian. Di sinilah para pelajar dilatih tentang kekemasan dan penampilan diri sebagai seorang pelajar SBP. Sewaktu  inspection diadakan para pelajar juga diwajibkan untuk memiliki segala keperluan diri, bagi mengelakkan para pelajar meminjam atau lebih teruk lagi, mencuri. Pelajar juga dilatih untuk memiliki sifat sayang pada tempat tinggal mereka kerana dorm, katil, bilik air, tandas danpersekitaran asrama dibersihkan seawal jam 7.00 pagi.

Apa yang pasti jika direnung semula, inspection merupakan asas kepada pembentukan pelajar yang berdisiplin. Inspection sehari ini lah sebenarnya yang akan dibawa semangatnya apabila para pelajar sudah keluar meninggalkan alma mater ini. Kekemasan, disiplin, kecintaan pada asrama akan dibawa bersama untuk kehidupan di luar sana. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Myro. said...

saya sgt brsetuju dengan cikgu..
selamat mnjalankn tugas =]

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... cikgu-cikgunya juga jgn lupa pastikan imej dan penampilan kalian terjaga seadanya... hehe~

fakhruddin said...

betul3x (upin&ipin)
setuju sangat. sekarang U life, semua tuh saya apply...

imanshah said...

haha bagus2..anak yang baik

imanshah said...

to aisya...kami sentiasa kemas dan menarik..haha

fikri FAUZI said...

aik.
prefect pun kantoi gak ke?
hahahaha

norman.bulat said...

wah!potong rmbut..
haha..pdn muke dorg!
teringt dulu..time kt skola..
kalu rmbut pnjg..msti ade ckgu pndg sinis!
hahahaha!

Caman said...

haha
teringat dlu..
sy pernah jd tukang potong rambut mcm cg azmi tgh buat tu!
hahaha!

irbika said...

Sampaikan pada pelajar yang dipotong rambutnya itewww....
"anda tak kan dapat design rambut cam tu di luar sana walau berapapun bayaran diberi... Hargai lah guru anda yang sedang mengasah bakatnya itew!"

shfq said...

inspection?bangun lambat.siap lambat.kne sound.
haah.still apply.hahaha

lili11 said...

Keh keh keh ... gunting cikgu jangan x gunting ...

irbika said...

hui kan senang nak dapat design lagu tu kat kedai dik oiii! bangga tau! heheheh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget