WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, September 28, 2009

EH KAU DAH BUNCIT LAH!!

1) Eh kau nampak berisi lah...
2) Orang lain semua kurus bila puasa, kau je tak kurus-kurus
3) Mak ai, dah tembam lah kau...
4) Ai, kawin belum lagi, dah ada gaya nak dapat PJK (perut jauh kedepan)....
Salam semua..ayat-ayat di atas merupakan ayat yang selalu aku dengar mutaakhir ini, atau semenjak dua menjak ni..Balik je kampung, mesti ada yang tegur..dari jiran-jiran, sampailah bekas cikgu sekolah rendah. Semua nak menegur..Kalau seorang dua, rasanya takder lah kisah sangat, tapi kalau bila jumpa orang je, semua menegur, apa kes.. Walau tetap memberi senyuman yang kelat pada penegur, namun jauh disudut hati mula dipaliti perasaan gusar dan bimbang.
Balik je rumah, tengok bahagian perut, aii buncit ke?? rasanya masih mengenakan seluar saiz 30-31...Beralih pula pada muka ?? Tembam ke...cari-cari gambar dua tahun lepas, tengok betul-betul perubahan..hurm, macam tu gak. Pergi timbang, ai 62 kg, idaklah berat sangat..Tapi kenapa semua orang menegur?? Kenapa teguran tu merimaskan..jenug juga memikirkan..Dah namanya manusia kan...selalu nak kelihatan ideal..haha..
Tapi kalau namanya lelaki lantaklah..rasanya bahagia je dengan keadaan begini..tak mampulah nak memuaskan hati semua orang..Jadi diri sendiri lagi baik..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaannya..ramai lagi orang kat luar sana yang lebih 'kurang' dari kitakan..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slma.. guana tu... mkn sedap ke?

imanshah said...

haha, raya2 nikan

Tirana said...

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir kita tembam, maka kita akan nampak kita tembam..hehehe

xiiinam said...

Asal bahagia....


Semalam pun ckLah kena sound dgn doktor....berat naik....laporan2 lain tk memuaskan...

Aku Cikgu Sekolah said...

Kita serupa...cuma soalan berbeda...soalan wajib ditanya " ko ni, bila nak kawin? Tengok org lain, semua dah beranak pinak? Rugi woo kalau tak kawin? Bila lagi ni, umur dah ningkat, rumah dah ade, tak sunyi ke dok sorang2? Ko tengok ayah ko, bila pencen anak semua dah keja!...apa-apa hal pun jodoh, ajal, maut, perpisahan n pertemuan di tangan TUHAN kan, aku senyum aje dan jawab dalam hati "MASIH ADA YANG SAYANG KAT AKU"!

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT. Tidak ada sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, senyum dan ucapkan syukur. Itu adalah kamu, insan yang kamil~

scrlettfr said...

salam...
hahaha... camaner tu? sometimes sesekali orang tegur 'gemuklah, berisilah, sihatlah...'
bagi org yg selalu akan cakap 'mcm tu gak, biasa-biasa saja, maintain...' tapi ada jugak 'kuruslah, kedinglah...'
biasalah tu...
kekadang hanya sebagai org yang tegur itu menerima kita dengan seadanya... sapa menyapa menunjukkan dia kenal kita..
btul tak..?

heheheheh

zai said...

Salam Imanshah..

Kak Zai ada pengkritik paling hebat..suamilah apalagi..pantang tembam atau gemuk sikit mesti kena tegur walhal perut dia sendiri mengalahkan perempuan mengandung 7 bulan hehehe...biasalah tu kan..usik mengusik membawa bahagia..takpun lebam biji mata kena penumbuk sbb tak tahan kena perli..

Batara Guru said...

berpuasa bukan untuk kurus....tapi untuk gemukkan pahala...

imanshah said...

Kak zai, janganlah bagi lebam bijik mata suami tu..kang tidoq kat luar kan

imanshah said...

Izaheri, betul tu, aku harap kau bertemu jodoh dengan insan yang terbaik, Amin

bUaL kEnTaNg said...

salam cikgu..
sama la,saye pon org kate bdn dah berisi tp bukan disebabkn rayer..mmg bdn nk naek kot.. hahaa..kire ok la tu,klu umo 29 berat baru 60 lbh ok latuh.. pinggang dlm 30-31 still normal lg..
pedulikn jer..pada saye yg pntg kita sihat bersenam dan amalkn makanan sihat..naek ke tak dah mmg itu kita.. syukurlah dr org yg kurang dr kita,alhamdulillah.. :)

Cikgu Chun said...

Ada OOOONNNGGGG lah buncit tu.... hehehe

Tukang cerita said...

tak kisahlah buncit ke tak cikgu...
janji sihat....
:)

n@m@n said...

parok tu gu..

nanti lepah nikoh lagu mana la eh..

hehe

faris.a said...

haaaa..bosan nyer dgr soklan2 tuh.hahaha

kuIna LadyInRed said...

sy pun ditegur begitu tp bila timbang tetap mcm tu...

| cik azeya | said...

ah. sy pon same. tak suka. T_T

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget