WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, July 19, 2009

INSPECTION LAGI!!


Gambar di atas merupakan aktiviti rutin para pelajar sekolah aku setiap hari Ahad iaitu Inspection a.k.a Pemeriksaan Kamar. Selama 6 tahun menjadi warden perkara ini lah yang aku buat tiap-tiap hari Ahad. Bosan kan?? Nak pergi mana-mana pun tak dapat hari ahad kerana Inspection terpaksa diadakan dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Aktiviti hari ahad hanya boleh dilakukan selepas jam 9.00 pagi..haha, tapi kata orang Alah Bisa Tegal Biasa.

So, mesti semua orang tertanya-tanya bagaimana inspection ini berjalan? Pelajar-pelajar akan bersiap-siap untuk membersihkan asrama mereka seawal jam 7.00 pagi selepas sarapan pagi. Ada yang kena lap tingkap, mop lantai, bersihkan koridor, sapu sawang, cuci tandas, buang sampah serta bersihkan kawasan sekitar asrama. Setiap pelajar akan bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. Kerja-kerja ini akan dipantau oleh pengawas dan ketua dorm.

Selain itu juga, mereka dikehendaki meletakkan barang-barang keperluan seperti tuala, songkok, ketip kuku, syampu, butang baju, sabun, berus, kiwi, berus dan ubat gigi, sabun basuh di atas katil. Rasionalnya, guru-guru mewajibkan semua pelajar memiliki barang-barang kelengkapan masing-masing supaya tidak berlaku kecurian kerana masing-masing pelajar sudah memiliki keperluan sendiri. Selain itu, pelajar-pelajar diwajibkan untuk memakia uniform lengkap. Rasionalnya, supaya pelajar-pelajar ini bersedia untuk ke sekolah esok hari. Mereka mesti memiliki tie, tie klip, lencana, kasut berkiwi, stokin hitam serta tanda nama. Selain ini, pada hari ini lah, para pelajar diperiksa kekemasan diri, rambut, kuku, misai serta janggut. Inspection akan dibantu sepenuhnya oleh para pengawas.

Pada hari ini lah para warden akan bercakap dengan para pelajar dalam kumpulan yang kecil iaitu dalam satu dorm. Mana yang tak betul, akan dibetulkan.Mana yang perlu dinasihatkan akan dinasihatkan selain dari emmeberi motivasi. Yang penting juga, konsep denda akan dipraktikkan adalan DENDA KOLEKTIF, di mana jika dorm tidak bersih atau tidak berada dalam keadaan bersedia, maka semua ahli dorm akan didenda. Selalunya, dendanya adalah selain membersihkan dorm, mereka akan diminta lari Basket Ball court berpakaian lengkap uniform sekolah.

Pelajar selalu mengeluh apabila inspection diadakan.Menyusahkanlah, mengganggu masa rehat dan tidur lah serta bermacam-macam lagi komplen. Pada aku. inspection merupakan satu perkara yang penting.Inilah merupakan titik tolak kepada keberkesanan P & P untuk minggu tersebut. Para pelajar disediakan dengan disiplin yang terbaik. Namun, mungkin mereka masih muda dan kurang mengerti akan kepentingannya. Tak salah aku katakan, inspection 5 tahun ini adalah asas kepada gaya hidup berdisiplin apabila mereka keluar dari STAR kelak..kerana setiap yang berlaku dan ditempuhi, ada hikmah di sebaliknya!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm keh keh keh..asib baik la kawe x ngajar d cni...

mmg saat ni la paling boring dan bersssumbat huhuhuhuu..

imanshah said...

isy2 demo..memang sumbat..tapi kawe dah letak jawatan..pengetua bagi berehat dulu

Zamz said...

betul3...teringat dulu2 inspection sume kena bangun awal bersihkan hostel...kalau dok rumah sure tgh membuta dan takde mana la nak mencuci tandas kan

k.A said...

inspection hari ahad?
aduhh.
nasib sekolah saya dulu inspection bukan waktu cuti,memang dibuat waktu sekolah.takde la rasa terganggu sangat.hehe

imanshah said...

K.A : memang setiap Ahad kena inspection..kesian budak2 tu, tapi orang cakap Alah bisa tegal biasa

Zamz : Sebab inspection lah kan sekarang suka basuh tandas rumah kan!!kahkah

Dj Epoi said...

Walaweii...selamat berhujung minggu Sahabat..

Gau sker arrrrrr tgk Hostel!!
Teringat Gua waktu study kat IKM dulu hehhehe

Kenangan yg best siut!!!!

Tukang cerita said...

Salam......
Suka bertemu dgn rakan sekarier di alam cyber...
:)

~teringat masa belajar di KISAS dulu...
inspection hari ahad gak...
tp, idak plak merungut...
:)

imanshah said...

Tukang cerita..budak KISAS rupanya..tq mengunjungi blog teman..nanti teman link kan blog mike dalam blog teman

Razak said...

Salam...sekurang-kurangnya mengajar pelajar berdisiplin yg tinggi, sentiasa menghargai masa di dunia

Cikgu Adham said...

bkpo letak jawatannya?

imanshah said...

Adham.ada tsunami kat STAR hari tuh..lagipun rehat lah dulu..6 tahun jadi warden..nak bina kelauraga sendiri pulak

anak laut said...

salam...

tq singgah..anaklaut

lum ada.

iqbalsyarie said...

haha..seronok lak bca pasal ni.lawak la..teringat zaman sy kt sana dulu.hehehe
mmg tak suka inspection..tp bila da kuar skola,rindu giler..lagi2 bila tgk rumah bujang kami ni..mmg tak kemas.da takde org nak paksa kemas..hehehe

Cikgu Adham said...

oic betol2.. mantap la demo... bagus bagi la kat org baru pulak.. ramai lg ckg lain yg teringin tu heh heh heh.. hok moleknya, semua cikgu kena merasa jd wrden, gilir2 jd wrden dlm 1-2 tahun sekali ke baru la adil, semua dpt merasa nikmat jd warden heh heh heh

- abdul hadi abdul muti - said...

memang rindu saat2 inspection ni!!!

x'emriust said...

tsunami?? ade ke ckgu baru yg warden gnti tempat ckgu??

fikri FAUZI said...

cikgu.
kalau hari ahad cikgu datang uniten boleh?
inspect apartment saye.
rindu ooo inspection!
;DDD

imanshah said...

Emir :Ntah, cg sume dok luar..memang nampak bibit kehancuran

imanshah said...

Fikri..haha terguling2 dengar lawak tuh..suh je jaga kat depan tu datang inspect

amirul said...

Salam Bro,
Teringat time dok asrama dulu... hehe

NuR said...

cikgu..
ada homework nak bagi kat cikgu..
check blog nur

imanshah said...

Nur : Dah tua dah, tak larat nak buat omwork

Syazmin said...

HEHE,rindu plak time inspection nih...

Syazmin said...

hehe,rindu plak time inspection nih kat banglo.

atanjamilselamat said...

STAR memang sekolah yang pernah hebat. Namun tidak lagi. Baik dalam akademik dan sukan. STAR perlu bangun semula dan menempatkan dirinya sendiri pada satu tahap yang tinggi seperti yang pernah dikecapi.

Warga STAR - guru, murid, bekas pelajar, pekerja, ibubapa dan masyarakat sekitar perlu bekerjasama seperti dulu demi anak bangsa tercinta.

SHINA SHINA STAR.

shfqemir said...

eh, ini macam dorm2 Red 2008? haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget