WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012


PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012.
"Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.
"Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran hari ini.
Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.
Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.
"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.
Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan dengan memperkenalkan beberapa langkah antaranya seperti berikut:
- Menambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933. Jumlah itu termasuk 1,000 orang guru luar negara, 6,000 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi sekolah kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu. Manakala bagi Tahap II ditambah sebanayk 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJK Cina dan Tamil Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.
Tambah Muhyiddin, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
"Selain itu hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi," katanya.
Menurut beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.
Sumber :http//mstar.com.my/

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

imanshah said...

Hurm...macam2..beginilah kalau pendidikan di tangan orang politik.Yang menjadi mangsa para pelajar!!

n@m@n said...

kenapa mesti 2012 kalau dh tahu bnyk keburukannya...

imanshah said...

N@m@n : Budak2 yang dah blajar dalam BI takkan nak patah balik BM..Biarlah habis sampai korhot terakhir..Apapun syukur.

n@m@n said...

Tp kn...Bdk2 luar bandar kebanyakkan tak boleh bawa S&M in English..begitu juga cikgunya..dlm masa 2-3 tahun ni berapa ramai lg yg terpaksa menjadi mangsa PPSMI? Yg menghasilkan pelajar2 yg xdpt ape spnjg proses pembelajaran..apa2pun syukur..kita mmg sng nk mengkritik kn?? Maybe depa ada mslh yg lagi besaq kot...Wallahua'lam

btw..dh 6bln pregnt..hehe..doa2kn semuanya selamat

fakhruddin said...

eh, sebagai seorang pelajar, saya rasa lagi bagus kalau S&M diajar dalam bahasa inggeris. kalau dulu masa sekolah rendah, saya tak reti langsung cakap bi, tapi bila dah masuk sekolah menengah belajar S&M dalam bi, at least i make a conversation in english, not only with malaysians but people around the world; and actually i just did it.

kat universiti pun pakai bi. ada pelajar asing lagi. jadi bi la bahasa perantaraannya...

kalau takut bahasa melayu hilang la...rosak la... hapuskan dulu 'bahasa sms', 'Yahoo Messenger' tu semua.

saya kelas bm kat uniten ni pun, kadang2 lecturer cakap rojak, bm-bi. sama je...

kuIna LadyInRed said...

harap bukan gimik politik!

Syafiq.Khairil said...

knpe nak kne stop blja english dlm sc and maths?
knape nak kne ikut this 'hardore' fan of bahasa ibunda ni??
all n all,semua usaha chedet now is gone bcoz of thse ppl.
i am sure that this option will burden ppl especially stdnt2 melayu when they entered the Uni life,and that is whey org Melayu is far behind compared to other races.Do not make options,bcoz from options they can choose an easier way,more relaxing ways which will burden them in future.

iqbalsyarie said...

sy rasa tindakan pemansuhan itu mmg tapat.Tapi bukan atas dasar utk menyelamatkan bahasa Melayu drpd di'rojakkan' tetapi utk memudahkan pelajar utk belajar math dab sains sahaja sbb remaja kebanyakannya masih tak ambil peduli dan rasa bertanggungjwb dlm menjaga bahas ibunda kita,,dan sya mungkin juga termasuk dlm golongan tu(harap2 tak)..

anak laut said...

salam..imanshah...

ya, surat layang ada di mana-mana, tapi tak disangka, pula ada orang yg snggup lakukan semua ini,

saya berserah pada allah swt saja.

daie said...

pada pendapat saya, lebih elok kalau ppsmi diteruskan sebabnya
1. pelajaran yang berkaitan sains dan matematik di peringkat universiti akan diajar dalam bahasa english. Jadi, pelajar sekolah yang telah mengikuti ppsmi tidak akan terkejut budaya apabila masuk menara gading. sebab sudah biasa dengan istilah2 sains atau matematik dalam bahasa english. saya pun pelajar yang telah mengikuti ppsmi ini, dan ppsmi ini banyak membantu saya lagi2 semasa belajar kat u dan penguasaan english saya semakin baik.
2. student u yang telah graduate kebanyakannya sekarang lemah dalam english. jadi, banyak pengangguran.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget