WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 7, 2009

INILAH GAMAKNYA 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!



Kali ini entry aku pasal ketidak puasan hati.Mungkin dah ramai rakan-rakan di luar sana telah membangkitkan soal ini. Petang tadi dengan harapan berbunga aku ke Pejabat Pos Taman Ipoh untuk memperbaharui cukai jalan a.k.a road tax dan sekaligus memperbaharui insurans motor. kesibukan membuat aku hampir terlupa dengan road tax motor yang hampir tamat tempohnya.

Aku bajet kali ini murahlah sikit sebab motor aku dah masuk tahun kedua. Kalau tahun lepas sebab motor aku tak habis bayar aku kena 180 (motor aku 135 CC)..Rasanya bolehlah kembali kepada normal coz aku cadang nak ambil third party..Mak ai, aku terkejut bila kerani pejabat pos cakap aku kena bayar RM 190 untuk insurans dan 4 hinggit untuk road tax. Mak ai, cekik darah betol..Rupanya kerajaan telah meluluskan kenaikan 200% insurans motor. Yang lecehnya motor sepuluh tahun ke bawah mesti ambil first party. Rasa macam nak terjelepuk..Dah la bulan ni aku terpaksa cover dua motor (ayah aku punya)..Bulan Oktober pulak satu lagi motor (motor aku kat kampung)..Adei kalau macam ni aku kena habiskan hampir RM 600. Terduduk aku..

Rasanya tidak adil kerajaan buat macam ni. Bukan apa, kalau yang bergaji tetap kira ok lah sikit. Tapi macam mana dengan orang-orang kampung?? Contohnya lah, kalau Haji Leman ada 3 motor. Kesian Haji Leman..nak bayar kereta lagi..Hasil menoreh tak tentu lagi. Ya lah anak-anak sekarang ke sekolah pun bermotor. Kerajaan tak fikir ke semua ni??

Aku takut macam ni je, bila kerajaan buat macam ni, aku takut ramai yang tak nak ambil insurans. Tak ambil insurans maksudnya tak dapatlah nak ambil road tax. Bila ramai naik motor tak de road tax, maka ramai lah yang bermasalah. Eksiden ke hapa, tak ke mati katak. Tapi kalau tak ambil salah pulak. Silap-silap kena tolak motorsikal ke balai. Tapi kalau ambil bajet lari.Ya lah, especially studens la yang kat IPT ke, sekolah ke..

Apapun itulah gamaknya konsep 1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..Fikir-fikirkan lah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

n@m@n said...

Biasalah..kita di bawah..sabor je la..Kawe pon heran dgn insurans ni..Mesti bnyk diorg untung kn?

Tukang cerita said...

gamaknya gitulah yer cikgu.....

saham 1 malaysia nya pasal....

amirul said...

Salam Bro,

Bagi saya... kita tidak harus menyalahkan konsep 1Malaysia yg dipertengahkan PM... Kita harus menyalahkan pihak yg dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan kementerian terbabit... Mungkin ada udang disebalik batu...

Kalau aku sendiri pun akan angin juga...

P/S: Bagaimana pula dengan rebet tunai subsidi minyak? masih boleh claim? Aku kena renew roadtax kereta bulan depan... takde rebet... masak le aku... makan pasir plak nanti! :(

TebuHitam said...

As'salam bro.
Kalau Hj Leman ada 3 biji motor dan siap ada kereta lagi itu bermakna Hj Leman ini adalah orang yg berkemampuan.Tiada masalah baginya.Kalau nak renew insuran pun takde masalah.
Org kampung pun saudara sudah maklum,sejak azali lagi mereka akan menunggang motosikal tanpa insuran dan roadtax.Bukan baru lagi perkara ini.Semua sudah maklum.
Lagi satu perkara,pejabat pos sudah lama mengenakan cas rm2.00 ini.kalau roadtax motor rm2.00 P.Pos akan kenakan rm4.00.Begitu juga dengan roadtax kereta cas akan dikenakan rm2.00 juga.
Kalau susah sangat nak bagi rm2.00 saudara adalah lebih baik pergi ke JPJ.dah tentu tak dikenakan cas berlebihan.
Negara kita banyak pilihan yg boleh dibuat.Kalau rasa mahal kita pilih yg murah.Kalau rasa yg murah kurang berkualiti,kita kiralah budget kita adakah mampu untuk beli yg berkualiti.Jika rasa tak berkemampuan kita kumpul duit dan belilah di kemudian hari jika wang kita mencukupi.
Jadi kesimpulan nya disini,janganlah nak buruk kan kerajaan dengan isu2 lama.Kerajaan kita saya rasa adalah yg terbaik di dunia.Cuba saudara pergi merantau dan carilah seperti kerajaan Malaysia ini,memang takkan dapat punya.Nanti saudara akan mengakui sendiri yg kerajaan kita adalah yg terbaik.

imanshah said...

Tebu hitam : bukan RM 2 yang dipersoalkan..memang itulah charge dia..tapi yang naik sampai 200% tu..kalau 100% tu bleh juga tutup mata..

Haji Leman tu satu moto untuk pg menoreh, satu moto anak bawak g sekolah, satu moto lagi anak yang sulung pg blaja kat Giat mara. Moto buruk tak mahal 1,000 dah dapat. Tak kaya pun Haji Leman. Keta tu menag keperluan, beli pun hutang!! Senang nak anta anak cucu ke hospital kalau ada kecemasan..Tak gitu..

Mungkin orang kampung sedara tak ada roadtax kot. orang kampung saya beli road tax..haha..

Saya gurau je lah..

Apapun saya memang berkemampuan..tapi pikirlah mereka yang tinggal dibandar2 besar dengan gaji RM 1,000..Apa salahnya kebajikan rakyat bawahan di jaga kerana pada saya yang punyai gaji 5 angka, tak mungkin naik motor, bukan??

imanshah said...

Amirul : Dah tak der rebat dah..dah habis bulan April lagi..

DR 1221 said...

sepatutnya 1malaysia bagi free semo kat rakyat, tak gitu cikgu ?

fakhruddin said...

err student cam saya ni, dah la hari2 makan bajet je, sebab motor. isk2

imanshah said...

Udin, cg ada blog satu lagi...http://malaysecondaryschool.blogspot.com/

mior johari said...

Tak pa,memang susah jadi kerajaan ni..puas sudah ku tabur budi,salah juga dicari orang.

cucu_tokwan said...

AKU PUN TERKEJUT MASA RENEW INSURAN KERETA BURUK AKU. APA BOLEH BUAT KALAU TAK RENEW SUSAH JUGA NAK GI KEJE. AKU NAK BAGI TIPS KAT CIKGU UTK ATASI MASALAH TERSEBUT...
R/TAX+ INSURAN RM194. KO SIMPAN 55 SEN SEHARI KALU SETAHUN DAH SETTLE. KALAU YG MEROKOK TU BERENTI LE.SEBATANG ROKOK JE DAH 50 SEN LEBIH

SENDIRI MAU INGAT

fakhruddin said...

okies. sudah follow. eh cg dah boleh bukak blog saya ke belum?? dah approve email?

imanshah said...

Tq cucu tok wan..aku road tax keta ada gak main kutu

imanshah said...

Udin still tak leh la..tak approve kot..tapi email kamu saya dah terdelate kowt

fakhruddin said...

email cg, LCbiru ke icbiru??

imanshah said...

Udian : lcbiru_80..bukan icbiru

fakhruddin said...

dah. baru je send. check email

Tirana said...

Dah memang dari dulu pun kerajaan tak adil..

Cik Amy Sensei said...

salam.. (^_^)

Cikgu Adham said...

slm... gtu la.. saper la kita nk bersuara... pi mai pi mai dok tang tu gk...

dlm sukatan pendidikan Islam yang di gubal oleh kementerian pelajaran malaysia, apabila pihak meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya adalah zalim...

kalo kita cakap kerajaan zalim, mereka putar kata byk bantuan diberikan... kalo kita ni anggota kerajaan cakap, kata kita ni anti kerajaan...

susah la nk cakap dunia skrg... kira sondol je la...

Riba dari PTPTN pon dulu kata nk turun 1%. tp sekarang dah senyap tidak ada lg org nk berkata.. tp yang pasti dalam resit pembayaran PTPTN, masih lagi di cas 3%... uh uh uh uh... bukannya kita tak nak bayar kan...

SSSSSUMBAT

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget