WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 29, 2009

BAWA KUPULANG KE INDON MAS


Semalam, kuterima satu SMS
Mengucapkan selamat menyambut Ramadhan
Rupanya SMS dari sahabat sepermainan
Yang pernah menghiasi alam kanak-kanakku
Sama-sama berkejaran tika menerbangkan layang-layang
Sama-sama beriringan mengayuh basikal ke sekolah
Jauh dari bumi Sukarno, di seberang sana

Sedih, hati sedih
Mengenangkan sahabat itu
Dalam kesusahan, dibuang keluarga
Kerana langkahnya sumbang
Lari meninggalkan Malaysia tercinta
Lari meninggalkan keluarga dan saudara
Demi kasih dan cinta buat lelaki seberang
Maka benarlah kata pujangga
Buang emak buang saudara
kerana kekasih hamba turutkan

Hidup dalam kedaifan
benarlah kata pepatah
Hujan emas di negeri orang
Lebih baik ibu pertiwi
Usah sesekali menyesali sahabatku
Atas jalan yang dikau pilih itu
Masih ada sinar dihujung terowong
Moga semua bisa memafkanmu..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

n@m@n said...

semoga beliau berjumpa kebahagiaan....

imanshah said...

Dulu dia ni pandai..dapat masuk U, tak nak pergi..kerja kilang..alih2 jumpa ngan Mat Indon, lari terus pg indon

k.A said...

dia hidup susah disana?

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT.. hehe macam kelakar pula kisah hidup sahabat cikgu. Hebat bukan... sebuah hijrah kerana cinta. Namun kebahagiaan yang dicipta akan pudar. Semuanya kerana balasan meminggirkan restu keluarga. Jadi, pikir dulu jika bercinta. Cinta perlu rasional dan berasas~

sonata anak kancil said...

kot ye pun ....mintak la restu emak bapak ....usah ikutkan kata hati...

imanshah said...

K.A, dia hidup susah..hari tu dia jatuh sakit..tangannya sebelah kiri tak boleh digerakkan..Kami kawan2 bantu pakat kutip duit hantar ke sana..katanya hospital kerajaan pun kena bayar di sana...wallahua'lam

imanshah said...

Aishah dan kak Sonata..itulah kalau keluarga diletakkan sebelah..dah puas kami pujuk supaya balik..tapi enngan katanya...dah ada anak seorang lahir di sana

Aidil Fadzil said...

Salam Ziarah, cintailah negara kita.

joegrimjow said...

sapa2?

imanshah said...

jeogrimjow..kawan sayalah..tak baik sebut namakan..

Aidil Fadzil : Terima kasih jenguk..nanti saya jenguk blog anta

Tukang cerita said...

banyak sudah cerita begini...
sangat kasihan... :(

sentiasa beriman dengan restu keluarga...sejak dulu hingga kini....

Cikgu Chun said...

Mula2 ni semuanya elok saja. Lepas 2,3 tahun nanti entah apa akan berlaku...alih2 mak bapak jugaklah tempat mengadunya. Harap2 dia bahagia sehingga akhir hayat....

P/S: Agak2nya kat Malaysia ni dah tak ada Mat Malay yg sesuai kot....

fakhruddin said...

huishh indon... huhu...

cg, link saya tu, tukar la. yang tu lama punya. isk2

muzhafar said...

salam...
secantik mana pun isteri kita,
sehensem mana pun suami kita,
IBU BABA JGN LUPA!

x'emriust said...

kesiannya die sudah pasti..

x'emriust said...

indon ni skng anti-malaysia..huhuhu jaga2..kedutaan mlysia sni asik ade rusuhan x puas ati jer..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget