WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 5, 2009

DAPAT PEMBANTU RUMAH BARU!!



Rumah ku tampak kemas

Pagi tadi Satu Program Ekplorace Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan, dibawah seliaan para pengawas tingkatan 4. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan pelajar Tingkatan satu yang saban hari asyik bergaduh sesama mereka. Maklumlah, mereka ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia dan dari latar belakang keluarga yang berbeza. Ada yang datang dari ibu kota Kula Lumpur, namun dalam masa yang sama ada yang datang sejauh kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan. Mereka dihimpunkan di daerah yang bernama IPOH, Perak.



Lap abang, jangan tak lap!!

Antara pengisian program ini adalah gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Makanya, para pengawas telah memilih rumah aku dan kawasan sekitar kuarters guru untuk dibersihkan. Apa lagi, ibarat orang mengantuk diberinya bantal, orang yang lapar, dihulurnya KFC, aku menerimanya dengan berlapang dada. Haha, ibarat bulan jatuh keriba, dan ibarat dianugerahkan pembantu rumah Indon plak..haha.. Sementelah lagi rumah aku memang bersepah2 juga kalau hari minggu. Kuarters ni plak letak betul-betul tepi jalan raya. Habuk toksah nak cakap lah.Aku pulak masih belum lagi ada orang rumah, tak de lah sapa-sapa yang nek kemas rumah..haha

Seramai 10 pelajar Tingkatan 1 sampai depan rumah aku seawal jam 8.00 pagi. Aku bagikan mereka kepada 2 kumpulan, satu dalam rumah, satu luar rumah iaitu sekitar rumah. Aku tugaskan mereka bersihkan stor serta mengubahsuai ruang tamu. Manakala mereka yang selebihnya di luar rumah membersihkan longkang, daun-daun kering, rumput-rumput panjang, serta mengutip sampah sarap. Kebun pisang dibelakang rumah juga bersih dikerjakan mereka. Alhamdulillah..jimat tenaga aku hari ini..Kalau boleh tiap-tiap ujung minggu ada explorace kan best..haha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

imanshah said...

Thanks boys, next week mai lagi na!!

MaMaQaYPo FaMiLy said...

heheheh... cikgu bujang ni...

cepat2 laa cari org umah... cian bebudak tu!!

:D

sonata anak kancil said...

Oh bagusnya! lapang fikiran bila umah berkilat....mai sini pulak.

Robot Jamban said...

ini buli nih. haha

Cikgu Adham said...

slm...

hah hah hah... kerja amal ke ni? masa kawe kat koleq dulu, x penah pon kena wat bnda mcm ni... tp kena wat kerja amal kt senior2 yg entah apa plak huhuhuhuhuu

nk tanya kat STAR xda ke team dikr barat... kalo xda, demo tubuhkan la team tu... latih elok2 nnt smpai wakil perak

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

bro,
untung nya bro hari ini.semoga beroleh untung mcm selalu.hehehe.tq

imanshah said...

Tq semuanya..tengah carik la org rumah wat bersih rumah..haha..

Aid..sekala sekali dapat durian runtuh, bukan buli..huhu

Adham, ada team tapi biasa2 je..kawe tak minat sangat la Dikir barat

Anak Tumpat said...

terima kasih atas keprihatinan saudara atas makluman kesilapan dalam posting saya. cikgu mengajar di ipoh? tang mana tu? saya dulu pernah praktikum di SMK Clifford Kuala kangsar.. best la jugak..

imanshah said...

Anak Tumpat..saya mengajar di STAR, Ipoh..Saya pun anak jati Tumpat, Kampung Pengkalan Nangka

kakpah said...

salam cikgu. haha.. kalau dapat sebulan sekali kerja amal macam ni bagus juga ni.

imanshah said...

Kak Pah : Kalau kak Pah free leh datang umah cg masak2. basuh2, cuci2..haha

Anak Tumpat said...

Kiro soho jgk la sek tu dok? kalu demo kale nako. kawe ni alah ko geting.. x jauh mana la kito ni..jiran deh

imanshah said...

ahah dok lalu sokmo kalu balik dok g takbai..geting tu ramai jugok saing jame2 sekolah dulu

n@m@n said...

untungnya..soh la bdk2 mari cuci rumah kawe gok..haha

faris.a said...

buli2.haha

imanshah said...

n@m@n...jauh tu putrajaya..

kirana said...

Uiiihhhh... ambik peluang nampak. Nape tak soh gotong-royong umah Kirana gak?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget