WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 17, 2009

ISRAK MIKRAJ dan GURU TAK PANDAI MENGAJAR!!

Malam tadi berlangsung Ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan di dewan sekolah. Alhamdulillah, ramai juga pelajar dan guru yang menghadirinya...Rasanya semua orang dah tahu dan sekurang-kurangnya dah dipelajari sewaktu sekolah pasal Israk Mikraj. Bukan soal pengisian ceramah ingin dikongsi bersama, namun beberapa perkara yang aku rasa perlu diberi perhatian. Pertama, sepanjang ceramah, ramai pelajar yang tidur. Sememangnyalah majlis ilmu sebegini, tambahan malam pelajar memang mudah mengantuk. Seharusnya pihak sekolah menjemput penceramah yang mampu menarik audiens supaya tidak tidur dan bercakap-cakap. Mohon maaf, bukan memperkecilkan penceramah yang sangat tinggi ilmunya, tapi pendekatannya yang serius tidak sampai kepada audiens. Kedua, masih ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk poteng dari menghadiri majlis ilmu sebegini. Aku mengarahkan para pengawas untuk menjejaki mereka. Hasilnya mereka main kejar-kejar dengan pelajar yang ponteng. Bukan sedikit tapi hampir dua puluh orang. Mereka sanggup bersembunyi dibelakang locker yang gelap lagi panas, dari berada dalam dewan yang mendamaikan dan penuh barakah.

Sementara menengar ceramah, aku sempat snap pada papan peringatan peperiksan di dinding dewan. Pejam celik-pejam celik, PMR hanya tinggal 82 hari, manakala SPM tinggal 125 hari lagi. Apa yang nak dikongsikan adalah masih ada segelintir pelajar yang tidak serius dengan bilangan hari yang ada. Masih ada yang poteng kelas, ponteng kelas tambahan, tidur dalam kelas, terlibat dengan ko-kurikulum malahan yang tak pernah ambil peduli walaupun keputusan peperiksaan mencatatkan 3 atau 4 G..Sedih melihat karenah anak-anak melayu yang tak pernah berpijak dibumi yang nyata, masih di awangan. Bukan tidak ada tindakan, bukan tiada yang menasihat, malah sudah berbuih mulut. Bukan tiada program motivasi yang dihadiri, namun motivasi hanya mencukupkan syarat. Guru-guru pun mengajar seawal jam 7.00 pagi dan pulang 5.00 petang, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Entahlah, kami sendiri tidak ketemui jawapannya..Yang pasti bila keputusan tidak memberangsangkan, maka ayat yang selalu diungkapkan GURU TAK PANDAI MENGAJAR..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

NuR said...

salam singgah
nice blog..

Penulis.Sahaja. said...

saya tak terer sebab dulu saya tak terer dan kurang praktis.

cikgu just bagi guideline je.

yang lain semua atas diri sendiri. nak cekup ilmu kat mana.

p/s: rindu MR Yoong punya style pembelajaran.

iqbalsyarie said...

Assalamualaikum cikgu..cikgu jgn risau ye..mmg mcm ni la gelagat remaja.sy pun sama mcm tu dulu..
Namun,hidayah tu milik Allah..kita hanya WAJIB usaha bimbing,doa,ajak,dan beritahu..
tak semua org akan nakal smpai ke tua dan tak semua org akan baik smpai tua..

Teruskan berjuang..sesungguhnya cikgu tersangatlah berdedikasi dan cemerlang di mata kami,anak-anak muridmu..

Ex Starians said...

We have to love our teacher, if we hate them, we can't follow what they are teaching..it is the same in U, when we hate a lecturer then we fail in our exam, when another lecturer take over then we pass our exam..

imanshah said...

Nur, tkasih singgah

Iqbal: terima kasih, moga diberi hidayah buat adik2 mu di sini untuk terus berjuang

ummuaimi said...

Oh itu pelajar-pelajar terpilih di STAR ye. Boleh bayangkan kami di sekolah biasa? Berganda-ganda lagi kann

x'emriust said...

jika difikirkan ttg STARIAN kdg2 aneh sket sbab student yg tidak suka guru certain subject success untuk sbject tu..ttg kemalasan mereka mmg x dinafikan dlu sy pun bgtu tggu saat cecah bangku je trus tidur.Tp siapa tahu di sebalik kemalasan mereka terpendam kebijaksanaan yang luar biasa.

Al Falah Al Has said...

isk3...pe r dorg nie..

sy xpasan pon board tu ari tu??

AHMAD SAYUTI JAMAL ABIDI said...

selamat berjuang!!

cikgu xpandai ajar ke anak murid kurang belajar?(kurang ajar) :D

mereka yg belom sedar..sedarlah!!..perjalanan jauh ngn liku2 menanti...

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... selamat maju jaya buat warga STAR yang bakal menduduki peperiksaan PMR & SPM. Warga SKSU juga sedang berusaha selagi daya untuk persiapan peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi. Teruskan perjuangan~

Cikgu Adham said...

slm semua... lama kawe x menjengoh d cini heh heh heh.. erm kalo ikutkan pengalaman kawe... tradisi budak2 ni, sebelum diorg abis spm, mereka msti lalui perkara2 trsebut, bg membuktikan kehebatan mereka... sekurang2nya utk bercerita kpd junior2... masalahnya, apabila buat sekali, akan rasa seronok, dan jd ketagih heh heh heh..

kawe pon penah jugak fly, ponteng prep.. tp bg mjlis keagamaan, kawe cukup mnghormatinya... pantang tu... msti wajib hadir..

tp tu la mslhnya... bila mereka d Sekolah ternama.... mereka akan rasa perasan hebat.... std last minute pon xpa... hakikatnya, diorg dpt A pada exam spm/pmr sebenar bukan pasal diorg hebat, tp pasal nilai Min mrkah seluruh malaysia rendah, so trpaksa rendahkan gred utk dpt A..

bg kawe, kalo budak tu kurang pndai dlm akademik, kawe x kisah asalkan solat cukup, hormati guru dan perangai baik..

apa gunanya belajar pndai2 dlm akademik, tp solat x cukup, akhlak buruk dan tidak hormati guru...

Wallahu'alam

imanshah said...

Adham...budak2 sekolah ni ngan koleq lebey kurang je..didasari dnegan tradisi2 yang kadang2 ntah ke hapa benanya..
yang pasal gred A tu kawe setuju sangat2..bnayangkan masa trial dapat D, exam sebenar dapat A..macam tak percaya..tempoh sebulan setengah mereka boleh berjaya.

imanshah said...

amirul..tq atas komen anda..namun komen anda tidak disertakan dengan data yang betul.sekadar andaian bahawa yang tidur dan malas tu punyai kebijaksanaan yang luar biasa. Mungkin ya bagi yang berada di kelas pertama..Tapi bagaimana yang berada di kelas ketiga, 4 atau lima?? Fakta keputusan SPM tidak menipu..

- abdul hadi abdul muti - said...

kadang kadang ade setengah2 cikgu ajar tak paham

kadang kadang setengah2 cikgu ajar memang paham..

x'emriust said...

err sy emir bukan amirul huhuhuhu..ttg data yg btul means?? setaun saya la sebagai contoh untuk subject agama...STARIAN sering jadikan salah seorg guru tu sebgai bahan...tapi lulus juga P. Islam..A lagi tuh..mungkin ade kesilapan fakta sy tp semua yg sy katakan adalah berdasarkan penglaman sndiri 3 tahun lalu

imanshah said...

Lupa Emir,,ingat amirul..yerp.certain subject je seperti P.Islam..tapi bagaimana dengan Add Math, Kimia..untk rekod, kita berada pada kedudukan ke 54 dalam subjek Kimia tahun lepas dari 54 SBP..Satu lagi, jika guru mengajar, kita tidur (wlau ada sesetngahnya memboringkn) itu sudah lari dari adab belajar..Bukan kan kita diajar tentang adab belajar??haha...apapun, emir dah masuk Universiti, amek perubatan lagi..tahniahlah, mugkin kerana sering tidur dan dapat ilham kot dalam tidur..

x'emriust said...

hahaha sy dulu dlm kelas x tidur kot..t xphm pe ckgu ajar
..waktu prep je slalu qada tidur hoho...tambah2 waktu sejarah mse form 5 mmg x tidur sbb ckgu die best..yaitu cikgu izaheri..law ckgu terjumpe dia kem slam kt die ckgu...

imanshah said...

InsyAllah..hari2 jumpa dia!!

x'emriust said...

ttg kemalasan mereka mmg x dinafikan dlu sy pun bgtu tggu saat cecah bangku je trus tidur<---tu sebnarnya bukan dlm kelas tp masa dlm perhimpunan..hehe

imanshah said...

InsyAllah..hari2 jumpa dia!!

ZaCkG fRiDzHa said...

Salam, perkara biasa yang sering terjadi dalam kalangan pelajar STAR saban tahun.
Nak buat macam mana lagi? Budak STAR ni macam dah kebal je.

Sabar jelah wahai guruku sayang.

kirana said...

Org yg bukan guru tak kan paham masalah guru nih! Tapi... kaitan yg paling dekat dgn beban tanggungjawab seorang guru adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Ibu bapa yg jaga anak 2 3 org lagi tak leh kawal anak, ini kan guru yg kene jaga 20 30 org anak org. Kan, cikgu, kan?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget