WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 14, 2009

LIHATLAH MEREKA YANG TIDAK BERKAKI


Kata orang ukur baju dibahu sendiri, hajat hati nak beli Honda Civic namun, kutahu gajiku yang tak seberapa ini benar-benar membuatkanku berfikir beribu-ribu kali. Kata orang 'jangan sudah terhantuk, baru terngadah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna'..takut juga kalau menanggung beban hutan yang tak berkesudahan. Akhirnya aku memilih untuk membeli kereta yang sama dengan keretaku yang 'hilang' dahulu..Tak apalah, usah dibandingkan dengan pemilik Civic, Accord atau Camry..tapi bandingkanlah dengan orang yang hanya memiliki motorsikal, ataupun hanya punya basikal untuk bergerak ke sana dan ke mari. Teringat kata-kata guruku " Kalau kita hanya punyai selipar jepun, usah dibandingkan dengan mereka yang punyai sepatu mahal..namun lihatlah kepada mereka yang tidak berkaki. Aku simpan kukuh kata-kata itu..

Lagi sebulan insyaAllah, aku akan miliki semula kereta idamanku, hajat di hati nak pulang beraya dengan kereta baru. Erm, ni kira kerete ke tigaku selepas 5 tahun..Kira 2 tahun sekali tukar kereta. Haha, apapun aku akan lebih berhati-hati selepas ini..Pengalaman lalu mendewasakan!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

waruna said...

trend sekarang guru2 memiliki kere ta mewah. Mengajar 2-3 tahun dah beli kereta mewah. Macam saya nih dah gaji mati baru dapat merasa.Saya terkejut seorang guru muda membuat pinjaman perumahan RM300 ribu kemudian membeli kereta Honda Civic. Bayaran balik pinjaman perumahan dalam Rm1000 lebih, kereta lagi.... api air lagi.. anak2 sekolah lagi. Kena berfikir 2x...ada tak fikir untuk menabung?

imanshah said...

Sebab saya menabung lah simpan tempat yang memang tak leh wat keluar..Keluar bila terdesak je.pasal tu gaji bersih tinggal tak banyak, tapi insyaAllah ingat untuk masa susah nanti..

Penulis.Sahaja. said...

kereta lama hilang?
xpe cikgu. slow2 lah. kereta ni asalkan elok, boleh bergerak dan berteduh dari cahaya matahari dengan hujan, ia dah cukup bagus.
yang lain tu, kira belakang kalau ada duit lebih.

imanshah said...

Penulis lama: Bukan hilang..tapi eksiden, total lost..tak leh guna..itu yang "hilang"

n@m@n said...

Dasyat tu...lagu mano tu..crito la sikit..

imanshah said...

N@m@n , post pasal eksiden tu ada dalam bulan Mac 2009 : skrip hidup ini ada pengaturnya!!

DaliaLiyana said...

takpe.asalkan mereka mampu...

fakhruddin said...

cikgu tak kisah la kereta apa pun. tapi nanti saya nak naik, boleh? bulan 8 mungkin datang star lagi dengan orang2 perantau: sayuti, samad. huhu

hari tu batch kitorang nak sangat jumpa cikgu2 masa OBW, tapi sorang pun takde. jumpa cikgu zuldin ngan cikgu mastura suhaimi je.

Al Falah Al Has said...

eleh..ckgu klu nek kancil pon boleh aje..ckkgu je memilih sgt2..hahaha...sy sokong kancil3...

Anak Tumpat said...

steady imanshah.. pakailah nok pakai gapo pun asal hok kito beli tu puas hati.. xsoh ikut eghe ore lah? ambo pun ada ngalaman doh bab keto nih.. beli hok kecik demo kato kupik, beli hok comel ckit demo kato blagok.. hok peting kito puas hati manshah dok?

anak laut said...

salam..

terima kasih atas kunjungan saudara..:)

bestnya blog saudara ni..

x'emriust said...

mmg lumrah menjadi guru begitu...bermula dri gaji yg cukup2 untuk diri nya sampai lah ke suatu saat gaji itu mampu menyekolahkan anak smpai ke menara gading. Kedua parent sy guru kerana itu sy dah mendalami mcm mana peritnya menjadi guru mengajar pagi pulang petang, x ckup ngan tu masa ujung mggu dengan family juga terpaksa dikorbankan demi menjalankan aktiviti sekolah yg manfaatnya itu kembali untuk anak didik.

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum wbt... hidu ini kena selalu bersyukur. Baik yang kecil, besar, baru n lama, mahu pun langsung yang tidak memiliki. Ingat Allah selalu... agar nikmat yang dikecap ini, datang dan pergi biarlah ia sentiasa dalam redhaNya~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget