WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 7, 2009

BIL ELETRIK MERINGANKAN BEBAN











Dijangka sebanyak 1.1 juta isi rumah akan dapat menikmati faedah tidak perlu membayar bil elektrik berikutan keputusan kerajaan memansuhkan bayaran bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sebulan. Menurut  Eksekutif (Perhubungan Media) Jabatan Komunikasi Luaran Tenaga Nasional Berhad, Arziril Alim Azizi, kebanyakkan faedah ini dinikmati oleh pengguna di luar Bandar dan pinggir Bandar.
Arziril memaklumkan ianya hanya berkuatkuasa 1 Okt tahun ini sehingga akhir 2009. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penghapusan bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan itu semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat pada 29 Ogos lepas bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.
Itu tahun lepas punya cerita..Aku antara jutaan rakyat marhain yang mendapat faedah dari pengumuman oleh Pak Lah. Seingat aku, dah lama aku tak membayar bil eletrik kerana jumlah bil aku tak sampai RM 20 pun tiap-tiap bulan. Inilah salah satu nikmat kurniaan Allah yang jarang disyukuri oleh hamba-Nya. Walaupun sesetengah orang beranggapan apalah sangat RM 20, namun bagi golongan yang kurang berkemampuan, RM 20 suatu nilai yang besar. Aku bersyukur padamu Ya Allah atas nikmat ini.
Berbalik kepada tempoh pengecualian bayaran ini, dijangka hanya untuk setakat hujung tahun 2009, bermakna tak lama lagi tempoh ini akan berakhir. Tak tahulah Dato Sri Najib selaku menteri Kewangan 1 nak sambung atau tidak, kita tunggulah sehingga Bajet 2010 dibentangkan kelak. Apapun terima kasih buat kerajaan atas keperihatinan ini, kalau boleh disambung sehingga tahun-tahun yang berikutnya apa salahnya..hehe kan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm... bagus la nih heh heh dpt ringankan golongan yg berpendapatan rendah

imanshah said...

termasuk kawe..haha

karakoza said...

Jimat duit..boleh la cgu beli kasut byk2 lg.

imanshah said...

boleh2..suka kasut..tapi simpan duit lah untuk masa depan..tyme njoy dah nak habis

fakhruddin said...

eh eh kitorang kat uniten pulak, harga apartment semester baru ni naik sebab penggunaan elektrik semester lepas tinggi. dah la student lagi. mana ada duit nak bayar sewa mahal2... isk2...

cg, time enjoy dah nak habis? mau kawin ka?? haha

cikgupj said...

yang baik untuk rakyat, kita tetap memberi sokongan...terima kasih kerana ziarah blog saya dan ikut sekali...saya sangat menghargainya...

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... alhamdulillah memang menjimatkan. Setakat ini, bil-bil elektrik dan air saya pun tidak pernah dibayar. Semuanya kerana jumlah bulanan yang terlalu rendah. Mudah-mudahan berterusan setiap bulan... Allahumaamin~

- abdul hadi abdul muti - said...

simpan la duit beli kete baru
haha

cikgu dah beli kete baru ke belum??

imanshah said...

Hadi: Baru je tempah..lambat lagi dapat

Cikgu PJ : Sama2, blog anda juga menarik, dapat bertukar2 cerita tentanng isu pendidikan

Fakhrudin : InsyaAllah ada jodoh cg kawen

Aishah : Berdoalah smg nikmat ini berterusan

zai said...

Bilalah akak nak merasa bil eletrik akak ni bawah RM20..selalunya RM100 ++ keatas jer..nampak gaya kena tinggal kat kampung la cam ni kalau nak jimat, masak air guna dapur gas, masak nasi guna dapur minyak tanah, mandi tak yah guna shower, guna air perigi, seterika guna seterika arang, petis ais, mesin basuh ??? itu yang susah tu..tak jadila camtu..

imanshah said...

Kak zai,,takkan la kot nak balik pada zaman jepun dulu2, dah ada kemudahan, gunakanlah..masuk banyak,, keluar pun musti banyak..tak gitu??

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget