WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, May 4, 2009

UIAM...Kami Pasti Kembali Lagi!!

Kesayuan jelas terpancar pada wajah para pendebat Bahasa Melayu dan seluruh penyokong STAR apabila gagal membawa pulang Piala Tun Seri Lanang ke bumi Ipoh. Dengan usul "Undang-undang Jalan Terbaik Mengatasi Masalah Keruntuhan Moral" STAR yang bertindak sebagai pembangkang gagal meyakinkan panel hakim dan tewas kepada SM Agama Al-Hidayah, Johor Bharu dalam pentas akhir Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seluruh dewan juara-juara menjadi saksi kehebatan para pendebat STAR mematahkan hujah pihak lawan, namun nasib tidak menyebelahi pasukan STAR.

Para pendebat STAR bergambar bersama YB Dato' Saifudin bin Abdullah Tim Menteri Pengajian Tinggi dan Rektor UIAM

Sesuatu yang menarik, STAR sudah tiga tahun menjejakkan kaki ke pentas akhir sejak tahun 2007. Bagi pendebat-pendebat Bahasa Melayu inilah kali pertama peluang terbuka ke pentas final setelah dua tahun berturut-turut pendebat Bahasa Inggeris berjaya ke final iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Sesungguhnya nama STAR tetap harum dan mempunyai tempat tersendiri dalam arena perdebatan sekolah-sekolah Malaysia.

Pada tahun ini, Pertandingan Debat Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Malaysia menyaksikan pertambahan bilangan sekolah iaitu sebanyak 98 sekolah. Pertandingan ini dianggap paling berprestij kerana menghimpunkan semua aliran persekolahan dalam satu pertandingan debat. Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah harian biasa serta sekolah swasta berhimpun selama enam hari bagi beradu kekuatan minda serta ketinggian intelek dalam merebut trofi kejuaraan.

Walaupun tewas dalam pertandingan akhir, STAR turut berbangga apabila Saudara Asyraf dipilih sebagai pendebat terbaik final, manakala Saudara Azri dan Saudara Faizs masing-masing dipilih sebagai pendebat ke-8 dan ke-4 terbaik keseluruhan daripada 400 pendebat. Manakala Saudara Azam mendapat tempat ke-3 dalam kateogori Bahasa Inggeris. Kejayaan yang dicapai tidak akan hadir tanpa usaha gigih, penat lelah dan air mata dari semua pihak. Sekalung apresiasi buat semua ; Puan Noridah selaku tulang belakang utama yang sentiasa menanamkan semangat STAR boleh, Mr Shahnun, Arinn, Farid, Bebet, Fatiehah, Salehuddin yang sentiasa menemani , Siraj, Acap, Paman, Azeri, Faizs, Kuchai, Riduan, dan semua team debat BM STAR...tanpa anda kejayaan ini tidak akan hadir.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Hiz'da said...

yeah... cmon harinn!!! ops..
haha... tahniah sume...

norman.bulat said...

wah!da hebat la skolaku..
dulu debate b.m x gempak sgt..
sbb bolad xde..hahahaha!

norman.bulat said...
This comment has been removed by the author.
ikhwan said...

good job boys..congratz teachers :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget