WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 5, 2009

BUKA PUASA CARA ORANG BUJANG


Orang semua sibuk dok tulis entry pasal berbuka puasa. Hurm nak tumpang sekaki gak. Aku tahun ni agak mudah berbuka puasa. Tiap2 hari kami geng-geng bujang kat kuarters guru akan makan di rumah seorang guru perempuan yang dah kahwin . Seronok juga, hari-hari setiap orang akan bawa makanan masing-masing. Dan kami akan makan sama-sama. Seorang akan masak nasi dan yang lain akan bawak lauk, kuih, air..Selalunya aku senang je, pergi pasar Ramadhan beli je ayam percik maka bawaklah untuk sama-sama dimakan.

Hurm, takdelah sunyi sangat buka puasa tahun ni. Makan ramai-ramai macam satu keluarga pulak.Selalunya kami berlima. Sementelah pulak husband kepada tuan rumah kerja di KL, diapun selau kesunyian, maka kamilah yang menemankan. Tapi yang paling bestnya aku yang selalu menetapkan menu..Maka geng3 perempuan yang masak terpaksalah ikut menu aku..Haha.Terima kasihlah semua. Apapun, seronok juga dok kuarters ni.. Bila masing-masing dah pindah sekolah pastinya kenangan ni akan menjelma. Teringat balik zaman kampus dulu, kalau hari tak pergi buka kat masjid, kami akan beramai-ramai buka dalam bilik aku..Hurm semuanya dah jadi kenangan.. Salam 15 Ramadhan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

xiiinam said...

Meriah...
Indahnya dunia perantauan kalau dapat raka-rakan yang begini....

edy anuar said...

bila lagi mahu mengisi kekosongan dan berbuka cara family plak cekgu?
:)

insan pendidik said...

Salam,
IP teringat berbuka dan sahur masa kat U. Kami berkongsi beli periuk nasi dan beli lauk. Dalam 6 orang. Cukup berselera. Yang tak sedapnya rakan Kelantan makan dengan budu. Abis terpalit kat semua lauk. Nak tak nak makan jugalah...

imanshah said...

edy..insyaAllah.dalam perancangan.Allah jua menentukan

imanshah said...

IP..hurm, saya orang kelantan yang tak makan budu..dari kecik tak makan, bila dah besar dah tak pandai makan

DaHLia said...

hehe...ramai gak oghe klate dok make budu ek? igtkn arwah abh sy jer...

by the way, waktu bbuka mmg meriah kalo beramai2...lagi2 bila jauh dr keluarga kan..

Anak Tumpat said...

best sgh tu berbuka beramai2.. tahun lepas ada gak kawe wat cam tu.. tapi loni xleh nk bt dah gu, pasal ramai doh member hokbalik semenanjung.. supo hok demo oyak la, dah jadi kenangan..hahaha

Anak Tumpat said...

demo x makan budu deh imanshah.? demo alahan ko? tapi pok sedara kawe n famili dio pun x makan budu jgk. ganti kicap la kalu nk cicah dgn ulam..haha.. kawe cni cuba nak ajar ore saraeak makan budu..ramai dah ore sarawak makan budu tau.. cina pun ada.. hahha..x caya klik sini..

http://anaktumpat.blogspot.com/2009/02/cina-sarawak-makan-budu.html

imanshah said...

Anak Tumpat :bilanya demo nak kelik jugok??

Anak Tumpat said...

kawe rasa lama lagi kot duk sini.. sebab adikk beradik 4 ore duk sarawka blako.. x kesik la. tp tgk la.. kalu kata pasni rezeki kawe ada di semennjung kawe kelik.. tapi x dok iat lagi tuh nnk isi bore balik.. suko la demo duk semenjung. serba serbi mudah..

Cik Amy Sensei said...

salam ramadhan buat saudara..

imanshah said...

anak tumpat : wah demo jadi toke budu kat sarawak..baguslah

NuR said...

wah..beshnyer mcm tu..
teringat berbuka puasa dgn kawan2 kat u dulu jugak..

cikgu, kad kenduri jgn lupa dilayangkan nanti ye?

hysMan.. said...

salam cikgu..hehee
waa...cikgu crita zaman kegemilangan geng2 belajo dulu teringat pulak tetiba..hehee..

best jamu ramai2..
feel nyer lain dan rase semangat utk menjalani ibadah seterusnya..

salam 15 Ramadhan juger..
:p

sonata anak kancil said...

salam...sedapnya air oren tu! jika tahun ni beruka dok numpang orang, kalau boleh tahun orang numpang awak pulak! he3x....

Tirana said...

Kadang-kadang seronok juga berbuka puasa cara orang bujang..simple tak macam orang yang dah beranak pinak ni..

fakhruddin said...

wow, cg, buka ngan siapa tu? siapa yang bujang2 lagi ek kat sana? hehe

n@m@n said...

masa kt UKM dulu buka puasa kat masjid UKM


dalam talam..huhu

iqbalsyarie said...

wah..kami kat sini pun best jugak.trainee engineering bukak puasa ramai-ramai kat surau.makan sunnah dalam talam.best!makan dgn penduduk tempatan sekali.

anyss said...

X de sesape ke berbuka pose sesorong hadap dinding?

cedih! cedih! cedih!

anyss said...

x de sesape ke bukak pose sesoring ngadap dinding?

Cedih! cedih! cedih!

fikri FAUZI said...

wahhh.
best nyer berbuka dengan cg2 lain
nk tumpang dua kaki?
;P

ayisy said...

wah, kompom meriah. teringat zaman berbuka kat asrama dulu. hahaha...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget