WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, June 8, 2009

GRAND SLAM KE-14



Penantian yang diibaratkan satu penyeksaan buat pemain tenis No. 2 dunia, Roger Federer sudah berakhir apabila menjuarai Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain Sweden, Robin Soderling 6-1, 7-6, 6-4 semalam. Ia merupakan kejuaraan Grand Slam ke-14 buat pemain kelahiran Switzerland itu sekali gus menyamai rekod dengan pemain tenis tersohor, Pete Sampras.Federer, 27, yang pernah menjuarai Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat sebanyak lima kali serta tiga kali merangkul kejuaraan Terbuka Australia belum pernah menjuarai Terbuka Perancis sebelum ini dan pemburuannya berakhir semalam untuk melengkapkan kejuaraan Grand Slam.

Aksi awal Federer pada set pertama sudah membuktikan pemain dari Switzerland ini mempunyai azam yang tinggi untuk merangkul gelaran Terbuka Perancis apabila mendahului 4-0 pada set pertama.

Federer begitu senang dengan pukulan rendah untuk memerangkap Soderling, juga melakukan kesalahan berganda pada permainan pertama set pertama dan dilihat hilang keyakinan pada permainan ketiga dan keempat.Bagaimanapun pemain Sweden yang mendapat tunjuk ajar dari bekas pemain nombor dua dunia dan juga rakan senegara, Magnus Norman bangkit untuk mengutip satu mata menjadikan kedudukan 4-1 hasil pukulan servis yang cemerlang diikuti dengan pukulan potong dalam rali yang panjang.

Pengalaman yang dimiliki Federer membolehkannya memenangi permainan seterusnya untuk mendahului 5-1 dalam tempoh 19 minit berbeza dengan apa yang dilaluinya dalam perlawanan akhir kejohanan yang sama tahun lalu menentang Rafael Nadal.
Federer mengesahkan kemenangan set pertama 6-1 dengan melakukan pukulan kilas walaupun cuba diberi tentangan oleh Soderling melalui pukulan voli yang menuju tepat ke arah lawannya.
Soderling mula menunjukkan semangat melawan pada set kedua apabila berjaya mengikat Federer sebanyak enam kali dalam aksi kejar-mengejar mata sebelum tewas dalam aksi tie-break 7-6.

Sebelum merangkul mata pertama dalam set kedua, Federer melakukan kesalahan berganda tetapi diselamatkan dengan pukulan servis yang cemerlang tatkala Soderling berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melupakan kekalahan mudah di set pertama.
Bagaimanapun aksi set kedua itu diganggu dengan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam gelanggang ketika Federer mendahului 2-1, lelaki yang membawa bendera pasukan bola sepak Barcelona itu cuba untuk memakaikan topi merah kepada Federer tetapi ditolak sebelum dia berlari ke arah gelanggang Soderling dan ditangkap pengawal.

Hujan yang mula turun seakan memberi semangat buat Soderling apabila cemerlang dengan servis kencang yang dilakukannya untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Federer gagal memenangi sebarang pukulan.Federer berusaha sedaya upaya untuk mendahului permainan di set kedua apabila kembali mendahului 3-2 walaupun Soderling dilihat bertambah yakin dengan tahap permainannya.

Aksi mengejar mata berlaku sehingga permainan set kedua terikat 6-6 dan berlangsung ke tie-break dengan Soderling mula menunjukkan kepakarannya bermain di jaring manakala Federer pula berjaya melakukan pukulan rendah yang melintasi gelanggang.Bagaimanapun Federer tidak mempunyai masalah untuk memenangi permainan tie-break hasil pukulan rendah dan servis yang laju bagi memenangi set kedua 7-6 seterusnya mendahului 2-0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di gelanggang Phillippe Chatrier.
ederer bermula cemerlang pada set ketiga apabila mendahului Soderling 2-0 dengan permainan mantap dalam usaha untuk merangkul kejuaraan Grand Slam yang masih belum dimenanginya sepanjang kariernya itu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget