WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 22, 2009

AMALANKU KELAS KEDUA??




Baru sekejap tadi, aku ke surau kampung untuk Solat Isya' Berjemaah. Aku jarang ke surau, masa ayah masih ada, aku selalu ke masjid. Kali ni kira-kira nak bersama-sama ngan orang kampung lah, bersalam-salaman. Tapi satu insiden yang amat menyedihkan berlaku. Bila bilal Iqamah, aku terus mengambil tempat di belakang imam. Namun, seorang hamba Allah di sebelah aku berbisik, "Mengapa dok sini, bagi ruang kat sheikh dok belakang imam, "..Aku jadi terkedu, sedih, marah dan sakit hati...Sheikh??? rupanya bapa mertua imam, yang tinggal di kampung sebelah..Lantas, solat isya' aku tidak khusyuk kerana memikirkan beberapa persoalan..

1) Adakah dalam islam ada beza antara jemaah.
2) Adakah kerana aku tidak berserban dan berjanggut, maka aku ditegur begitu rupa??
3) Adakah amalan aku dikira sebagai amalan kelas kedua, sedangkan ada yang dikira sebagai amalan kelas pertama??

Jenuh aku memikirkannya...Yang sedihnya yang bercakap adalah orang yang punyai pendidikan tinggi, dianggap warak dan selalu berjemaah di surau.Takpalah teringat firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..."(Al-Quran, surah al-Hujurat: Ayat 13)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm...
ada juga deh org lagu tu.. x pernah lg kawe jumpa heh heh heh... kalo kena ke kawe, kawe bidas balik tu..

sebenarnya berebut dlm saf ni ibarat 1st come, 1st serve la (betul ke kawe eja?, kawe x pndai sgt heh heh)..

dari segi adabnya mmg org yg kata (kata ke demo) gtu x betul... dlm hadis (tp kawe x igt sanad dia) kata... org yang berada di saf depan tu la paling byk manfaat.. nescaya kalau manusia tu tahu bahawa banyak kebaikan yg diperolehi bila berada di saf depan, mereka akan sanggup berebut2 dan bergaduh untuk mendapatkannya..

jd saf depan bukan diperuntuk kpd org alim.. dr segi adab (dlm beberapa kitab tasawuf) dlm masjid, kita tak boleh halang orang yg terlebih awal dari kita yg duduk di hadapan, malah kena mintak izin kalo nak melalui org di depan kita..

jd gtu la kalo nk kira adab nya dlm tmpat solat kita... byk lg kena belajar...

serupa juga di tmpat kawe di kapit ni... tok imam isap rokok di pintu masjid jah... tu tok imam,tok bilal apa lg la heh heh... tp kalo kita tegur.. adei bermasam muka la.. gtu la situasi msyrkt kita...

lillies said...

salam...
salam lebaran untuk anda..

hmm...manusia mcm tu pun ade?
siapala kita di sisiNya...

insan pendidik said...

Salam,

Itulah adat dunia. Bersabarlah. Yang penting amalan kita hanya Tuhan yang tahu.

SoReNsEn said...

sabarlah cikgu.. mmg mcm itu mindset sesetengah org kita (melayu muslim). kerana terlalu pentingkan respect, kadang kala ia diletakkan pd tempat yg salah..

x'emriust said...

org zaman skang taksub sgt dlm agama smpai yg adat pun diaggap ibdat, perkara bidaah dianggp harus. pelik2

scrlettfr said...

salam aidilfitri cikgu...

hahahaha... ada jugak manusia macam ni yea.. sepatutnya yang mudalah kena dok saf depan.... hmm..

sonata anak kancil said...

agaknya orang tu nak kenen pak imam kot...tak sepatutnya berlaku seperti itu...hanya Allah swt yang maha mengetahui ibadah hambaNya...sabor je le dibulan yang mulia ini...

Batara Guru said...

huh!....baik buat surau khas untuk 'sheikh' tu jer! sorang imam, 'sheikh' makmum sorang-sorang belakang imam....kwang...kwang...kwang....

green said...

bersabarlah ye..
amalan kita bkn manusia yg nilai..

izman said...

apa2pun, setiap amalan perlu ikhlas, dan perlu mengikut shariat.

Tukang cerita said...

Salam cikgu....

kekadang, perkara sebegini, sekadar menguji kesabaran kita...
berfikir positif sajalah...

zai said...

salam imanshah..

Sabar jelah yer dik..rambut sama hitam..hati lain2..zaman sekarang banyak orang jahil yg diangkat menjadi pemimpin sebab tu boleh kuar ayat2 macam ni dari mulut diaorang..

anyss said...

benda2 pelik cam gini lerr yang buatkan masyarakat kita nampak pelik. kalau org muda bagi tau apa yang sepatutnya, depa akan kata "aku makan garam dulu" tapi depa x sedaq pun yang garam depa makan dulu tu garam buku besau...garam yang kita mkn ari ni garam mesin...halusssss je hu hu hu

kuIna LadyInRed said...

cool...

masa solat pun ada status ker... mgkin sbb alaman tu dah jadi tradisi kita kot... i.e kita jgk bg tmpat begitu kpd org kenamaan.

kuIna LadyInRed said...

just nak share pengalaman trlibt dlm pembinaan sebuah masjd.. ada tandas khas.. VIP.. tertanya2 gak knapa perlu ada toilet khas sebegitu... itu belum lagi rekaan dalaman masjid yg xklusif.

last2 skrng masjid yg cantik dan gah itu terpaksa dikunci dan dibuka bila waktu sembahyang aja sbbnya vandalisma yg teruk.. tombol pintu pun dicuri...

Aku Cikgu Sekolah said...

Itulah orang "MELAYU", terkadang sedih memikirkannya....kalau diamati secara teliti memang bertepatan benar dengan artikel hasil nukilan Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam Mingguan Malaysia Edisi Ahad (20/09/09)

bUaL kEnTaNg said...

salam cikgu..
kadang2 berhangin gak gaya org camni..tp slalu hanya berpikiran +ve.manusia pelbagai ragam..jd terima sajelah.klu teman sepermainan buleh kita sound balik tp klu org kg nk lg yg berpendidikan tinggi,senyam saje lah..ade akal utk berfikir waras..
ehe

wakparpu said...

Yang sebenarnya orang yg dibelakang imam tu 'pengganti' imam bila berlaku 'kecemasan'.

Sebab tu agaknya 'orang itu' membisikkan 'yg demikan itu'. Bg orng yang 'mengetahui' mungkin x mahu berdiri dibelakang imam.

Yang x sedap cuma cara yang kurang berhikmah, lagi satu jgn cepat bersangka buruk. Wallahuaklam

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget