WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 13, 2009

KARNIVAL MTD-STAR


Hajat untuk mengadakan Karnival STAR-MTD akhirnya tercapai. Program yang telah dirancang berbulan lamanya berlangsung dengan jayanya dari 10-12 Julai 2009. Karnival ini memberi peluang kepada Putera-putera Maktab Tentera diraja dan STAR untuk sama2 berkongsi pengalaman dan persahabatan selama 3 hari 2 malam. Program julung-julung kali yang diadakan ini memberi peluang kepada Para Pengawas STAR untuk merasai pengalaman merasai suasana kehidupan sebagai pelajar MTD, yang penuh dengan disiplin dan ala tentera. Terima kasih kepada rakan-rakan guru STAR yang banyak membantu : Puan Suzana dan Cik Fazlin sebagai teman penasihat Lembaga Pengawas, serta rakan2 guru yang turut mengikuti rombongan tersebut : En Zainudin, En. Iqbal, Ustazah Betty dan Cik Ainun Maziah. Tak lupa juga buat warga MTD : Mejar Azizul Hisham, Staff Meor, Kapten Betty, encik Hairul Badrul, Mr Kung, Ustaz Hassan, Mr. Fook dan ramai lagi. Sebagaimana yang dijanjikan pada tahun hadapan, rombongan MTD akan berkunjung ke Ipoh pula..alhamdulillah, sekurang-kurangnya program ini berjaya membuka jalan kepada hubungan mesra STAR-MTD.

Antara Program yang diadakan sepanjang berlangsungnya karnival :

Jumaat/ 10 Julai 2009

Welcome Drink
Taklimat karnival
Lawatan sekitar MTD
Bahas Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
Senandung semalam

Sabtu/ 11 Julai 2009

Program Latihan Fizikal bersama Putera MTD
Pertandingan Futsal MTD-STAR
Menyaksikan latihan perbarisan
Dialog intelektual
Bowling RMC-STAR
Snooker
Makan Malam Mesra MTD-STAR
Dibuai Mimpi

Ahad/ 12 Julai 2009

Penutup
Sesi bergambar
Send Off
Lawatan sekitar Putrajaya
Jumpa lagi di STAR

Latihan Kecergasan

Sebelum Pulang

Selepas perlawanan Futsal

Makan Malam Mesra MTD-STAR

Debat Bahasa Inggeris



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm... member kawe ada yg mengajar d MTD, geng kawe semasa ROTU d Upsi.. nama dia kharunnisa..

dulu, kawe mmg nk jd cikgu tentera je... kesinambungan belajar dlm rotu semasa d upsi... tetapi xtau kenapa ubah fikiran heh heh heh

DaliaLiyana said...

erm...cam menarik je karnival tu...
mst enjoy kan?

k.A said...

dulu abah sungguh2 suruh saya mintak mtd. saya tolak bulat2. kesian abah takde yang ikut jejak langkah nya.huhu

Razak said...

Salam...pengalaman & pendedahan utk pelajar ttg kehidupan pelajar di maktab tentera

imanshah said...

Adham..best gak tengok cg2 kat situ, tak pening kepala..disiplin tentera yang jaga

daiLiyana : Memang enjoy..tengok budak2 saya kena dera sama

imanshah said...

K.A : Kesian abah...tapi takpa asal K.A jadi insan berguna pada pertiwi

Razak : Sememangnya berbeza cara kehidupan mereka dengan sekolah biasa. pengalaman ditempa, kenangan dicipta..

kuIna said...

menarik tu...

- abdul hadi abdul muti - said...

soalan cepugangse :
star ngan mtd,agak2 mane lagi best??
ha...haha

Chekgu BaniHassim said...

set2 kawad selalu la nih...
waa...mantap!

imanshah said...

Cg Bani Hashim..MTD memang mantap..tapi kami ni mendap!!!haha

Hadi : MTD besh!!

Anak Tumpat said...

gu-gu hok kamceng balik blako doh imanshah.. hok ninggal pun x wapo kacik lah mana..heheh beronok-ronok kalu buleh sek po demo.. banyok xtvt..

Anak Tumpat said...

gu-gu hok kamceng balik blako doh imanshah.. hok ninggal pun x wapo kacik lah mana..heheh beronok-ronok kalu buleh sek po demo.. banyok xtvt..

BUJANG SUSAH said...

Salam bro.. dok simpang 2 mana ni bro..? (///)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget