WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 8, 2009

AMALAN TERBALIK


Artikel ini aku petik dari makalah mingguan yang dikeluarkan oleh Badan Pelajar Islam sekolah saya. Terima kasih kertana tidak jemu-jemu berdakwah dari dulu hingga sekarang. Sekurang-kurangnya dari tak ada, baik ada walau sedikit, tapi istiqamah. Tajuknya "AMALAN TERBALIK"


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??…..

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

Tirana said...

Betul...memang banyak sangat dah amalan yang terbalik sekarang ni...amalan yang bukan dari sunnah tapi selalu dilakukan oleh kita..Semoga kita akan celik mata mencari kebenaran

ummuaimi said...

Memang benar; ianya sudah jadi budaya dan bukan ajaran agamapun. Semoga kita terhindar dari ftnah dunia.

Cikgu Adham said...

slm... mmg benar apa yg di nyatakan...

satu lg umat Islam sekarang ni lebih suka amalan sunat... malah sanggup bergaduh kerana berbeza pendapat mengenai amalan sunat.. tetapi perkara wajib bertunggang langgang huhuhu..

tgk la contoh nnt semasa puasan... ada kata sunat taraweh 8 rakaat, ada yg kata 20 rakaat... ni boleh bawa pertikaian besar tu heh heh heh... sdgkan ia sunat je.. tetapi masalah ibadat puasa, soalat 5 waktu sehari dan masalah aurat masih terbiar... sdgkan itu la yg wajib...

AHMAD HELMI said...

mmg betul pon ape yg ckgu ckp tu..

btw, bleh saya tny name ckgu..sbb saya batch 004..

imanshah said...

batch 004?? hurm mesti kenal saya..saya masuk 2003..saya dah masuk blog kamu n introduce myself

imanshah said...

Adham, memang betul tu, pasal terawikh selalu gaduh..tambah satu lagi pasal bagi tazkirah antara tarawikh..ada kata bagus, ada yang menentang..

AHMAD HELMI said...

ckgu ke..ptt laa tgk gambar mcm kenal tp tak sure sgt..saye dulu bdak band mase ckgu jage kitorg dulu..mase tu kan kitorg takde ckgu band..saye jd conductor band mase tahun 2004 yg STAR dpt no 3 wind orchestra di SDAR..

imanshah said...

I noe u lah..UTP kan??

AHMAD HELMI said...

eh..tak ckgu..saya kat india ambil medic..dah 2 thn dah pon kat sini..

imanshah said...

OOooo ingat2..yg dok UTP tu PENYU kan?? haha..

AHMAD HELMI said...

dah agak dah mesti ckgu konfius saye ngn penyu..name same..sejak kuar star tak penah lg saye balek jenguk..bkn ape ckg,dok kat india ni cuti tak byk..plg lame pon 2weeks je..total cuti per year 6weeks..baek pi ronda2 india ni..byk sgt tmpt tak pi lg..

klu ade facebook ckg add laa saye..name same je..takpon add saye ye ym..theblackregion..

YANG GAMBI said...

Salam,

Kawan setuju 100%.......

Ada juga kawan jumpa, satu kenduri arwah di rumah anak yatim, ibu bapak meninggal, patutnya jiran dan orang kampung yang sediakan juadah kenduri tahlil, tak de..... dia belasah semacam je termasuk pak Imam.....

imanshah said...

Cg sudah add ur FB..tulah tertukar ngan penyu..kat India amek medic ke??

dba4624 said...

betul tu ckgu..ni la hakikatnya muslim skarang...muslim pada nama saje, tp xtau hakikat islam tu cne..;)

a kl citizen said...

setuju sangat ngan artikel ni...
benda dah jadi adat yang paling susah nak dibetulkan

AloBoy said...

yg tahlil tu aku setuju..
patutnya keluarga si mati tak payahle kuar duit...
dah le byk belanja guna ni nak bagi org makan lagi...
yg datang tahlil tak bawa apa...

yg kenduri kawin pun sama..dah ajak org datang makan nak kena bagi duit..dah mcm makan kat kedai lak..baik aku g makan wonggey hehehe...

imanshah: aku ada hantar e mail.tolong check dan tolong promote...

Cikgu Adham said...

heh heh heh.. ya la kan... tu semua agenda pihak tertentu yang nk tgk kita berpecah belah...

saper yg buat pon betul, sapaer yang tak buat pon betul... sebab tu semua sunat je...

maksud sunat Taraweh= solat sunat yang diselang seli dgn ibadat lain..
kalo kita perhatikan, negara d Asia tenggara je yang adakan selawat di antara setiap 2 rakaat sunat taraweh kan... kenapa? sedangkan negara arab lain tak buat pon..

sebenarnya, kawe dulu pernah dengar tazkirah dari Imam masjid Guchil, Kuala krai pada 2002 dulu, beliau mengatakan zaman dahulu ulama di kepulauan Nusantara telah bersepakat bahawa selawat ke atas Nabi pon sebahagian ibadat, maka tidak salah utk kita berselawat di antara 2 rakaat sunat taraweh sebagai memenuhi maksud sunat taraweh... kalo di Arab, mereka membuat ibadat lain di antara 2 rakaat seperti baca Quran dsb..

sebab tu kat tempat kita ni, ada ustaz buat tazkirah antara pertengahan sunat taraweh... tu pon salah satu kategori ibadat juga...

budak sekolah pon tau maksud ibadat yg terkandung dlm silibus pendidikan Islam KPM dimana Ibadat terbahagi kepada 2 iaitu ibadat umum dan ibadat khusus.. sebarang pekerjaan yg niat ikhlas kerana Allah itu lah namanya ibadat...

kawe pon tak pandai juga.. cuma berkongsi ilmu yang kawe tau he heh heh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget