WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 24, 2009

SEMARAK KEJAYAAN PANITIA BAHASA MELAYU


Semarak aktiviti dan kejayaan Panitia Bahasa Melayu dalam pertandingan ko-akademik diteruskan oleh pasukan Pantun dan Bahas STAR. Berlangsung serentak pada tarikh yang sama, pertandingan pantun peringkat negeri Perak dan Debat Piala Naib Canselor HEP UKM telah diadakan pada 19-21 Jun 2009. Aku dan mentorku, Puan Noridah Ramlan telah berpisah kali ini. Aku ke Kuala Kangsar manakala Kak Idah kali ini keseorangan ke UKM. Bertekadkan untuk cuba mencapai kejayaan bagi membuktikan kesinambungan kejayaan yang sering diberikan oleh Panitia Bahasa Melayu kepada STAR khususnya.

Dalam pertandingan pantun yang berlangsung di SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar STAR telah mewakili Daerah Kinta Utara, kembali lagi pada tahun ini untuk cuba merebut kejuaraan dari juara tahun lepas , SMK Alang Iskandar. Pertandingan pada tahun ini semakin mencabar kerana terdapat 50 tema yang perlu disediakan. Dan pelajar hanya diberikan masa selama 60 saat untuk mencipta pantun. Dalam pusingan pertama, STAR bertemu SMK Raja Perempuan Kelsom yang mewakili daerah Kuala Kangsar dan Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Kinta Utara. Seterusnya melayakkan STAR ke peringkat Suku Akhir bertemu SMK Hutan Melintang yang mewakili daerah Hilir Perak. Nasib juga memihak kepada pasukan STAR dan melayakkan diri ke separuh akhir bertemu SMK Khir Johari yang mewakili daerah Batang Padang. Akhirnya, berkat latihan berterusan STAR berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Di peringkat akhir, STAR sekali lagi dipertemukan dengan wakil Krian iaitu juara 4 tahun berturut-turut, SMK Alang Iskandar. Azam yang membara untuk bergelar juara dan merampas Piala Sirih Pulang ke Gagang ditunjukkan oleh putera-putera STAR. Namun nasib tidak meyebelahi kami apabila daerah Krian sekali lagi dinobatkan sebagai juara. Namun, sekalung tahniah buat Affan, Akramin dan Asraf yang telah memberi tentangan sengit kepada SMAI.

Di Bangi, pasukan debat yang telah menduudki tempat ke tiga pada peringkat liga dan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir bertemu Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba. Perdebatan berlangsung atas usul "Penggunaan Internet Perlukan Kawalan" dengan bertindak sebagai kerajaan. Alhamdulillah, dengan margin 4, juri 3-0, STAR berjaya mengalahkan MRSM TGB. "Pelajar Samseng Perlu Dibuang Sekolah" begitulah usul yang mempertemukan STAR dengan SMAP Kajang di peringkat separuh akhir. STAR bertindak sebagai pembangkang, dengan margin 2.3 tetapi dengan juri 3-2, usul telah memihak kepada STAR untuk melangkah ke perlawanan akhir. STAR sekali lagi ke pentas juara, tetapi kali ini akan berdebat dengan pasukan yang agak kuat, iaitu Sekolah Seri Puteri. Usul yang diperdebatkan berbunyi “Generasi muda tidak patriotik” dan STAR diundi bertindak selaku pihak kerajaan. Hasil perdebatan, dengan juri 8-3, margin 2.67, STAR telah berjaya akhirnya mengalahkan SSP di pentas final.

Al-hamdulillah kejayaan yang dicapai oleh pasukan pantun dan debat STAR tidak hadir begitu mudah. Mungkin ada orang di luar sana cuba memandang sinis dengan kejayaan ini kerana pada sesetengah pihak, mereka lebih mengutamakan kejayaan sukan. Namun harus diingatkan, kemampuan dan kebolehan pelajar tidak sama. Rasanya ada juga sumbangan Panitia Bahasa Melayu terhadap kejayan STAR dan seharusnya mereka diberi ucapan tahniah. Apapun, tahniah kepada semua yang terlibat. Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk seterusnya menawah gelaran juara Pidato Piala DiRaja yang akan bermula pada Julai nanti!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget