WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 28, 2009

HUJAN ITU MENGUJIKU, ALHAMDULILLAH


Ipoh hujan lagi..dan lagi
Menumpahkan titisan air yang jernih dan terus menggila
Guruh berdentum kilat memancar
Alhamdulillah hujan Rahmat
Buat insan yang sedang menahan lapar dan dahaga
Maka seluruh isi alam bergembira
Kutunggu-tunggu dari detik ke detik
Dari minit ke minit, dari jam ke jam
Tidak menampakkan di mana penamatnya

Terdetik di hati
Hujan rahmat ini bukan sahaja menurunkan rahmat buat seluruh alam
Namun juga cabaran dan dugaan buat hamba-Nya
Semenjak kemalangan dulu
Hanya motor menjadi peneman setia
Lalu bila hujan turun membasahi bumi
Maka turut membataskan pergerakan hamba-Nya

Kupandang jam
Waktunya makin suntuk
Ku buka peti ais, kulihat isinya, tiada apa
Kujenguk dapur yang tak pernah berasap
Gas juga sudah kehabisan
Beras langsung dipenuhi bubuk
Lalu ku hanya pasrah
Walaupun Pasar Ramadhan melambai-lambai
Hatiku meronta-ronta
Godaan ayam percik dan puding gula hangus Kak Yam
Namun apakan daya...

Lalu dengan penuh keinsafan
Kucapai sebungkus maggi
Kurendan sehingga sebati
Bersulamkan secawan milo
Dan kurma dari bumi anbia'
Bila azan berkumandang memuji kebesaran ilahi
Syukur padamu Ya Allah
Kuteringat sahabat seagama di Palestine
Di Darfur, di Iraq
yang tidak punyai makanan
Alhamdulillah...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

karakoza said...
This comment has been removed by the author.
Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... di Perlis juga hujannya selang sekejap akan kembali menyimbah. Jadi seronok pula saya mendengar. Rahmat Ramadhan agaknya.

Di mana jua kita berbuka puasa dengan menu yang berbeza, semoga sentiasa bersyukur selalu. Asalkan kita dapat lalui ia dengan sempurna. Ibadat kita tidak sia-sia diterima~

Cikgu Adham said...

slm.. guana letak gmbar meggi heh heh... meggi perisa ayam pulok tu

n@m@n said...

takpe..rahmat tu...menguji keinsafan kita..kawe gi sekolah lebih kurang 60km..dengan motor..sebab kalau ngan keta tol rm12 pergi balik,tak campur minyak lagi..kalau ujan pagi2..adoi..

xiiinam said...

Hok aloh.....

Kesiannya...

Beriftar dengan megi....




Semoga dapat ayam panggang dan puding gula hangus petang ni....

Tirana said...

Hehehe..syukur..ada juga benda yang nak dimakan..

Bapak said...

alahai kesiannye.... Bro, hari ni Ipoh dijangka hujan juga, so get ready jer la..hehhe

Tukang cerita said...

Salam......

sedih hati akak mendengar cerita org bujang.... ;)
tapi, tak pe... bersyukurlah, kerana sekurang2nya masih ada sesuatu tuk di makan.... kurma pun sudah kenyang kan?

~Ipoh hujan je ker? adoilah.... tahun ni, turn raya di Ipoh dulu...
:)

imanshah said...

Amir idham @ karakoza..begitulah, kome rasa, cikgu pun rasa..haha

Aisya : Alhamdulillah, syukur ada juga hatta sebiji kurma

imanshah said...

Adham, i kes bukak pose ngan meggi

N@m@n : Kawe naik muto jugok, tapi 300 meter jah (dalam kawasan sekolah je)

imanshah said...

Xiinam : tulah insyaAllah dapatlah petang ni

Kak Tirana, syukur Alhamdulillah

imanshah said...

Bapak : ye ke?? ok2 aku akan sediakan payung sebelum hujan

imanshah said...

Kak Tc..ipoh hujan je hari2..hari ni pun jangka hujan lagi..pagi2 pun dah hujan

ayisy said...

Huhuhu.. Aku pun dulu pernah buka dengan maggi sekali sbb tak sempat keluar cari makanan. Dulu masa mula-mula masuk IPGM tak reti sangat hidup walaupun dah duduk asrama 5 tahun. Heh! :)

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...

sedap jugak ape??
bukan selalu kan buke ngn megi nih??
buat pedas2 lagi besh..
haha

Cikgu Adham said...

kesiannya demo gi sekolah jauh wo... bagus dh guana motosikal.. sgt praktikal.... bakpo tak cari umah dekat dgn sekolahnya?

Cikgu Adham said...

tolong royak ke naman deh... cari umah dekat dgn sekolah lain kali heh heh

imanshah said...

Adham, haha kawe dekat jah..nati kawe royak ko naman suh mitok sekolah kat putrajaya

puteri said...

alahaiiii...kesiannya...
xperlah..dpt bbuka jugak kan...
dulu ms study pun pernah bbuka dgn maggie kan?...

kt sini pun hujan berselang...sekejap ada..sekejap xder...

tp bagus juga...boleh hilangkan panas,sejukkan cuaca...

moga2 cepat sampai keta yg ditempah...

bbuka puasa ngan apa ptg nie?...ayam percik ker?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget