WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI



Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Hurm, inilah bait-bait lirik lagu PERGI TAK KEMBALI, dendangan KUMPULAN RABBANI. Tengah hari tadi kita semua dikejutkan dengan kehilangan Ustaz ASRI, vokalis kumpulan Rabbani. Terkedu seketika, apatah lagi mengenangkan kematian beliau secara mengejut. Sememangnya aku salah seorang dari ribuan peminat RABBANI yang membesar dengan lagu-lagu nasyid mereka. Perkataan pertama yang terungkap dari bibir apabila mengetahui berita ini adalah "Daripadanya kita datang, kepada-Nya kita kembali." Akhirnya bait-bait lirik lagu yang banyak menaikkan nama Asri dan kumpulan RABBANI benar-benar berlaku pada hari ini. Itulah janji ALLAH. Ianya pasti berlaku.


Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.
Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.
Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.
Begitulah hukum dunia..setiap kehidupan pasti berakhir dengan kematian. Ustaz Asri pergi meninggalkan keluarganya, sahabat handai serta ribuan peminat RABBANI pada saat ketika umat Islam hampir menyambut ketibaan Ramadhan di usia yang agak muda, iaitu 40 tahun. Al-fatihah buat roh arwah serta sekalung takziah buat keluara Allahyarham atas kepulangan arwah Ustaz Asri ke Rahmatullah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

Al-Fatihah...
sedih gak deh....

imanshah said...

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

ayisy said...

Salam.. Bulan lepas aku baru tgok kumpulan Rabbani buat persembahan. Tak sangka plak Ustaz Asri meninggal semalam. Al-Fatihah arwah...

n@m@n said...

Sudah sampai masanya..Al-Fatihah

SoReNsEn said...

belum hilang pun rasa sedih slps pemergian yasmin ahmad.. skrg ustaz asri pula meninggalkan kita..

al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat..

SoReNsEn said...

belum hilang pun rasa sedih slps pemergian yasmin ahmad.. skrg ustaz asri pula meninggalkan kita..

al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat..

Aisya Humaira said...

Innalillahi wa innailaihiroji'un... Sehari lagi umur kita bertambah. Jangan takut pada mati kalau beriman dan bertaqwa. Kubur hanya tempat persemadian jasmani dan tempat perhentian rohani.

Hidup dan mati sudah ada ajalnya. Beribu-ribu sebab tapi kematian adalah satu. Ia tetap bernama kematian. Hanya yang membezakan seseorang mereguk kematian adalah besarnya redha Allah kepadanya. Semoga kematian kita nanti akan dijemput pada jalan syahid kepadaNya~

- abdul hadi abdul muti - said...

innalillah..
sakit jantung ni memang bahaye..bile2 jer die boleh attack..ade budak uitm aritu,dalam 3 minggu lepas, meninggal mase main badminton..sakit jantung..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget