WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, June 4, 2009

TEPUNG PELITA

Pulang bercuti ke kampung halaman memberi ruang untuk merehatkan minda dari pelbagai masalah di tempat kerja. Kali ini cuti persekolahan selama 2 minggu aku gunakan sebaik mungkin untuk berehat. Kali ini aku nak bercerita tentang semangat usahawan orang kelantan. Ni kisah benar melibatkan anak buah aku yang baru berusia 16 tahun tetapi cukup ligat mengusahakan perniagaan kuih Tepung Pelita. Kalau di sebelah utara rasanya dikenali sebagai Limas.

Ibunya (kakak aku) mengusahakan perniagaan kedai makan di Hadapan Hospital Tumpat. Kesibukannya di kedai menyebabkan kerja-kerja membuat kuih diserahkan kepada anaknya. seawal jam 4.30 pagi anak buah aku telah bangun untuk bersaing bersama ibunya. Si ibu ligat memasak nasi lemak dan nasik belauk (popular sarapan pagi di Kelantan), manakala si anak tak kurang kalahnya memasak kuih tepung pelita.  Tatkala rakan-rakan seusianya sedang nenyak tidur, dia sudah bangun kerana pada pandangannya, untuk berjaya memerlukan pengorbanan. Satu hari hampir 500 tepung pelita berjaya disiapkan. Selepas itu, tepung pelita ini akan dihantar ke kedai-kedai makan dan Pasar Tumpat. Takterkejar aku melihat kelicikan anak buah aku ini berniaga. Selepas itu barulah dia bergerak ke sekolah.

Setiap tepung pelita dijual dengan harga 25 sen sebiji. Bayangkan sebulan berapa pendapatan dari perusahaan kecil-kecilan ini. Aku kira seorang anak gadis seusia dengannya, pendapatan 500 sebulan sudah dalam tangan. Begitulah semangat usahawan yang anak buah aku ini miliki. Begitu juga kalau ada tempahan dari orang kampung untuk majlis-majlis tertentu, dialah juga yang dicari oleh orang kampung. Aku juga tabik spring padanya, walaupun sibuk membuat kuih, pelajaran tidak dilupakan. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sambil mentelaah sempat lagi pada malam harinya anak buah aku ini menyiapkan sarung kuih Tepung Pelita dari daun pisang atau di Kelantan dikenali sebagai Mulung.

Begitulah serba sedikit kisah anak buah aku. Sememangnya dalam kalangan wanita-wanita Kelantan punyai semangat berniaga. Tak percaya datanglah ke Kelantan, yang berniaga semuanya golongan wanita.Sedangkan bapak-bapak dan ayah-ayah semuanya menghiasi kedai kopi.. Jangan marah!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget