WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, May 23, 2009

LAWATAN KERJA DATO' ALIMUDDIN MOHD DOM


Pada 22 Mei 2009 satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Ybg Dato' Haji Alimuddin bin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke STAR. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Presiden STAROBA.

Sempena lawatan kerja ini satu perjumpaan bersama guru-guru diadakan di samping kehadiran AJK PIBG dan STAROBA. Dalam pertemuan ini, guru-guru, ibu bapa serta bekas-bekas penuntut (STAROBA) telah menyuarakan pandangan dan saranan bagi memantapkan kedudukan STAR di persada pendididkan negara. Selain itu juga satu keputusan dicapai di mana YB Presiden STAROBA telah berjanji untuk memulakan lobi kerajaan untuk program pembangunan semula keadaan fizikal STAR yang telah berusia 52 tahun. Beliau berjanji untuk menggunakan kedudukannya sebagai anggota Kabinet Kerajaan di samping sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Sebagai sebahagian daripada warga STAR, saya bersyukur kerana nasib STAR (fizikal) mendapat perhatian sewajarnya dari kerajaan.  Di darapkan kerajaan bersama motonya ; 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan, melihat sejenak masalah kekurangan kemudahan di STAR kerana di sinilah pemimpin dilahirkan. Semoga impian untuk melihat STAR 'bertukar wajah' akan terlaksana. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Hiz'da said...

bilerlah produk star nk jd PM...
hurm... sng sket papehal.. heh

imanshah said...

huh nak cakap di bakal pm la tuh..wah2

Hiz'da said...

eyh2.. xmo la den..
tgk ah kalo da boring sgt ker nnti,. haha

Tungaklangit said...

salam saudara imanshah

walaupun blog saudara buku blog yang membicarakan politik tapi saudara juga menyumbang kearperpaduan ank bangsa menerusi pendidikan

insyallah doa saya semoga saudara menjadi warga pendidik yang dirahmati Allah

Ingatlah seorang guru amat tinggi nilainya di sisi masyarakat dan Allah

salam

ikhwan said...

sorry lme menyepi..xam arituh..
nway hepi teachers day..

mohd salman said...

wah, anak STAR rupenye...

Encik Rasis said...
This comment has been removed by the author.
Hiz'da said...

knp komen en rasis di remove,, heh..
nway... len kali patotnyer ade wakil pelajar..

Caman said...

a'kum cg..
cg mana yg ckp RM240 sebulan jd warden dia boleh dlm sehari kalau jd outside tutor?
btw happy teachers day!!

imanshah said...

to CAMAN.. Cg kamu juga yang cakap..tapi statement nyer diputarbelitkan..nak tahu cerita sebenar, tanyalah guru-guru kamu yang mendidik kamu dari kamu tingkatn 1 hingga tingkatan 5..Percayalah, guru-guru yang ada adalah guru-guru yang terbaik.

norman.bulat said...

yeah!repair la ape yg patut..
da teruk bnr keadaan fizikal kt dorm..
especially blok green..
hahahaha..

Encik Rasis said...

Hiz'da : saya sendiri yang membuang komen saya, harap maklum.

Caman : apa yang cikgu kamu cakap tu betul, sila dapatkan cerita yang lain daripada guru yang kamu percayai. Saya sendiri mendapat cerita dari pihak guru dengan cara yang menyentuh hati guru dan saya sendiri. Every slice have two sides. Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja.

Pembawa Rotan, teruslah membawa rotan untuk mendidik anak bangsa kita. Jangan berputus asa kerana masih ada yang waras fikirannya yang menyokong anda dan guru-guru yang lain.

Kepada pelajar pula, fikirkanlah mengenai ilmu yang kamu boleh dapat dari guru, jangan berfikir yang negatif sahaja.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget