WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 18, 2009

DARI IPOH KE SHAH ALAM


Semalam
Aku ke Shah Alam,
Dari Ipoh jam 3 petang,
Bukan menonton Motocross di Batu Tiga
Bukan jua menonton latihan pasukan bolasepak negara
Jauh lagi berjumpa dengan MB Pakatan
Aku menghantar anak muridku
Yang digantung persekolahan
Bersama dua rakan sebagai peneman
Bukan nak berkongsi keburukan yang dilakukan
Jauh lagi membuka aib buat penambah cerita
Sekadar renungan
Tentang tugas pendidik
Yang di luar bilik darjah
Juga luar waktu persekolahan
Walau wang tenaga dihabiskan
Itulah sebenarnya kasih sayang
Buat anak didik yang disayang
Walau boleh saja dibiarkan
Pengangkutan awam dia pulang
Namun hati kecil pendidik
Takut membiarkan
Takut melencong lupa jalan
Juga berbuat perkara yang tak diinginkan
Alhamdulillah
Sampai jua kami di Shah Alam
Berjumpa ibunya yang kesedihan
Begitulah anak-anak remaja
Selalu berbuat keburukan
Sudah terhantuk baru terngadah
Semoga Allah memberi peluang
Dia kembali ke pangkal jalan!!









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

k.A said...

zaman sekolah dulu ada juga beberapa yang digantung, dibuang dari sekolah. tak tahu la nasib mereka bila dibuang. saya masih berpendapat hidup mereka di asrama lebih selamat dan baik berbanding apabila mereka 'dicampak' ke luar sana

semoga anak murid cikgu mendapat pengajaran

n@m@n said...

dasyat demo..sampai ke S. Alam eh??kawe g ipoh demo mari sini puloks

imanshah said...

Naman : kursus ek..kalau ada masa bleh jumpa..ni no kawe 012-5840503..boleh kuar2 minum

K.A : Betul tu..dia digantung untuk siasatan..mungkin akan bepindah selepas ini

Cikgu Adham said...

heh heh heh ok la gk .. kalo kawe kena bw budak naik bot redah sungai rejang yg luas, byk buaya tu... br la smpai ke sekolah2 lain spt d belaga, smk song, smk katibas, smk balleg dsb..... tu pon utk antar bdak2 g aktiviti ko-ko heh heh heh

anak laut said...

salam..imanshah,

tq singgah anaklaut, Liverpool tak dtg ke Malaysia, team Liverpool hanya singgah di Singapura saja.

:))

p/s: anda seorang yang dedikasi dan perihatin..terharu saya membaca entri cikgu..syabs!

imanshah said...

Adham : itu yang best naik bot..demo ada pengalame banyak naik bot..bila nak update blog nih??

Anaklaut : Sedikit cuma jasa selagi hidup..anda juga, semoga terus mendidik dengan ikhlas..salam perjuangan

::::LAdY FAFA:::: said...

a super-great teacher!!

cikgupj said...

yang bersalah dihukum, yang berjasa diberi penghargaan, itulah antara tugas kita...

zai said...

Salam..
Kak Zai pun ada anak remaja yg sedang membesar..takut bila dengar cerita berkenaan tingkahlaku pelajar zaman sekarang..ntahla susah nak komen..bahagian masing2, apapun ibubapa harus setiap hari mendoakan utk anak2 agar terlepas dari segala musibah dan tipudaya syaitan

hysMan.. said...

wahhhh!!!
tabik sama ini cikgu..
toing!! toing!! toing!!
hahahaa..
beselah bebudak..cam kita gak dolu2..
:P

~liverpool hampeh tak dtg M'sia daa..haiyya..singapore n thai malii...huh

Tirana said...

Beruntung anak murid dapat cikgu yang baik dan bertanggung jawab tapi anak murid pulak tak kenang budi cikgu yang dah bersusah payah..Hai..anak-anak sekarang..

x'emriust said...

mcm2 ek kes STARIAN nih..agak2 ckgu jemu x?? kes yg same je kan tiap tahun?

fakhruddin said...

cg shahnun simply the best lah!

:)

imanshah said...

hysMan : Liverpool tak mau datang Malaysia coz tak setanding!! haha

udin : Mana blog barunya??

emir : Alah bisa tegal biasa

Kak Zai : Banyak2 berdoa..buat yang terbaik untuk anak2

Tirana : sekadar menyumbang sedikit untuk bekalan bertemu-Nya

- abdul hadi abdul muti - said...

budak2 zaman sekarang ni kebanyakannye manje sangat..tu yang susah nak control tu....

Cikgu Adham said...

insyaAllah nnt kawe update.. x sempat amek gmbar pasal semalam kawe ada game bola lawan dgn bomba kapit.. heh heh nnt kawe letak gmbr... gmbar2 bot yg menyusuri sg rejang sbg pengankutan utama kami d kapit heh heh... insyaAllah deh

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum wbt... molek sangat cikgu imanshah ada sikap 'cakna' begini. Tunjukkan semangat 'cakna' kepada mereka kerana ia dapat meyemai perasaan kasih sayang.

Ambil peduli pada kebajikan palajar dah dikira cukup baik. Biar dari Ipoh jauh menuju ke Shah Alam, cikgu tidak akan rugi dan miskin mana pun. Jika kita 'cakna', buruk baik pelajar kita, insyaAllah mereka akan tetap kenang dan hargai kita dalam hidup.

So, tidak rugi berbuat baik kerana rahmat Allah sangat dekat. Pelajar bermasalah, guru jadilah orang yang bijak membantu mengurangkan masalah. Bukan penambah kepada masalah. Doakan mereka akan berubah kepada kebaikan~

Anak Tumpat said...

respek demo bos.. pah ko s.alam ata budok. kes gapo sapa gitu mo nih?

Anak Tumpat said...

buleh kiro budok2 loni.. mcm2 neh..cabaran ko demo imanshah, menghadapi cabaran sbg seorang cikgu..

fakhruddin said...

cg, nak email cg yang cg guna utk blog. nak kena add baru cg boleh tengok blog saya.

imanshah said...

udin : Lcbiru_80@yahoo.com

fakhruddin said...

sudah add. sila check email ye =]

kelambuharimau said...

SEKARANG SHAH ALAM DAH TAK BEST

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget