WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 1, 2009

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


Senalam, rakan-rakan yang menerima APC 2008 (7 orang kesemuanya) mengadakan jamuan kesyukuran. Al-hamdulillah rezeki yang baik, dikongsi bersama-sama. Apapun tahniah buat semua kerana dipilih menerima APC. Jadikan APC sebagai pemangkin untuk meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan untuk agama, bangsa dan negara. Para penerima APC telah diraikan di sebuah hotel dan menerima sijil dan wang tunai RM 1000.

Bercerita tentang APC, aku dah menerima kegembiraan tersebut pada tahun 2006. Alhamdulillah rezeki tu. Terima dengan berlapang dada dan penuh keazaman mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara. Tambahan pula, usia perkhidmatan baru tak sampai 3 tahun sahaja. Ada rakan-rakan yang dah sepuluh tahun masih belum menerima APC. Kesian juga, namun mungkin rezeki belum berpihak pada mereka.

Bila bercakap pasal APC, terdengar juga di telinga cakap kita ni kaki bodek la, kaki kipas lah..macam-macam kaki lagi ada. Huh kalau nak ikutkan, kita pun tak mengharapkan pun, tambah2 baru setahun dua kerja. Tapi dah rezeki nak dapat. Yang penting kita buat kerja dengan ikhlas, tak cari pasal dengan rakan sekerja, dan jarang menolak kerja. Itu sahaja resepi saya selama ini. Yang lain tu saya serahkan kepada Allah.

Tahniah sekali lagi kepada semua guru Malaysia yang mendapat APC pada tahun ini. Selamat bekerja dan meningkatkan tahap perkhidmatan anda semua...




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

n@m@n said...

mmg patutla demo dpt APC..kesana kesini menyiapkan tugas..hehe..

Cikgu Adham said...

slm... heh heh heh... ooo anugerah APC ya.. tahniah la kpd yg dh terima termasuk la demo sekali deh heh heh heh... rezeki belaka tu... bukan pasal kita bodek... bukan pasal kita kipas, bukan pasal kita jilat sdb... tapi tu adalah rezeki Allah belaka atas usaha kita selama ni...

manusia ni biasalah... perasaan hasad tu byk... apa bleh buat... teruskan usaha, buat krja kita dgn betol dan amanah.. insyaAllah sekurang-kurang ada ganjaran akhirat nnt utk kita heh heh heh

Cikgu Adham said...

ya.. vateran tu bila umur masuk 41 tahun dan ke atas heh heh

Chekgu BaniHassim said...

huhu...
APC ni kdg2 ade je yg tak puas hati.
nak2 org muda yg dapat.
ade yg bersuara ckp kenapa yang dah senior tu tak didulukan...

erm..aku rase itu bergantung kepada prestasi keje...
ko dah merasa ek tahun depan??
ko rase ade chance nk merasa lagi kali ke-2??

a kl citizen said...

rezeki jangan ditolak...

Anak Tumpat said...

kalu kecek pasal APC ni xleh lawe kawe..hahah.. riak nih..kawe xde setahun ngaja, ore panggil dah g APC nok oyak bui.. tapi ore panggil g jadi Pengerusi majlis joh la..buke menerima anugerah perkhidmatan cemerlang..hahah.. sori blako deh.. ..:)

Anak Tumpat said...

kalu tgk ko smngt demo bt kijo x pelik kalu demo blh dah APC.. cikgu contoh la katakan.. syabas syeikh.. teruskan usaha anda..

Cikgu Chun said...

ImanShah,

Sebut pasal APC ni memang sensitif. Ada sek yg langsung tidak mendedahkan siapa yg dapat APC dan kalau tanya "ko dapat APC ke tahun ni?", dia tak akan mengaku w/pun memang betul dia dapat. Ni cerita benar, berlaku di salah sebuah sek dlm daerah sy. Di sek sy pula, lain ceritanya...sorang cikgu boleh dapat sampai 3 APC dlm masa 12 tahun! Macam lah org lain x keja kan... tapi bg saya, sy x pandang langsung pun benda tu. Kalau dapat kira bonus lah, kalau tak dapat pun x apa. Tapi sy paling PANTANG dengan MARKAH PRESTASI. SKT kena jaga... yg tak adilnya ialah, kita sama2 penat bekerja, tapi markah lain2....itu yg x sedap tu. Perkara ni pernah sy luahkan dalam laman blog sy, sampai kecoh 1 sek dibuatnya! Biarlah apa org nak kata, janji kita ada bukti kan... Ape2 pun, tahniah kpd ImanShah kerana dah diiktiraf dengan APC sebelum ni.

Cikgu Adham said...

rr berat belaka hahahahhahahha... biar la.. tok soh bcara ke APC ni... wat sakit kepala jah... tok de nok mikir kita heh heh

Tukang cerita said...

tahniah cikgu....
baghu mengajar, sudah dapat APC...

akak lagi lama, tp masih blum ada rezki...
tak rajin cam cekgu kot...
:)

x'emriust said...

pe ade pic duit seribu rupiah tu ckgu?

kuIna LadyInRed said...

tuhan tahu keikhlasan kita...

kita xdak APC kita ada CAP (topi)

zai said...

Bagi yang pernah menerima APC tu..Tahniah sbb mmg patut dapat slps berusaha keras..samada betul kaki kipas atau kaki bodek ke..itu biarlah ALLAH yg tentukan...krn anugerah kurniaan Manusia tidak sehebat anugerah Kurniaan Allah SWT..

imanshah said...

Cikgu Chun, hurm memang betul ada yang kerja tapi tak dapat..Ada yang dah 15 tahun dulu dapat, tapi sekarang tak dapat2 lagi..kesian juga pada yang tak dapat. Tapi betul lah kata kak zai, Anugerah Allah lebih hebat dari anugerah kurniaan manusia

imanshah said...

Anak tumpat..lawak demo nih, jadi MC pun kira ok lah, makan free.

imanshah said...

Emir..saja je duit rupiah..hehe seribu rupiah baru berapa ringgit ek??

x'emriust said...

1000 rupiah= RM 0.27 ekeke

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget