WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 27, 2009

MINGGU YANG MEMEMENATKAN



Pasukan Silat Cekak Hanafi STAR

Prefect STAR bergambar di hadapan bas ASIS

Salam buat semua. Huh agak lama aku tidak update blog..lebih kurang 6 hari yang lepas. Bukan apa, minggu yang agak sibuk dan memenatkan, namun berjaya dihadapi dengan perasaan gembira dan ceria. Kata orang, kalau kerja banyak, relaks sahaja, selalu senyum dan happy supaya tekanan kerja dapat dialihkan. Hurm, apa yang penatnya ek..Ini merupakan jadual penuh aku seminggu.

1. Of course lah mengajar..5 hari seminggu..satu hari jadual Isnin balik kul 5.oo petang.

2. Melatih dan seterusnya mengiringi pelajar ke Pertandingan Pidato Piala Di Raja Daerah Kinta. Alhamdulillah title johan dalam genggaman. Tahniah Hakim dan Kak Idah.Perjuangan diteruskan ke peringkat Negeri Perak.

3. Program Panitia pada hari Selasa dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.

4. Mesyuarat Kurikulum Bil3/2009

5. Pentaksiran kerja Kursus Sejarah PMR dari Pentaksir kawasan..Penat 107 skrip mau tanda.

6. Perlawanan persahabatan Bahas Ala Parlimen bersama SMK Anderson jam 8.30 malam pada 24 Julai 2009.

7. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) pada 25 Julai 2009. Tajuknya Kajian tindakan serta ICT dalam P&P.

8. Lawatan Penanda Aras Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS) ke STAR pada 25 Julai 2009.

9. Mengiringi pelajar ke UKM menyertai Kejohanan Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Ustaz Hanafi dari 25-26 julai 2009.

Rasanya inilah antara minggu paling penat untuk dihabiskan. Alhamdulillah semuanya berjalan denganlancar seperti yang dirancangkan..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Bapak said...

tahniah STAR johan debat!

iqbalsyarie said...

salam cikgu,cikgu mmg kuat bekerja..tahniah cikgu!

Cikgu Chun said...

Ini lah kerja cikgu...siapa kata keja cikgu ni rileks je??? Ketuk je kepala org tu kalo ada yg cakap gitu! kih kih kih.... Apa2 pon, tahniah coz dapat Johan Pertandingan Pidato tu....

a kl citizen said...

tahun 70an akak bersekolah kat main convent,ipoh, budak2 STAR ni selalu menjadi perhatian kami orang, cuba2 gak pikat tapi xdak yang layan...

hahaha

citer lama...

imanshah muda lagi memang kena kuat kerja...baguslah

lili11 said...

Tu lah ... ada orang senang2 cakap cikgu tak derk kerja ... Huh, cakap tak selidik dulu ...
Precious

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... tahniah atas usaha-usaha cikgu. Biar penat berusaha janji ada hasil dalam menyempurnakan kerja. Semoga sentiasa tsabat di medan ini~

Anak Tumpat said...

suko demo man..jale sokmo.. ada joh xtvt luar.. so lagi ok kawe xleh lawe demo. demo rajin.. go go man.. syabas..

Cikgu Adham said...

mantap sheikh...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget