WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 6, 2009

AKU LALAI YA RABBI


Alhamdulillah, hari ini aku dapat menyempurnakan puasa sunat sempena Nisfu Sya'aban. Berbuka bersama anak-anak murid yang sama-sama berpuasa di Dewan Makan, membuatkan suasana lebih terasa nikmat dan mendamaikan. Apatah lagi dengan kehadiran Nisfu Sya'aban sebagai isyarat betapa Ramadhan Al-Mubarak sudah hampir menampakkan wajah keberkatannya. Al-hamdulillah keyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi Allah Rabbul Izzati atas nikmat kehidupan ini, moga-moga aku sempat bertemu Ramadhan yang bakal tiba dan mengambil setiap peluang dan 'hadiah' Ramadhan yang terhidang.

Berbalik kepada Nisfu Sya'aban, sebenarnya aku hanya diingatkan oleh pelajarku tentang kehadirannya. Terima kasih Aiman. Kalau tidak memang tidak terbayang dalam fikiran ini tentang kehadirannya. Betapa lalai dan terlalu leka dengan dunia agaknya. Dalam bahasa yang betulnya, kesibukan kerja membuatkan kita kadang-kadang terlupa untuk mengingati hari-hari kebesaran dalam Islam. Jikalau kerajaan tidak menjadikan hari-hari kebesaran dan kemuliaan dalam Islam seperti Awal Muharram, Nuzul Quran dan lain-lain lagi sebagai cuti umum, aku rasa ramai dalam kalangan umat Islam termasuk aku yang terlupa dengan kehadiran hari-hari tersebut. Ya Allah betapa jauhnya umat islam hari ini dilalaikan dengan kesibukan dunia.

Berapa ramai yang apabila mendengar suara azan yang tidak menggagahkan diri ke masjid untuk solat berjamaah.. Yang lebih parah solat setahun sekali sahaja waktu raya, takpun seminggu sekali pada hari jumaat. Itupun sebab mungkin malu pada mertua ataupun jiran tetangga. Sememangnya perkara ini merupakan realiti kerana ada antara pelajar aku yang tak pandai pun membaca Al-Quran. Apabila di tanya kenapa, jawapan diberikan tak pernah diajar oleh ibu bapa di rumah. Yang lebih menyedihkan apabila ditanya lagi, dengan jujur mengaku bahawa di rumahpun tidak bersolat. Mujur kehidupan di asrama banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islam. Ada masa untuk berjamaah, usrah, tilawah quran, kuliah agama dan bermacam-macam lagi.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Al-A'raf: 179)

Bila teringat akan maksud ayat di atas, terasa banyak perkara yang dilalui penuh dengan kelalaian.Dibawah ini aku titipkan beberapa kategori lalai moga-moga kita semua sedar betapa kelalaian kita akan membawa kebinasaan.


1. Lalai terhadap perkara yang membahayakan dan mendatangkan murka Allah, memandang kecil terhadap dosa, tidak bertaubat dan tidak takut langsung dengan dosa. Dia sebenarnya dalam bahaya. Justeru, hati-hatilah!
2. Lalai terhadap perbuatan yang boleh menyelamatkan diri daripada azab Allah iaitu tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam rukun iman dan Islam. Malah, kadangkala sesetengah pula tidak tahu mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam.
3. Lalai untuk menggunakan peluang iaitu tidak menggunakan umur dan waktu yang diberi Allah sebagai modal untuk mencipta kebaikan dunia dan keuntungan di akhirat.
Umur diberi kepada manusia dengan percuma, ia sangat mahal sehingga banyak tempat dalam al-Quran Allah bersumpah dengan waktu dan umur.
Tetapi kita manusia tidak tahu mengisi umur dan masa dengan amalan berharga. Itulah yang dinamakan lalai merebut peluang, lalai untuk berterima kasih terhadap tuan yang memberikan umur kepada kita, kerana jika tidak lalai pasti kita isikan dengan aktiviti berguna.
4. Lalai terhadap kualiti hati, iaitu diri tidak tahu keadaan hatinya, sama ada sakit atau sihat. Malah disebabkan lalai, diri tidak mengetahui hatinya hidup subur atau mati.
Apabila lalai, dia bersikap tidak peduli terhadap hatinya, tidak pernah memikirkan untuk memberikan rawatan terhadap hatinya. Justeru, hati yang keras menjadi bertambah keras, sukar menerima pendapat, nasihat dan tunjuk ajar.
5. Lalai terhadap musuh dan perangkap syaitan yang tidak pernah lalai terhadap mangsanya, terdiri daripada manusia. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan manusia, tanpa berasa letih pada bila-bila masa, tetapi apabila manusia lalai, saat itulah peluangnya untuk menggoda manusia.
Renung-renungkan..SELAMAT BERAMAL!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

Tukang cerita said...

Terima kasih tuk peringatan ni....
sangat2 menyentuh hati....

hysMan.. said...

itulah pasal..
dolu2 dok asrama mmg terator idop..
besh giler..
tp skrg da dok sndiri..
hmm..
thanx yer..
:p

imanshah said...

Sama2..saling ingat mengingat antara satu sama lain

ummuaimi said...

Salam. Lupa adalah mainan hidup. Peringatan yang sangat baik. Terima kasih. Barakallahubika.

Dj Epoi said...

Salam....

Adakah TC ponk dapat RM1000 juga hari tuh!!!
Walaweiiiiiii dapat arr...makan kentucky lima enam belas ketul hehehehehhehe....

Tq for Sharring MAn....

Chekgu BaniHassim said...

musti feeling puasa ramai2 tu besh kan??
teringat zaman sekolah menengah dulu...
buka ramai2...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget