WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 21, 2009

PENCEN ; MASA ITU AKAN TIBA



Semalam 20 Ogos 2009, telah berlangsung majlis persaraan seorang ustaz di sekolah aku. Alhamdulillah, sekali lagi seperti biasa, selaku orang yang dipertanggungjawabkan dengan jawatan setiausaha majlis, aku diamanahkan untuk mengendalikan majlis ini. Rasa penat juga, kerana setiap kali ada sahaja majlis di sekolah, akulah yang mengepalainya. Namun, perasaan puas jelas terbayang apabila melihat majlis berjalan lancar. Guru-guru yang menganggotai jawatankuasa majlis juga turut mebantu meringankan beban yang dipikul. Ustaz Mohtar Haji omar, seorang guru lama di STAR telah diraikan dalam satu majlis yang cukup syahdu. Yalah, beliau berada di sekolah ini selama 21 tahun lamanya, bukan satu tempoh yang singkat.Bemakna 21 batch menerima didikan beliau. Berapa ribu anak didik beliau yang telah meninggalkan alma mater ini.

Berbalik kepada soal persaraan, sebagai pendidik, mungkin persaraan atau ‘pencen’ merupakan saat yang paling menyedihkan. Yalah setiap pagi bangun dari tidur, mandi, solat subuh dan terus ke sekolah. Mengajar dan terus mengajar, mendidik dan terus mendidik. Namun segalanya akan berubah apabila pencen. Rutin harian mula berubah. Hurm, tapi rasanya bergelar pendidik ni ada juga kelebihan. Pertamanya gelaran ‘cikgu’ akan di bawa sampai bila-bila, hatta sampai mati sekalipun. Dan yang paling penting ilmu yang bermanfaat akan sampai kepada kita walaupun jasad tidak lagi di bumi ini. Selain itu juga bak kata Ustaz Mohtar, jika kita seorang arkitek ke, engineer ke, apabila pencen, maka putuslah kita dengan pekerjaan tersebut.Namun, seorang guru tidak akan putus, contohnya boleh terus mengajar di kelas-kelas tuisyen atau paling tidak seorang ustaz akan terus boleh mengajar di masjid-masjid menyampaikan kuliah dan ilmu kepada penduduk kampung.

Tempoh perkhidmatan aku dalam bidang ini masih panjang. Ada 28 tahun lagi untuk dihabiskan. Dalam hidup ini masa hanya ada tiga, pertama semalam yang telah menjadi sejarah. Kedua, hari ini yang sedang dilalui dan ketiga esok yang belum pasti. Yang pertama dan kedua mungkin menjadi milik kita, namun yang ketiga belum tentu. Ustaz Mohtar mungkin telah melalui pelbagai rencah pengalaman dalam perkhidmatan dan berjaya sampai pada hari-hari terakhir perkhidmatannya. Aku tak tahulah sampai atau tidak. 28 tahun segala-segalanya boleh berlaku.
Aku memanjatkan doa kepada Allah semoga setiap titisan ilmu yang dicurahkan oleh Ustaz akan diberkati dan diberi ganjaran yang selayaknya di sisi Allah. Semoga Allah jua mengurniakan segala kekuatan buat aku dan rakan-rakan bloggers yang lain khususnya guru-guru untuk terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas mendidik yang semakin hari semakin mencabar ini. Hanya Allah yang tahu!!!

"Anak-anakku , sebaik sahaja ustaz beredar dari bumi STAR hari ini, maka terbukalah pintu rindu di hati ustaz. Selamat menerusan perjuangan .Mungkin ada budi ustaz yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa. Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari. Yang ustaz sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab. Terimalah seadanya seikhlas ustaz memberi."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak... semoga tahun ni lebih mantap dr sebelumnya deh heh heh..

guana terasa nk pencen dh ke?

x'emriust said...

huuu ustaz ku..

- abdul hadi abdul muti - said...

tak nak pecahkan rekod ustadz mohtar ke cikgu??haha

hysMan.. said...

pencen itu pasti..;)
Salam Ramadhan..

imanshah said...

Adham, salam ramadhan..hisy tok ser lagi pencen la..

Hysman : ya, pencen memng pasti, yang tak pasti sampai ke kita dengan pencen, takut "pergi" dulu

imanshah said...

Hadi, lama tu 21 tahun saya rasa 10 tahun je kot di STAR

Tukang cerita said...

Sampai ke kita di umur itu...?

salam ramadhan cekgu...

fakhruddin said...

wow selamat bersara ustaz!

Dj Epoi said...

Bos!!!

Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga Bossssss!!!

Dj Epoi Family

Dj Epoi said...

Lawa Kasut?

cikgupj said...

Selamat menyambut ramadhan al mubarak.Cikgu, kalau berjumpa dengan ustaz mokhtar, kirimkan salam saya.Katakan cikgupj kirim salam...kalau dia tanya cikgupj mana, katakan cikgupj yang ustaz kenal semasa dia mengajar di STAR dulu...hehe..

cikgupj said...

maafkan saya cikgu, tak perlulah rasanya diberitahu tahun berapa, biarlah menjadi rahsia.Pada masa itu, cpjlah guru yang paling muda trang! tang! tang!...dalam kalangan guru-guru STAR.Antara guru-guru yang sama-sama membawa pasukan ragbi STAR ke Bangkok untuk pertandingan di sana ialah cikgu zulkifli din, cikgu wazir mustafa,dan beberapa orang lain.Dengan maklumat itu, cikgu boleh cari kalau mahu tahun bila cpj di STAR.Tapi kalau dah tahu harap rahsiakan.

imanshah said...

Cg PJ, ok2 terima kasih atas maklumat dan saya akan rahsiakan..barakallahu fik

Chekgu BaniHassim said...

perjalanan yg masih jauh nih...
kite teruskan...
teruskan legasi...dan teruskan martabatnya...

EviL naQi said...

ustaz mokhtar dh bersare.... huhu~

Zamz said...

ustaz mohtar dari dulu sampai skrg pun nampak sama je ek

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget