WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 30, 2009

KENANGAN RAMADHAN ZAMAN KANAK-KANAK



Ramadhan atau puasa adalah satu bulan yang sangat indah untuk dikenang..Rasanya zaman dahulu dengan zaman sekarang jauh berbeza..Apatah lagi dengan kehidupan bandar sekarang.. Antara kenangan yang masih segar dalam ingatan adalah
1) Kenangan bermain mercun
Segala jenis mercun seperti mercun roket, mercun papan, mercun katak, mercun tarik, mercun bola dan mercun lada semuanya amat sukar untuk saya lupakan dan ianya masih terbayang di ruangan mata saya pada setiap kali kembalinya bulan ramadhan setiap tahun. Masa kami zaman kanak kanak tidaklah menjadi satu kesalahan kalau bermain mercun dan meriam buluh dan jika ada penghalangpun cumalah duit nak beli semua tu. Biasanya ayah akan bagi juga duit belanja walau bulan puasa dan wang itulah digunakan untuk membeli mercun. Saya sampai menyeberang sungai ke pekan Takbai, Thailand semata2 untuk mendapatkan mercun.
2) Aktif mencipta meriam buluh dan meriam tanah
Selalunya 2 minggu selepas puasa bermula kami mulalah bergiat aktif dalam bidang mereka cipta meriam buluh dan meriam tanah, walaupun tengah berpuasa dan letih kami masih mampu mencari buluh atau mengali busut untuk di buat meriam tanah. Yang seronoknya golongan dewasa turut join sama..huhu.
3. Solat Terawikh
Haha.Yang ni pening sikit. Selalunya solat terawikh masa zaman kanak-kanan tak sempurna. Mana taknya apabila jemaah tengah sembahyang kami sibuk bergurau dalam surau.Apabila hampir habis dan duduk tahiyyat akhir, maka kami pun buat-buat solat..Huhu kadang-kadang kena cubit kat ayah.ingat sembahyang main-main ke.Lepas solat kamilah yang banyak tibai more yang disediakan. Orang kampung pakat bawak makanan untuk more..
4. Rancangan TV kegemaran
Rasanya ramai yang masih ingat dengan drama bersiri Rumah Kedai yang dilakonkan oleh Allahyarham Yusuf Mohammad, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. sehingga kini mulut tetap menyebut, dan hati tetap terkenang pada drama bersiri tersebut. Tiba je Ramadhan, mulalah mulut menyebut. Bilakah agaknya TV3 nak buat ulang tayang.
5. Tolong mak masak
Kalau dulu, mana ada sangat pasar Ramadhan ni. Memang juadah disediakan sendiri oleh mak. Selalunya mak akan mintak tolong kacau gulai dan uli buah Melaka. Mak ai, seronok masa tu, walaupun dapur kayu je..Lepas masak kuih, pergi hantar pulak kat jiran-jiran, dan jangan bimbang tentu ada balasannya.
6. Tadarus Al-Quran
Ayah wajibkan kami adik beradik untuk bertadarus. Huhu dengan mata yang mengantuk kami pun bertadarus satu keluarga.Kadang-kadang kena baling dengan bantal sebab tertidor tepi Al-Quran..Huhu
Bila terkenang zaman kanak-kanak dulu rasa teruja untuk kembali semula pada zaman tersebut..haha, tapi semuanya tinggal kenangan. Rasanya kanak-kanak zaman sekarang dah tak merasa apa yang telah kita orang dewasa alami zaman dulu..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

edy anuar said...

cekgu!
mercun telor kelate seratos butir...
:)

alang said...

Teringat dulu2 main meriam tanah.hehe. N stil ingat main tikam2 nak dapatkan mercun. Yg kena bayar sepoloh sen or 20 sen beli kertas gores.hehehe. :D

Cikgu Adham said...

slm..
kalo kawe bnda pelik yg kawe igt adalah main bedil heh heh...

pastu masa zaman jahat2 masa kecik dulu main mercun baling atas atap rumah org huhuhu... smpai berkejar2 dgn tuan rumah..

Tirana said...

Puasa di kampung zaman dulu2 meriah..Macam2 aktiviti boleh dibuat..lebih-lebih lagi kalau ada geng. Budak-budak zaman milineum ni tak merasa dah itu semua..lebih2 lagi yang tinggal di bandar.

fakhruddin said...

kenapa orang2 zaman dulu kalau main buluh meriam, takde la sampai nak tangan putus ke, meletup ke... tapi orang sekarang main, meletup 1 badan la, melecur la, putus tangan, jari... semua ada... apa rahsianya?? cewahh... haha

n@m@n said...

mercun katak..mercun ular..hoho..

ikan emas said...

Budak2 skrg ada lagi cerita mcm ni??

imanshah said...

Edy anuar : mercun telur..ada2 lupa plak

alang : ahah..tikam tu rasanya dah takder sekarang kan

imanshah said...

Adham, kawe baik sikit tok pekong atas rumah jiran, tapi main depan rumah adalah..pernahlah kena maki

Kak Tirana , kesian buadak2 zaman sekarang

Ikan Emas :kenang-kenangan kita zaman dahulu lah, sekarang susah ar nak dengar benda2 macam ni

imanshah said...

Fakhrudin : Ada juga yang putus jari..memang ar tak dengar sebab masa tu awak blum ada..huhu..Sampai sekarang kawan saya orang panggil Mail Kudung sebab jari hilang masa main mercun kaboid

N@m@n : semua ada..kalau mau raya ni kawe bleh sponsor, kawe dekat je ngan siam

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT... amboi cikgu, cari mercun sampai ke Thailand ya. Zaman dulu, saya main bunga api dan mercun yang hanya dibenarkan oleh keluarga. Itu pun bercinta menunggu malam tujuh likur baru dapat keluarkan 'senjata-senjata' tue semua.

Paling menarik tanglung handy made. Kami adik beradik buat sendiri menggunakan tin susu atau milo. Kalau mak benarkan, baru dapat konvoi dengan kawan-kawan. Berarak la kami keliling kampung dalam group masing-masing~eg

ayisy said...

aku dulu aktif bermain meriam tanah. tapi bila dah besar, rasa takot plak. pesal ntah. kecik2 steady jek main. Huhuhu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget