WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 24, 2009

AIR BUAH BANG!!


Salam ceria buat semua. Ramadhan Al-Mubarak telah menginjak ke hari ke tiga, al-hamdulillah kita semua masih dipanjangkan usia dan diberi rahmat kesihatan yang berpanjangan. Kali ini aku nak menulis tentang Pasar Ramadhan. Untuk makluman rakan-rakan semua, semenjak hari pertama puasa aku sebenarnya berada di bumi Hang Tuah, Melaka. Bercuti sambil menyambut Ramadadhani. Maklumlah cuti kali ini agak panjang iaitu selama sepuluh hari termasuk cuti sempena hari kemerdekaan negara yang ke-52.

Di Melaka aku tinggal di rumah abang yang bekerja sebagai jurutera. Nak dijadikan cerita abang aku ni selepas kerja setiap tahun pada bulan Ramadhan akan berniaga di Pasar Ramadhan Melaka Baru. Jadi, alang-alang berada di sini aku tak lepaskan peluang membantunya di pasar ramadhan. Huhu, bukan banyakpun berniaga, Penang Char Kuew Teow ngan Jus Buah. Segar dari ladang beb. Tapi tak sangka orang-orang Melaka memang gemarkan air buah yang diblandkat situ. Sama juga ngan Char Kuew Tiow special yang di amsak panas. Tak menang tangan. Dia pun ada 3 pekerja yang turut membantu.

Bila dah jadi peniaga bidang terjun ni, barulah aku tahu susah juga rupanya nak promote. Kalau selalu kita jumpa orang datang berniaga majalah ke, buku agama ke pada kita di mana-mana, kita sering tak layanlah, cakap dah ada lah, jeling lah..Isy macam-macam. Begitu juga aku, bila orang lalu je mesti sebut "air buah bang"..Huhu beratus-ratus kali gamaknya. Barulah kita dapat rasa, bila orang buat tak heranlah, kita senyum tak dibalaslah, malah ada yang jeling pulak. Haish, apa salah teman kak oi, sampai dijelingnya sampai begitu sekali. Teman nak menjual je, bukan nak berkenalan. Huhu

Kadang-kadang bila yang perempuan lalu, kita panggil kak dan yang lelaki kita pangil abang. Tapi bila yang "dua alam" lalu, tak tahu nak panggil apa. Huh tapi ramai juga ya jenis macam ni kat pasar Ramadhan. Haha, sekali panggil adik.. terus beli sampai 5 da..haha. Satu lagi yang bestnya bila nak berbuka, huh pertama kali pengalaman berbuka di Pasar Ramadhan.Meriah juga, masing-masing bertukar-tukar juadah dari hasil jualan yang tak habis. Huhu, aku paling suka makan cendawan goreng celup tepung abang sebelah.

Nak dijadikan cerita, bila dah berniaga ni, ada pulak muka yang aku kenal datang. ingatkan bila dah jauh meninggalkan Ipoh, dah tak der yang kenal. Rupanya bekas anak murid yang memang belajar kat Melaka ada juga. wah bersepah anak murid aku kat Malaysia ni. huhu apa lagi, belilah cikgu punyer ya nak oi..huhu..Lepas maghrib sibuk pulak nak menegemas, nak kejar terawikh la pulak katakan. haha, terkejar sana-sini tapi menyeronokkan. Pengalaman baru yang aku belajar dari Ramadhan ini. Aku selalu cakap kat abang aku, walau seonok manapun kita mengejar keuntungan dunia, keuntungan akhirat usah dilupa. Dua hari lagi aku akan pulang, meninggalkan kenangan manis di bumi Melaka. Adios!!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

Tirana said...

Pengalaman, sesuatu yang mahal, tak ternilai dengan duit ringgit. Beruntung cikgu Imanshah dapat peluang mencari pengalaman berniaga walaupun cuma membantu abang. Tentu banyak yang dipelajarikan?

Aisya Humaira said...

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini yang terbaik untuk kami.. Ramadhan yang sama dengan natijah yang berbeza. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat cikgu Imanshah sekeluarga... Alamak teringat pula memori menyambuat Ramadhan di Peringgit, Melaka pada tahun lepas. Setiap hari tak jemu-jemu pekena nasi berulamkan kerabu daun salom~

imanshah said...

kak Tirana..yg penting walau sesibuk mana mencari wang, Solat dan Ibadah tak dilupakan..tak gitu??

Aishah.kat melaka ni tak berapa retilah nak makan..hurm, makanan tak menepati selera, haha..salam Ramadhan buat aishah

hysMan.. said...

Air buah bang..pelik ayatnyer..
kekeke..
bru taw camne gaya nak niaga..
penat weihhh,tp klu yg jual buku di kaki lima lg susah actually..
kesian depa..

Yeah betul la tuh..
jgn dilupakan ape yg perlu diutamakan..ibadat kita kepadaNya.
niaga mmg seronok tp klu da ade yg berdengki jd tak seronok laa..
hmm..hati masing2 laa..

selamat menempuh 27hari lg Ramadhan dgn hati yg tenang dan mudah..aminn..
:p

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...

cendawan celup tepung mmg sedap...
dan mahal...

erm...mcm2 org jumpe ek??
niaga air musti byk untung kan??
habis tak??

musti penat nih...

Cikgu Adham said...

slm... mmg best air buah heh heh...

Dj Epoi said...

Salam......

Wow!!!

Air Buah....?

Hehehehe tajuk ENTRY nih ada kena mengena dengan Gua..huhuuuuuuu

Selamat Berbuka Puasa Bro!

imanshah said...

Dj Epoi..kalau tempat sama ngan lu, bleh la bersaing..haha

imanshah said...

hsyman, insyaAllah, untuk anda juga selamat menempuhi 26 hari lagi Ramadhan dengan tabah

imanshah said...

Cg BH, sehari untung bersih dalam 300, banyak juga tu berniaga untuk 2 jam..huhu

noorlara said...

memang bukan mudah nak berniaga, niat dan cara mesti betul, mesra dan ikhlas, insyaallah pelanggan akan membeli. Berjuallah makanan yg memberi manfaat kepada semua.

a kl citizen said...

wah best gak dapat berniaga... jumpa anak murid yang best tu

n@m@n said...

teringat dulu berniaga daging arwah atuk..hoho

puteri said...

wahh..bagus tul dpt adik cam cikgu shahnun ni kan...nak nak pulak pandai bercakap,confirm air buah cepat habis...

sikap manusia x semua sama shahnun...niat kita cuma nk menjual,tp respon dr org lain beza2...mgkn keletihan buatkan jelingan tu nmpk mcm marahh kot...

tp itu bkn psoalan..puasa atau x,senyuman x perlukan tenaga yg banyak pun klu kita ikhlas nk senyum..betul x cikgu??...

semoga menjadi pendidik yg berjaya...selamat berpuasa..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget