WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 21, 2009

ASRAMA PENUH ATAU SEKOLAH HARIAN??



Hari ini aku membawa pelajar menyertai Pertandingan Pidato Piala Di Raja peringkat Daerah Kinta Utara di SMK X..Alhamdulillah Abdul Hakim Maiden menjadi johan daerah dan akan mewakili daerah ke Peringkat Negeri Perak nanti. Tahniah diucapkan buat "Bapak" (panggilan manja Hakim) dan Puan Noridah. Saingan sengit sekali dari peserta-peserta yang mengambil bahagian. Namun, bukan itu yang ingin dikongsikan pada kali ini, tetapi pengalaman menarik berada di SMK X tadi yang ingin dikongsikan.

Hurm, keadaan SMK X amat berbeza sekali dengan sekolah aku. Maksudnya dari segi perlakuan, adab belajar, keadaan kelas, penampilan sememangnya jika dibandingkan seperti langit dengan bumi. Bila melalui kelas-kelas SMK X, aku ternampak seorang guru perempuan sedang memarahi pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Rasanya pelajar Tingkatan 2. Dibawanya rotan bagi menggertak pelajar tersebut. Tiba-tiba aku terkejut kerana pelajar yang berada di hadapan keluar semata-mata nak bersalam dengan aku. Wah, macam artis pulak..Kenapa perlu aku disalami?? Baik sungguh budak ni. Lawak betul..Guru berada di dalam kelas, tapi boleh keluar macam tu je. Bersalaman dengan orang yang tak dikenali. Agaknya budak tadi mengalami masalah mental kot.

Bila melalui kelas yang lain (waktu pertukaran guru) tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki menarik tudung pelajar perempaun. Aduh, habis terjatuh tudungnya, dan membuatkan pelajar perempuan tersebut naik hangin. Pelajar lelaki tersebut dikejarnya dengan kotak pensel sambil menyumpah seranah. Satu kelas riuh melihatkan adengan tersebut. Akhirnya pelajar perempuan tersebut berhenti dan menangis. Maka adengan melalak pula mengambil tempat.Macam-macam lah.

Aku perhatikan pelajar lelaki ramai yang berambut panjang. Ada antara mereka yang dengan selamba memakai selipar jepun ke sekolah (ingat pergi jamban ke)..Yang tak memasukkan kemeja ke dalam seluar usah cakaplah. Hurm, beginilah keadaan sekolah harian ya. Baru terfikir betapa selama ini mengajar di SBP jauh lebih baik. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi kata orang lah (Cg Adham Imtiyaz) cakap mengajar di pedalaman lebih seronok. Mungkin juga SMK X ni sekolah bandar kot.

Apa yang pasti ada pro dan kontranya mengajar di mana-mana pun. Macam di SBP, kami dibebankan dengan aspek kecemerlangan. Semua pelajar yang keluar dari SBP mesti dibekalkan dengan seberapa banyak A yang boleh. Itu tak masuk lagi dengan tugas dan tanggungjawab menggantikan ibu bapa pelajar-pelajar ini, sampai anak sendiri di rumah pun tak terjaga. Manakala di sekolah harian dengan jumlah waktu mengajar yang banyak, dengan pelajar yang tak tahu membaca, menulis dan mengira, masalah disiplin dan bermacam-macam karenah lagi. Semuanya menuntut kesabaran.

Zaman dah berubah, pelajar juga turut berubah. Dan yang pastinya sebagai pendidik kena turut berubah!!Selamat mengajar!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

iqbalsyarie said...

Saya setuju dgn pendapat cikgu.Betapa sy bersyukur sy masuk star.mungkin klo Allah pilih sy utk skola kat kampung sy kat felda,mungkin sy akan membesar sbgai penagih dadah..Allah Maha Tahu..
kecemerlangan manusia bukan diukur dgn bilangan A.sy Spm bukan 10A pun,tp masih dipilih utk mendapat biasiswa berniali ratusan ribu drpd Felda..terbukti bukan A yg menentukan kejayaan.Tetapi "A" la yg tentukan kejayaan yg sbnr."A" itu ialah ALLAH.

Sy tertanya-tanya skola X tu...erm..skola ape ek?hehehe

**taknak komen pape,takut silap teka jd fitnah plak**

Tahniah buat Hakim dan Puan Noridah..tahniah buat cikgu2...

hysMan.. said...

itulahy pasal cikgu..
skrg ni suma berubah..
pemikiran bebudak pon da berubah tak mcm dolu2..
degil nak mampuih..
tegar..
tp masalahnya,pehal mak bapak pon backup anak depa??
aduhh!!

~tahniah atas kemenangan.. :p

Tukang cerita said...

Akak bersyukur mengajar di sekolah akak sekarang ni......
Students nya, idaklah baik sangat...tp, idak plak nakal sagat...
yang sedang2 saja....

:)

Anak Tumpat said...

lain pade lain blale, lain sek lain rage cikgu..sek ambo pun ada budaya sdri.. klu nk pk sgt psl stdent ni x hbis la.. baik kito bt kijo stakat trmampu deh?

cikgupj said...

cpj pernah juga berada di STAR kini cpj kat sekolah harian biasa...di SBP semua agak skema, tapi sekolah harian biasa ni amat rencam spt yang cikgu kata tulah...itulah cabaran buat kita golongan pendidik yang tak jemu-jemu pegi sekolah...kihkihkih...

p/s sekolah harian pun ramai budak cerdik termasuk politik!...jemputlah buat komen kat n3 politik terbaru cpj...selamat datang!

noorlara said...

tugas sebagai pendidik bukannya mudah, penuh cabaran dan menuntut pengorbanan dan kesabaran yg bukan sedikit namun hasilnya berbaloi!

CaLL me AunEE said...

yeke cikgu?
tgok la jnis skolh harian ckgu.mmg di sbp x dpt nk tgok keadaan mcm tu.tp ade jgk keadaan skolh hrian yg lbih baik dpr sbp.skolh sy x kurg hbtnyer.skolh premier.sama je trafnya dgn sbp.sekolh tahap a jgk.sori.

kuIna LadyInRed said...

errrkkk sekolah mana tu?

waruna said...

sekolah harian di bandar ke dikampung ke sama je masalahnya. Di kampung pun teruk... guru2 seolah2 "putus asa" nak mendidik. Kalau kelas paling hujung memang menuntut kesabaran yg tinggi. Dalam hati murid2 itu tak ada langsung MINAT belajar. Dalam kepala mereka nak seronok saja. kalau yg perempuan bangga sgtla ada pakwe. Kalau periksa telefon bimbit masyaAllah! semua yg pelik2 ada.... dalam kepala mereka dipenuhi "perkara2" yg tak sepatutnya ada pd seoarng pelajar.

Dj Epoi said...

Salam ...

Gua dolow pandai gak berpidato nih........

Tapi skank pandai merapu jew Dik hehehehehhehehe......

Cikgu Adham said...

slm.. sory kawe lama x update blog sebab sibuk dgn aktiviti motivasi dan kem ilmu dimana kawe kena bagi 2 ceramah motivasi huhuhuhu..

heh heh heh mmg betol itulah keadaannya kalau di sekolah harian... Namun kawe bersyukur kerana sekolah kawe masih tiada budaya teruk macam sekolah X td heh heh..

Kalau d Sibu sebagai contoh, sudah berbeza dgn KApit tmpat kawe ngajar... di sibu terdapatnya ramai gangster.. macm2 maslh yg pelik wo...

di Sekolah kawe (pedalaman kapit) mmg dari segi hormat-menghormati guru, kawe bg A la.. walaupon budak tu byk mslh disiplin, tp masih dgr cakap cikgu dan masih lagi beradab bila berdepan dgn guru.. ini kerana kapit yg jauh dr bndar besar melambatkan pengaruh budaya negatif.. mereka menempuh kemajuan dalam suasana tradisional..

tp itu la, kita msti sama2 bkerjasama utk atasi mslh yg remeh temeh di sekolah td... kena mula dari mula... jaga penampilan pelajar dimana guru kena lebih bertegas mendisiplinkan pelajar

Cikgu Adham said...

betol kata Waruna.. act sekolah tempat memanusiakan manusia... kalo pelajar tak boleh ikut pembelajaran yg berbentuk akademik, jgn dipaksa.. kalau kelas hujung mcm di sekolah kawe, kebanyakannya tidak boleh membaca.. kena buat sesuatu agar mereka tidak tersisih..

jadi alternatifnya, pada pendapat kawe bg ruang kpd pelajar lemah ni untuk buat sesuatu yg berfaedah di sekolah... seperti kelas kemahiran spt subjek kimpalan acra dan gas, kelas tarian ke..

mcm member kawe di sebuah sekolah buat team dikir barat (separuh drp budak dikir tu dr kelas hujung), biar diorg tumpukan sesuatu aktiviti, supaya pelajar turut merasa bahawa mereka menyumbang kpd pencapaian sekolah dlm aspek ko-kurikulum.. so kesannya budak kelas hujung mempunyai kurang masalah...

ZaCkG fRiDzHa said...

hahaha, klaka giler!
apesal budak tu tentibe salam cikgu?
minat kot?hahahaha

Mahmood said...

Your blog is very nice. The images are very beautiful. God is Great. Best wishes.

http://www.thedynamicnature.com

zai said...

Hmm..kalau nak cite zaman sekolah akak dulu2 pun mmg citenya tak banyak beza dengan zaman sekarang..sama jer rasa2nya..tapi dulu2 kalau cikgu pukul, anak murid tak berani nak melawan..tapi skang..kalau tersalah pukul ...balik nanti siapla tunggu kat tengah jalan...mampus cikgu kena belasah la plak..

cheazyback13 said...

btul tu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget