WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 6, 2009

TAHNIAH ROGGER, RODDICK













Sewaktu penyampaian hadian Final wimbledon, kelihatan Andy Roddic menitiskan air mata. Katanya dia ingin kan sangat namanya terpahat di champions board Wimbledon. Aku tabik spring ar kat Roddic, walau kalah namun berjuang bermati-matian mencari gelaran juara yang belum dimenanginya, walau pun sudah tiga kali melangkah ke final.

Malam ini, aku bersengkang mata hampir 5 jam menonton perlawanan epik Final Wimbledon 2009 antara Roger Federer melawan Andy Roddick. Kenapa epik?? Pada set ke lima, perlawanan berlarutan sehingga mata 16-14. Sungguh menyentap jiwa bagi kita yang menonton di kaca televisyen. Keputusannya Federer menang 5-7, 7-6, 7-6, 3-6, 16-14. Dalam set terakhir mereka mengambil masa selama 1 jam 35 minit untuk menamatkan perlawanan.

Dalam edisi kali ini, pada perlawanan akhir Federer telah membuat 50 ace, satu pencapaian yang hebat dalam satu perlawanan. Apapun, malam ini Federer telah memecahkan rekod Pete Sampras yang telah memenangi 14 gelaran Grand Slam. Kemenangan Federer pada hari telah memberikan beliau gelaran grand Slam ke -15, selain telah memenangi kesemua gelaran grand Slam termasuk Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika.

Apapun, sejurus majlis penyampaian hadiah, Federer diumumkan kembali merampas ranking ATP dunia, mengatasi musuh ketatnya Rafail Nadal. Barvo Federer, bravo Roddick..Semoga Federer berjaya menambah koleksi kejuaraannya nanti. Sorry Ajim n Kenya..Federer menang lagi..korang kena sokong Federer, toksah dok tunggu Nadal lagi..!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm.. yap dr segi mental toughness, rojer is the best..

rodick menampakkan impronement selepas dia mengambil fitness coacch yg baru, namun mungkin dari segi skill, dia tewas dgn federer..

nadal terpaksa dibebani dgn kecederaan sebab cara dia beermain memerlukan kuasa yg lebih apabila tgk cara dia strok, swing terlalu byk spin.. pada usia muda mmg nadal bleh capai prestasi yg optima,
namun selepas beberapa tahun, kaedah penggunaan tenaga nadal menyebabkan dia akan byk injured dan myebabkan prestasinya terus menurun..

heh heh heh mcm penganalisis plak heh heh

MaMaQaYPo FaMiLy said...

MaMa tak minat SUKAN... hehe

imanshah said...

Saya setuju dengan pendapat adham pasal nadal..Nadal dah injured dan memrlukan rehat yang panjang. Betul tekaan rakan-rakan saya, nadal tak akan lama. Saya ramalkan Federer mampu memenangi beberapa lagi kejuaraan Grand Slam selepas ini. Semoga dia terus jadi legenda

Cikgu Adham said...

yap.. federer dh pon melepasi rekod sampras dgn 15 gelaran grand slam..

setakat ni tiada lg mana player yg mampu melepasi rekod federer...

mungkin rekod tu akan terpadam dalam 10-15 tahun lg la heh heh

n@m@n said...

dasyat penganalisis berbicara..kawe tgk jgk tennis tp kdg2..tp kalau feder vs nadal mmg suka tgk..mlm td boleh terlepas pulak live final..adui..sejak EPL abes channel sport dh xbrp aktif doh..hehe

Cikgu Adham said...

keh keh.. slow2 bleh la

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget