WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 6, 2009

SAYA TAK SUKA PINK, ANDA??




Hari ini semua mata memandang-mandang padaku..dari guru-guru sehinggalah makcik kantin (janda)..haha.Semuanya macam tak percaya..Sebenarnya hari ini aku pakai tie warna pink belang hitam. Rasanya aku tak pernah pakai pakaian warna pink, tapi tetiba plak idea datang memakai tie ini. Semalam, aku habiskan masa di Yik Foong untuk window shoping, tetiba ternampak tie yang dijual di satu kedai. Aku agak teruja dengan kelainan tie tersebut dan tanpa berfikir panjang membelinya.

Rasanya tak salah bereksperimen dengan warna..Dah selalu pakai tie hitam, kelabu, biru, putih, rasanya kali ini nak menampakkan kelainan. Biasalah kawan-kawan, ada yang memuji, tak kurang juga yang mengeji..haha.Ada kata nampak maskulin, ada nampak aww ada jugak yang cakap sebatu dah nampak..Papelah, aku terima je..anak murid aku cakap pakai tie pink nampak jambu..haha.Nak kena belasah depa ni..

Apapun anda mungkin tidak pernah berpikir kenapa warna merah muda atau pink dalam bahasa Inggrisnya menjadi simbol kasih sayang. Selain membangkitkan cinta tanpa pamrih, pink juga mampu menenangkan dan menyegarkan jiwa.

Di Belanda, pink dianggap berasal dari bahasa Perancis, yaitu la rose, yang berarti bunga mawar. Warna ini sering dipakai dalam bahasa-bahasa Eropah sebagai ungkapan kasih sayang, suasana hati positif, dan rasa optimisme. Juga untuk menggambarkan orang yang sedang mabuk kepayang atau berhalusinasi. Warna juga pink sering dikaitkan dengan suasana romantis, rileks, feminin, jiwa muda, naif dan tidak berdosa, tetapi juga perasaan labil.

Kerana itu, kita bisa menggunakan warna ini sebagai terapi membangkitkan cinta bahka menyembuhkan gangguan penyakit, baik fisik maupun psikis. Bisa lewat media air, sinar lilin, makanan, maupun pakaian. Kepada rakan-rakan diluar sana (kaum Adam) sekali sekala tak salah untuk mencuba..Selamat mencuba!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

Luth Textile said...

tak sanggup bang.. pink tu..
tapi kekadang pakai nampak manis je kan..

imanshah said...

manis je..tapi kalau pakai baju, memang aku tak nak..pakai tie kira ok je

Cikgu Adham said...

kawe x suka pink nnt dilabel JAMBOO heh heh heh

fakhruddin said...

WOW CG SHAHNUN PAKAI TIE PINK PERGI SEKOLAHH!!!!

advance!!!

hahahaha
SMART LAH CG >.<

kuIna LadyInRed said...

pink.. sy pakai tudung pink ari nie..

imanshah said...

Kulna..pink tu untuk lelaki ok ke?? saya rasa tak selesa pun

n@m@n said...

kawe ado jgk sehelai tie pink belang itam dpt masa hari guru aritu..hehe..tp xde baju yg match lg..baju kaler gelap pun sume ade belang..jd xmasuk la

imanshah said...

N@m@n : Pakai lah nanti suh isteri demo komen..haha

TokNabe said...

Tak pernah ada baju atau pakaian lain berkaler pink..... hehe tak cocok rasanya. :D

Cikgu Farish said...

Kalau sesuaikan dengan baju mungkin ok kot...

Cikgu Farish said...

Kalau kena ngan baju mungkin sesuai kot...

sonata anak kancil said...

Tak ada salahnya nak tukar ke pink...Saya suka nampak ceria - banyak gak baju warna pink! Apa ada orang nak kata - ada luak gaji? tak ada kan kan kan....

Encik Azizan said...

x salah kalau laki pakai pink,nmpk sweet je.hahaha


tp klu mmg susah la nk pakai pink ni..

EviL naQi said...

kawaiii~

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT cikgu iman... hehe sebagai wanita saya juga sebenarnya tidak gemar dengan kaler pink. Pernah mengejek kawan perempuan yang taksub dengan kaler 'auww' ni...

Tapi sejak dua tahun kebelakangan ni, ibarat terkena sumpahan. Saya mula belajar menjadi pengemar pink selain warna favourite asal, coklat. Koleksi barangan peribadi saya semakin banyak dengan kemeriahan kaler pink.

Pendek kata... sikit-sikit, pink. Alhamdulillah, saya masih waras dan bertimbang rasa untuk menerima semua warna cipta Tuhan~ Gadis Merah Jambu

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Apalah DOSA warna PINK tu pada org Lelaki ek?

imanshah said...

Mama Qaypo...tak der dosanya pada golongan lelaki, tapi segan lah sebab pandangan orang Malaysia ni payah sikit..haha

iqbalsyarie said...

haha..dasyat la cikgu! nanti hari guru request la hadiah baju pink plak..hehe..
btw,smoga cikgu sentiasa sehat sejahtera..aminn..

hysMan.. said...

Cikgu Iman,
ambo pon tak suka pink jugak tp suka pompuan pakai pink..hehe

Myrzuan JejakaSkema said...

smart dowh necktie tu.
huhu.

seyeuri_flurxis said...

i dun see why there would be a problem with pink (^_^)

noorlara said...

anak lelaki hakak tak suke pink sebab kater dia itu kaler untuk gay hahahha bilalak ade kaler tertentu untuk golongan tertentu, apapun memangle nampak lembut semacam le plak kalu lelaki macho pakei baju atau suau warna pink

zai said...

Pink ??.. itu bermakna anda seorang yg mudah didampingi, boleh bertolak ansur dan memahami naluri seorang wanita..pendek kata keperibadian andalah idaman setiap wanita...hehehe nujum mak belalang....

imanshah said...

noorlara..adei takkan pakai pink dicop gay kot..haish

k.A said...

pink = gay tu untuk yang berfikiran kolot je.hehe
saya rasa cara pemakaian cikgu tu kadang2 menarik perhatian pelajar untuk bagi perhatian dalam kelas.kadang2 student pon bosan asyim tgk pakaian cekgu yg lame je.
hehehe

ZaCkG fRiDzHa said...

cantik pe tie tu!
suke je, bleh pakai ngan baju kaler itam, pink, putih.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget