WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, June 7, 2009

KOPEK

Mungkin agak pelik bunyinya tajuk entri yang aku tulis kali ini. Tulah sebenarnya keindahan bahasa Melayu.Satu perkataan, membawa banyak makna. Dalam kes-kes tertetu, di sesetengah kawasan, perkataan yang digunakan boleh membawa huru-hara. Contohnya dalam kes perkataan KOPEK. Aku teringat satu cerita guruku yang baru pertama kali ditempatkan di Kelantan. Beliau ke pasar dan ingin membeli durian. Lantas setelah dibayar harganya, guruku itu telah menyuruh penjual durian (wanita tua) mengopek buah durian. Dialognya mudah sahaja, "Makcik, Kopek!!'.Lantas penjual durian yang sememangnya orang kampung yang tidak terdedah dengan makna lain  perkataan KOPEK, terpinga-pinga. Lantaran penjual itu menyangkakan guru tadi mencarut kerana maksud KOPEK dalam bahasa Kelantan ialah Tetek. Keadaan huru-hara berlaku apabila penjual durian tadi memarahi guru tersebut dengan kata-kata kesat. Makcik tersebut beranggapan guru aku mencarut kepadanya.


                                Ada berani, jom....

Berbalik kepada cerita KOPEK, rutin harian bila pulang ke kampung ialah mengopek kelapa. Sementelah kakak memiliki kedai makan dan mengusahakan perusaahan kuih-muih, maka banyak kelapa diperlukan. Makanya apabila pulang, aku akan diarahkan untuk membantu urusan mengopek kelapa atau dalam bahasa kelantannya : KOYOK NYO. Percaya atau tidak, untuk mengopek kelapa memerlukan kemahiran yang tersendiri. Sudah tentu sesiapa sahaja yang mencubanya buat pertama kalinya akan berpeluh. Namun bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa. Aku mampu untuk menghabiskan antara 20-25 biji dalam tempoh setengah jam. Abang aku pun tak terlawan. 

Memang benar, kehidupan moden sekarang menyebabkan ramai dalam kalangan kita sekarang sudah tidak pandai atau kurang mahir dengan pekerjaan yang diwarisi oleh orang tua. Kalau dulu, ada orang yang mengambil upah memanjat pokok kelapa, namun pada hari ini kerja-kerja tersebut diambil alih oleh golongan beruk. Jangan nanti, perangai pun dah jadi macam beruk..Anak-anak terutamanya di bandar sudah tidak didedahkan dengan perkara-perkara seperti kopek kelapa, parut, kukur dan perah kelapa kerana sekarang ni semuanya READY MADE(santan segera)  asal ada duit sahaja, ataupun yang paling senang beli sahaja lauk di kedai. Habis cerita.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget