WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 16, 2009

MAAF,GULA DAH HABIS ENCIK!!


Sememangnya tiap kali tiba hujung minggu, Lembaga Pengawas akan mengadakan jualan di sekolah pada malam hari bagi mencari dana bagi menampung aktiviti pengawas. Dan salah satu menu menu wajib adalah air kordial. Ya lah air pun yang beri banyak keuntungan pun. Masalah yang berlaku adalah di Ipoh, bekalan gula telah habis. Aku terkejut lagi bingung dengan keadaan ini. Dari satu anak tangga ke anak tangga supermarket dan hypermarket aku panjat sehinggalah ke kedai runcit dan kedai serbanika. Semuanya "sold out"..wah, satu pun takde..Kehilaan yang melampau. Owh, rupanya Ramadhan dah hampir. Begitulah taktik lama yang tak berkesudahan. Taktik sorok barang yang selalu dibuat oleh segelintir manusia yang rakus pada kekayaan.

Entahlah, tak tahu kenapa apabila tiba sahaja musim perayaan, semua habis. Kalau dulu tepung, kini berjangkit pula pada gula. Aku percaya selepas kenaikan gula nanti, akan mendadaklah naik harga teh ais, kuih, kek, aiskrim dan banyak lagi. Ada orang kata bagus juga, nanti kuranglah sikit penggunaan gula, dan kurang penggunaan gula, kuranglah diabetes. Maunya kurang, berapa mahal pun rakyat Malaysia ni memang kaki makan. Akan dibelinya. Kita memang kurang kesedaran terhadap kempen boikot. Tengok sahaja kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel, mak ai, sebulan dua memang ramai yang ambil bahagian. Sampai CEO KFC pun keluarkan statement KFC Malaysia tidak menyumbang kepada Israel..Tapi kini, tengok lah..Kempen entah ke mana, KFC pun makin penuh gamaknya. Ya lah, aku pun sama, bukan nak mengata orang lain. Aku bercakap soal realiti dan mentaliti.

Berbalik kepada soal gula, kementerian yang berkaitan harus lebih efisyen. Terima kasih pada Dato' Seri Ibrahin Sabri, Menteri Perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunan yang selalu turun padang, namun apabila pak menteri yang turun, waktu tu ramai lah pegawa-pegawai yang turun mengekori. Namun, bila pak menteri start kereta pulang, batang hidung pegawai-pegawai pun entah ke mana. Minta maaflah kalau pegawai-pegawai terasa, namun kalau masing-masing buat pemantauan yang betul, kerja dibuat penuh amanah, kejadian ini takkan berulang. Sedih juga, apabila mendengar berita di Perlis, negeri pengeluar gula pun kehabisan gula. Sapa nak jawab tu?

Ramadhan makin hampir, disusuli dengan hari raya Aidulfitri. Para peniaga perlu gula untuk masakan, kuih-muih dan biskut raya. Kalaulah harga gula naik, sudah tentu semua harga lauk-pauk, air, kuih dan juga biskut raya naik. Hurm, akhirnya kita rakyat marhain yang terjejas.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

a kl citizen said...

teruk juga penangan ramadan dan hari raya ni ya...
pakai gula kabung tak bole ke?
=)

Anak Tumpat said...

sori cikgu..xde nk g jale alah ko ipoh..cuti x panje atek.. buleh cuti pun cun2 joh..insyallah kalau ambo sapa ipoh ambo call cikgu.. lama dah sbenaarnyo x g ipohnyo..

imanshah said...

Anak tumpat : no problem marilah..n@M@n pun doh ambo jupo doh masa dia mari ipoh

imanshah said...

a kl citizen..gula kabung tu apa??

Eyna's said...

Ada member cite td...kt kawasan sy ni...beberapa pasaraya masih ada gula...tp diorang jual di kaunter bayaran je..

Walaupun ada...bukan bleh beli sewenang2nya...kena beli barang lain dlm RM10...baru bleh dapat beli guna... konon2 PWP lah tu...

Depa ni mmg suka amik kesempatan...

Cikgu Adham said...

ssssssungguhhhhhhhhh.. nk wat air pon payah loni

kuIna LadyInRed said...

tp benda mcm nie nak abis stok masa perayaan kita aja... jgn terkejut gula subsidi kita ada dijual dipekan danok.

perlis pengeluar gula pun kehabisan tua.. lg karut!

karakoza said...

citer cikgu tergantung la..
jd dapat ke x gula utk air kordialnya?

imanshah said...

amir adham..tak dapat..dah habis satu ipoh

iqbalsyarie said...

Dasyatnya.Musibah juga tu cikgu!
bagi kita beringat dan lebih hargai sesuatu nikmatNya.Patutla air yg kitorang minum kat sini tawar(kat sini ktrg mcm kat star,ada tukang masak),rupanya abg cooker tu saving penggunaan gula kot.haha

imanshah said...

Hidup tak ceria tanpa gula!!

- abdul hadi abdul muti - said...

peniage nak ambik untung la ni..
bile dah terdesak, orang beli jer berape ringgit pun gule tu

imanshah said...

Haha kalau 10 hinggit sekilo ok ke??

lili11 said...

Gula .. gula .. mana gula? Haku nak gula ...

x'emriust said...

agak2 sape la yg harus dipersalahkn dlm hal ni? tokey gula ke? pemborong gula ke gula tu senirik???

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget