WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 11, 2009

POCO-POCO DONG!!


Huh penat ari ni..Baru habis buat senaman poco-poco. Teringat tahun sudah sewaktu melawat Bandung, aku ada membeli VCD senaman poco-poco. Aku guna dan amalkan sekali sahaja. Selepas itu, senaman entah ke mana, poco-poco entah ke mana. Itulah sebenarnya sikap orang Malaysia, khususnya aku lah. Suka benor buat kerja setengah jalan, atau lebih tepat lagi separuh jalan. Malam semalam aku mengemas bilik, dan aku kembali terjumpa VCD yang dah setahun aku campak bawah katil. Dengan azam yang membara kali ini aku nak amalkan senaman poco-poco. Haha, aku rasa semua orang tahu dan pernah tengok senaman ini.

Senaman poco-poco yang aku amalkan ni berlangsung antara 30-35 minit. Huh lama gak tu..Tapi aku gagahkan juga habiskan dan pelajari teknik-teknik senaman yang baru.Sejarah poco-poco bermula di Indonesia apabila Arie Sapulette, seniman kelahiran Ambon, Indonesia, mendapat inspirasi menghasilkan lagu poco-poco daripada seorang gadis gempal yang lincah menari di satu pesta. Dek kerana terlalu seronok melihat kelincahan gadis gempal tersebut menari hingga terkeluar perkataan poco-poco dari mulut Arie. Sejak itu, tarian yang mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco, perkataan yang dipercayai berasal daripada bahasa Manado. Setelah Arie berpindah ke Jakarta tahun 1995, lagunya telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Indonesia, Yopie Latul dan bermula dari situ rentak tari poco-poco semakin popular di Indonesia hinggalah menular ke seluruh nusantara.

Bukan apa, zaman-zaman moden ni, kita kena cakna pada penjagaan kesihatan. Takut benar aku pada penyakit-penyakit moden hari ini. Apatah lagi rakan sekerja pun baru berusia 36 tahun disahkan mengidap penyakit jantung. Banyak juga aku search website mengenai penjagaan kesihatan, senaman dan sebagainya. Aku cuba untuk mengawal pemakanan yang seimbang serta melakukan senaman. Harapan aku agar rakan-rakan blogers juga mengambil cakna terhadap peri penting menjaga kesihatan. Selamat berpoco-poco!!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm demo reti ke tarian ponco2 heh heh... pernah belajar x?

imanshah said...

Terer lah ni..slalu poco-poco di Padang Polo hari ahad..tapi nak buat sendiri memang malas..

Dj Epoi said...

Salam.....minat tuh ader....
Tok Guru jew yg belum ada lagi....

Nnti dah pandai ajawkan Gua eik BRo hehehhehehe.....

Lalalalalalalallalaal...Pocot...Opcot!!!!

n@m@n said...

SEronok gak tuh poco-poco..kalau budak sains sukan mesti tau benda ni

a kl citizen said...

tunjuk video sikit poco2 tu

imanshah said...

buleh2..no problem.mai la ipoh ramai2 kita poco-poco

Cikgu Adham said...

ooo mantap la demo.. kawe pon belajar ponco2 masa dlm PALAPES dulu heh heh.. tp loni x igt dh sheikh..

kawe kaloh pasal xdak rezeki tu heh heh

hysMan.. said...

lagu poco2 sama je ke atau ade byk versi ye??
suka tgok buat tak geti..
heheee

imanshah said...

Lagu sama je, tapi skrg dah banyak versi, ada yang laju, ada yg lambat..huhu

fakhruddin said...

first time tau tarian ni time PLKN. setiap hujung minggu kena buat. best buat kalau dengan kawan2. boleh gelak2. haha

zai said...

Salam Dik..

Akak tak dan nak buat poco-poco nie sbb kat umah dah jenuh dan penat buat kerja rumah yg tak pernah selesai..kira mcm poco2 jugaklah kan...exercise ttp kena buat jugak kalau tak penyakit jatuh cinta kat kita lak ..

ZaCkG fRiDzHa said...

bagus tu ckfboleh menurunkan kebuncitan perut...hahahaha

Tukang cerita said...

salam cikgu.....

2 minggu lepas, ada senam tari di sekolah...kelakar jer...golek2 gelak... kalau poco2, lagilah kot...
:)

Chekgu BaniHassim said...

syok woo poco2...

Cikgu Adham said...

payoh ke goni?

imanshah said...

Adham..mudah je, semudah A, B, C..haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget