WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 26, 2009

18 KALI DAH HP HILANG



Salam semua. Selamat menunaikan ibadat puasa yang dah masuk hari ke-5. Klai ini entry aku pasal kes hilang HP. Rasanya semua orang pernah melalui kejadian hilang HP ni. Cuma kerap atau tidak je. Aku tulis pasal benda ni coz aku rasa aku antara orang yang paling kerap hilang HP. Haha tahun ni dah 3 kali aku hilang HP. Yang terbaru malam tadi apabila aku tertinggal HP dalam bas ekspress sekmbalinya aku dari Melaka. Nak cepat punya pasal, dah tak sabar nak balik rumah agaknya, aku tertinggal dalam bas. Aku hanya sedar apbila pagi tadi nak buat panggilan, HP dah takde..Bila call HP aku, suara perempuan yang jawab. Faham-fahamlah...THE NUMBER U HAVE DAIL, IS NOT IN SERVICE. Sah-sah lebur. Sabor je lah. Terpaksalah pagi2 juga pergi pejabat maxis dan minta supaya di block kan no aku. Lepas tu pergi kedai HP jam 9.30 pagi. Adoi menunggu lagi tu sampai 10.30 baru buka. Melayang juga 8 keping duit 5o ringgit. Tak pasal-pasal lari budjet. Mujur juga gaji dah masuk semalam.

Huhu. hilang HP ni sebenarnya takder lah aku kisah sangat coz boleh beli yang baru. Takpun kalau tak mampu sangat beli yang 2nd hand atau yang kokak punya. Tapi yang pedih dan sedihnya, bila kehilangan sekali no telefon teman2 yang sangat berharga. Dari zaman sekolah, zaman kampus sampailah zaman dah berkerjaya ni. Semuanya hilang. itu yang memeningkan. Satu lagi bila msg masuk. Terpaksalah jawab.."ni sapa?? mintak maaf HP saya hilang, semua no phone hilang.." bukan sorang dua, malah kadang2 beratus2 nak tanya.

Tak tahulah, aku rasa aku ni agak teliti juga orangnya, bukan jenis main tinggal-tinggal je. Kalau dalam kelas kalau kelas tak bersih aku takkan mulakan P&P dan semua pelajar tahu cara aku. Cuma bab-bab barang ni selalu cuai. Rasanya ni HP yang ke berapa belas tak tahulah. Dari semahal RM 1500 sampailah ke semurah RM150 semuanya dah aku rasa. Dan aku bukan jenis yang suka tukar HP. HP aku bertukar apabila hilang sahaja. Tak pelah, kali ni aku gunakan Facebook untuk minta balik no phone kawan-kawan. Agaknya aku kena mandi bunga kot?? huahua...

p/s : Tapi sebenarnya bulan-bulan Ramadhan ni baik juga bagi SEDEKAH kat orang kan..haha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

NuR said...

mcm kronik pulak kalo kena mandi bunga tu cikgu..
emm.. kena buh tali kat tepi hp tu kot cikgu especially time nak travel mcm tu
kalo letak dlm poket pun takut org terseluk..

alhamdulillah stakat ni takde lagi hilang hp.
cuma hp slalu rosak je la
number ilang..
pastu puas tanye sape ni?
sampai ada yg naik menyampah..
hukhuk... cian kite

Cikgu Adham said...

slm.. heh heh mantap la demo... demo gk lain kali kena beli hp yg murah2 jah, asal dpt cakap, 3G, antar msg sudah la heh heh...

imanshah said...

Nur..memang penat dok tanya num phne orang..ada yg merajuk plak, kata tak save num dia

Adham.memang beli yg murah je..400 je

n@m@n said...

salam..sabar wahai kawanku..dugaan di bulan puasa..hehe..kena hati2 lain kali

ikan emas said...

Ckgu,
raya ni dapat la tunjuk hp baru kat org kg !!!

kuIna LadyInRed said...

baru masuk kan... so tak terasa kot 8x50 tu.

kita tunggu 40hb..

Tukang cerita said...

tak pernah hilang hphone....
maybe sebab hphone murah, kalau sedekah pun org tak sudi.....
:)

~mandi bunga tu khurafat cikgu, jgn amalkan... lebih baik berdoa....
:)

Aisya Humaira said...

Assalamu'laikum WBT... innalillah atas musibah yang tidak seberapa tue. Orang kata kehilangan sesuatu yang boleh cari ganti. Malah cikgu mampu hadapinya. Anggap sahaja ia adalah ujian kecil atas rahmat Allah Yang Maha Besar.

Saya juga pernah mengalaminya. Pertama kali, 1st HP masa study kat IPT dulu. Kali terakhir kehilangan HP yang baru sahaja pakai sebulan. Tercicir atas teksi pada 1 Ramadhan 2006. Dengan berat hati saya merelakan diri untuk carikan yang baru. Alhamdulillah, yang baru itu masih kekal jodohnya dengan saya~

imanshah said...

Kak TC..idok la sampai nak mandi bunga...bungan plastik bolh la..tapi pengetua saya cakaap mandi bungan tu sekadar ikhtiar, tapi dalamnya niatkan yang akan membantu hanyalah Allah, Wallahua'lam

imanshah said...

Aishah...wah panjang juga jodoh ye ngan HP tu..tulah kadang2 geram juga dengan sapa2 yang amek HP tu, susah2 kita kerja nak dapatkan HP, senang2 je depa amek..tapi bila difikirkan balik, kita ni memang cuai..takpalah ada hikmah tu

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...

gile byk kali ko ilang henset...
gile, mmg gile...

kalau aku ilang byk kali cemtu, aku jeran nk pakai henset dah...
huhu

takpe, public phone kan byk... :P

fakhruddin said...

perghh!! banyak kali dah hilang enset?? next time cg gantung je enset kat leher. haha

aiman said...

tu la,careless.
hati2 lain kali

MaMaQaYPo FaMiLy said...

hehehe...DASHYAT nyer cikgu...18 kali tu....

imanshah said...

Aiman... U noe me kan...

Mama : Yelah dari tahun 1999 sampai 2009..memang ar banyak..haha

edy anuar said...

saborr jela cekgu
:)
at least xdala phone cekgu kena jual dengan pakguard
ngee~
:)
slamat bpose

puteri said...

x salah la mandi bunga..mandi bunga tu utk kesegaran tubuh badan...seri dan segarkan badan...
jgn la niat mandi bunga tu nk dptkan hp balik...yg itu mmg salah lh..
su rs saranan gantung hp kt leher tu boleh pakai jugakla...hehe
tp klu su, mmg x selesa gantung2 ni...nnti ramai pulak yg salah sangka...igt kita nk menunjuk2 pulak...semua bergantung pd penilaian org...tp niat kita cuma xnk pisang berbuah 19 kali jer..kan..

hati2 lain kali...salam ramadhan...

sonata anak kancil said...

agaknya cikgu tak serasi guna hp kot...atau apa jenis hp - bila cikgu guna , hp tu fobia! he3x....jadi tak ngam...( apa punya nasihat daaa...)

Begini la cikgu - apa2pun dah tak ada rezeki cikgu - muhasabah diri - pendekkan cite - cikgu belilah baru! tak yah nak ngomel2 lagi!( mmg sedih - segala jenis nombor hilang...).....

ayisy said...

Huh! Banyak gak hp bro hilang. Alhamdulillah, setakat ni hp aku tak pernah hilang. Rosak kamera pernah la. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget