WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 6, 2009

JANGAN KHIANATI ANAK YATIM



Alhamdulillah, tadi aku berpeluang mengikuti rombongan pertubuhan Pendidikan Ad-Deeniyyah, Ipoh bertandang ke Asrama Anak-anak Yatim Darussalam, Simpang Pulai untuk berbuka puasa. Ad-Deeniyyah merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan untuk mengembangkan sistem pendidikan pondok moden kepada umat Islam yang berminat. Sebagai sebuah NGO pendidikan, Ad-Deeniyyah secara lazimnya menjalankan tanggungjawab sosial untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Aku sampai di sana bersama Kak Noridah dan Abang Farid tepat jam 6.30 petang sambil menunggu ahli-ahli Jawatankuasa Penaja yang lain. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dimulakan dengan tazkirah ringkas mengenai Anak Yatim yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rahmat dari Universiti Teknologi Petronas. Seterusnya majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim telah diadakan, didikuti dengan solat maghrib berjemaah, solat Isya' dan solat terawikh. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan kesihatan dan kelengkapan diri, wang tunai serta pembahagian duit raya kepada para penghuni.

Amat menyentuh hati menyaksikan anak-anak yatim yang hidup di asrama tanpa kehadiran ayah dan ibu di sisi. Mereka merupakan anak yatim yang telah kematian ayah dan dari golongan fakir miskin yang berpendapatan rendah. Di sinilah mereka diajar untuk berdikari bagi meneruskan kelangsungan kehidupan. Tersentuh hati kecil aku apabila melihat kanak-kanak berusia 4 tahun yang telah dihantar oleh ibunbya ke asrama ini kerana ketidakmampuan ibunya menyara kehidupannya. Rumah kanak-kanak malang ini telah terbakar, semeetelah ayahnya pula kembali ke Rahmatullah. Terdetik betapa walaupun aku telah kehilangan ayah, namun Al-hamdulillah kehilangannya sewaktu aku telah dewasa.

Bayangkan anak-anak kecil yang tidak sempat merasa belaian kasih sayang ayahnya. Namun, mujur ada insan-insan mulia yang sudi menjaga dan mengasuh mereka seperti anak sendiri di asrama anak yatim tersebut. Aku doakan agar anak-anak ini terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup, berjaya dunia akhirat dan akan dapat membantu ibu mereka apabila sudah dewasa nanti.

Mengambil iktibar sirah Nabi Muhammad SAW junjungan besar kita yang yatim piatu semenjak kecil lagi .Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :


"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."

Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Cikgu Adham said...

slm..
mmg mantap.. sebenarnya ni la tanggungjawab sosial kita kpd anak2 yatim... sebenarnya buka setakat tanggungjawab sosial, malah manjadi lebih dari tu dan menjadi tuntutan agama kita dh pulok... ni tanggungjawab kita sebagi Muslim.. demo beruntung dpt gi tempat lagu ni sekurang2 kita dpt muhasabah diri snd huhuhuhu

n@m@n said...

kawe pernah gi umah anak yatim sekali buat kerja amal..

mmg nmpk mereka nk kasih sayang, sentiasa je berdamping ngan kita,nk suruh kita lyn...

xiiinam said...

Semoga amalan berpanjangan.....





ckLah pernah ke sini....bersama rombongan Puteri Islam ckLah...dulu!

memoribilia said...

sy pernah membuat khdmat msyrakat slama 20 jam di sebuah rumah anak yatim...Prasaan tersentuh apabila melihat akan hubungan baik antra staf yg bertugas dan anak-anak yatim disitu...mereka perlukan kasih sayang

imanshah said...

memoribillia...betul tu, ada yang tido atas riba pengasuh je..hurm memang tersentuh

Cikgu Adham said...

kawe x penah pon lawat umah anak yatim... nk juga rasanya tgk2 huhuhuu

rizuan mh said...

assalamualaikum..

sgt2 hendak berterima kasih kat ckgu iman yg sudi jengah blog saya..tak sangka dpt bertemu mantan YDP MPD dr Cahaya Permai (lama sungguh ni rasanya..) di blog ni..

diharap dpt bantu tunjuk ajar..kebetulan, insya-Allah saya juga bakal guru..ameen..

semoga dikurniakan kesejahteraan selalu.

cikgupj said...

syabas cikgu, selalunya kalau ngajar kat asrama penuh, dan jadi warden asrama jarang dapat membuat kerja amal seperti ini bersama masyarakat setempat...sape pernah ngajar asrama penuh faham sangat perkara ini...

imanshah said...

Rizuan MH..sama2..cabaran pemimpin dulu ngan sekarang berbeza..harap2 dapat jalankan tugas dengan sempurna

imanshah said...

CikguPJ ..hurm itulah, larilah sekejap dari kesibukan waktu di sekolah..hehe

Dj Epoi said...

Salam..............

IMan..

Lu & Team Lu dah melakukan yang terbaik weih!!!!

Clap x 3

Mesti seronok anak2 Yatim yang diraikan tuh!!!

Shukur!! masih ada yang Sayang!!

kimisai said...

huh...
spe mkn duit anak yatim lagi cibai..lagi terukk..padah wooooooo

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget