WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 4, 2009

JANGAN SUKA BERLETER CIKGU!

Diceritakan di sebuah sekolah, ada seorang Cikgu Pompuan yang suka berleter kepada pelajar-pelajarnya. Tak kira apa kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, alamat jenuh tahan telinga .


Pada suatu hari, lima orang pelajarnya lewat masuk ke kelas. Terpaksalah kelas tersebut menahan telinga mendengar bertih goreng yang dilontarkan oleh guru itu.

Macam-macam diungkit, malas belajar, tak tahu menilai masa, tak reti menghormati guru, tak sedar diri, kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusah orang, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh dididik, sampailah kepada perbandingan dengan watak Pak Kaduk, Lebai Malang, Si Luncai dan Pak Pandir.

Teramatlah besar malu yang ditanggung oleh kelima-lima orang pelajar itu. Maka kelima-lima sepakat untuk mengajar Cikgu Pompuan itu.

Petang itu, mereka menunggu Cikgu Pompuan di persimpangan jalan. Tanpa ada saksi, mereka telah menangkap dan mencampakkan Cikgu Pompuan itu ke dalam telaga buta.

Puas hati mereka kerana telah berjaya menyelamatkan sekolah daripada lontaran kata-kata yang menyiksa selama ini.

Bila malam, entah macamana, timbul keinsafan dalam diri pelajar tersebut.

Mereka pergi semula ke telaga buta dengan membawa tali yang panjang dan lampu suluh.

Bila sampai, mereka menyua tali ke dalam telaga dan menjerit, "Cikgu, minta maaf, kami datang nak selamatkan Cikgu. Pegang pada tali, nanti kami tarik Cikgu keluar telaga buta ini."

Selepas itu, mereka menarik tali dengan penuh semangat. Terasa bebanan yang ditarik sangat berat, sedangkan mereka tahu Cikgu Pompuan itu kurus sahaja.

Bila melihat ada lembaga telah memegang tebing telaga, salah seorang daripada pelajar itu menyuluh dengan rasa gembira, tapi alangkah terkejut mereka bila melihat yang keluar bukanlah Cikgu Pompuan tetapi lembaga hitam yang berbulu badannya.

Kerana terlampau marah, pelajar itu bertanya dengan geram, "Hang sapa? Kami bukan nak tarik hang keluar. Cikgu kami kat dalam telaga ni macamana?"

"Aku jembalang tanah. Yang hangpa campak Cikgu tu buat apa? Aku tak tahan dengar dia berleter. Tak habis-habis macam radio buruk."

Moral of the story : jangan selalu berleter cikgu-cikgu..setakat menegur seminit dua tidak salah..jangan sampai memalukan anak-anak murid kita. Zaman dah berubah. Kalau dulu rasanya pelajar2 tak kisah, sekarang ni, kita pun nak dicampakkan depa dalam telaga buruk...








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

imanshah said...

Berleter ni kalau dah jadi habit memang susah nak stop

n@m@n said...

bdk2 kalo cikgu selalu berleter diorg rasa menyampah gk kn?

imanshah said...

betol2..so masuk kelas jangan dok berleter2..cg laki ngan cg pempuan sapa lagi suka berleter??

sonata anak kancil said...

Salam - terima kasih jadi follower - bolehlah berkongsi cite2 cikgu.

Saya selalu gak 'berleter' tang budak2 ni - tapi tak la leter sangat,lebih kepada mmberi nasihat , menaikkan semangat - kita jangan merendah2kan moral mereka....walau degil sekalipun , cikgu tetap kena didik budak2 ni...jangan benci , sayangilah mereka...

imanshah said...

Saya setuju dengan cik sonata..memang kita patut menegur dengan berhikmah..tapi budak2 sekarang susah betul nak makan saman..apapun tahniah lah menjadi guru yang berjaya

Cikgu Adham said...

Aasalamualaikum.. mantap blog demo.. demo ngajar d STAR ke heh heh heh... so slmt berkenalan2 la

imanshah said...

Adham..terima kasih..ambo ngajakat star..cg2 MCKK tu ramai ambo kenal..cg ummi, safaliza, cg azmi, ustaz sahak, cg roslan, meor hamdan, badri, ustaz latip, yeop zain ..haha tak terkira

Chekgu BaniHassim said...

aku tak suke berleter, penat laa...
budak2 pun same kut...

lagi tak syok belajar kalau byk sgt dgr bebelan..
aku just bagi nasihat 2-3 minit je, sperti yang disyorkan...huhu

imanshah said...

tu lah, budak2 ni kat rumah kena leter, kat sekolah pun kena leter..
last2 depa tak mai sekolah

aiman said...

pehh,da bole comment.

imanshah said...

aiman..alhamdulillah hampir sebulan tak dapat kumen.haha tetiba pagi ni dapat plak..

Cikgu Adham said...

slm sheikh... cg ummi, safaliza, cg azmi, ustaz sahak, cg roslan, meor hamdan, badri, ustaz latip, yeop zain tu semua cikgu2 semasa zaman kawe belajar lg..

ckg meor tu ckg sejarah kawe,
yg lain2 tu ada yg jd warden heh heh.. ckg Yeop dh jd PK1 ke heh heh semasa kawe abis spm, dia jd PK HEM..

tp entah la... kawe dulu pernah ngajar d MRSM Krai, praktikal d SIC, sebab tu kawe rasa nk cuba di sekolah2 pedalaman dan ngajar d kampung2 plak... sebab rasanya baik cari pengalaman dulu di tempat yg ada cabaran yg lebih pelik berbanding dgn ngajar budak2 pndai ni heh heh heh..

tgk la kalo ada rezeki... nk juga kembali ke MCKK... tp buat masa ni biar la dulu.. kawe rasa lebih tenang ngajar d pedalaman, experience pelbagai bnda pelik d sini. kawe sukakan kapit sebab walaupon IQ budak kat sini tak sehebat pelajar asrama penuh, tetapi budak ni sgt menghormati guru

Cikgu Adham said...

so mcmmn penagalaman demo ngajar d STAR.. kawe pon ada ramai gk la member dr STAR.. tp cikgu2 di STAR kawe x kenal mana la... heh heh heh..

act kalo nk cerita pengalaman di sekolah mulo gk.. mmg x abis..

imanshah said...

Adham, u r rite..memang ada citer3 nak g pedalaman aspecially belah2 borneo sana, namun apa daya terus dapat STAR..Budak STAR rasanya lebey kurang budak koleq, apa yg budak koleq buat dulu sama lah budak STAR buat

Dj Epoi said...

Cik Eikgu...

Kalau tak berleter man syoooook!!!

Sunyi siut heheheheh

ikan emas said...

Cg iman lak macam ne?
berleter ke senyum?

imanshah said...

saya terus rotan je..berleter wat perabih air liur je

Cikgu Adham said...

heh heh... gitu la... bila kenag2 balik... mmg kami (koleq dan STAR) mmg gila2... sebab tu kawe segan nk kembali bila tgk ada lg ckg2 lama kawe heh heh..

Dgn Yeop Zain dulu kawe pernah ditangkap FLY heh heh.. dia pernah tangkap kawe sebab kawe gi masjid x pakai pakaian rasmi, tp kawe pakai bj melayu biru, kain pelekat dan kopiah berserban heh heh.. mmg kelakar..

pasal hormat-menghormati guru ni kawe dh paham sgt trend bdak STAR dan koleq.. diorg x respect sgt guru biasa ni.. apa yg diorg respect adalah oldboy diorg sendiri... tp ada gk la yg respect gk ckg.. bukan semua heh heh

Cikgu Adham said...

demo selalu rotan budak ke heh heh heh... mantap r demo...

dulu demo std d mana? oldboy koleq gk ke?

imanshah said...

isy2 mana la old boy nya..sekolah kelate jah..sekolah pondok..haha..

Hiz'da said...

wAH!! da boley komen,, cmner bwt? haha..

btw.. berleter xley erk? herm,,, kalu mengumpat xley gak kan?

..::mrsMeme::.. said...

cikgu laki pon suka berleter ar...

xleh kata cikgu pmpuan je..

hahah..

imanshah said...

arinn : mengumpat bukan depan anak murid..haha

meme : ada tapi kurang lah..haha

Cikgu Adham said...

keh keh keh.. kawe pon ngaji pondok jugak.. kawe penah belajar gk di Pondok Sg Durian, kuala krai kelantan.. Mudir pondok tu skrg adalah Dr Abd Basit heh heh heh

kawe x suka berleter.. tp ngepek gak la jarang2

waruna said...

kdg2 nasehat cikgu pun pelajar salah tafsir sebagai leteran. Perlu juga murid ini selalu diberi ingatan dgn hikmah bukan yg menyakitkan hati pelajar tetapi berbentuk motivasi

fakhruddin said...

haha. betul3x

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget