WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, September 7, 2009

KASIHAN IBU TUNGGAL


Gambar sekadar hiasan

Sebelum ayah meninggal aku pernah berbual dengan ibuku..Bunyinya kira-kira begini, "Kenapa ya mak kampung kita ni ramai betul ibu tunggal..kaum ibu tak ramai yang meninggal, tapi kaum bapa setahun 7,8 orang yang akan pergi dulu..", Ibu hanya mampu tersenyum dan kami mula mengira-ngira berapa banyakkah rumah di kampungku tidak mempunyai LELAKI sebagai ketua keluarga..ternyata lebih kurang 45 keluarga yang isteri mereka tidak punya suami dan anak-anak tidak punyai ayah. Akhirnya kini tibalah giliran kami pula kehilangan ayah.

Aku menulis entri pasal ini adalah kerana kalau diperhatikan kebanyakan keluarga yang tak punyai LELAKI sebagai ketua keluarga porak peranda. Di kampung aku, ramai dalam kalangan anak-anak yang tak punya bapa terlibat dengan pemasalahan seperti dadah, ponteng, merokok, rempit, pecah rumah dan banyak lagi kesalahan lain. Jangan salah sangka, mohon maaf banyak-banyak.Bukan aku nak cakap anak yatim tu jahat, malah ramai dalam kalangan mereka yang berjaya ke menara gading. Kita kena akui hakikat ini, kesusahan, kemiskinan dan kepayahan itu sebenarnya yang melonjakkan mereka. Namun, hakikatnya juga ramai di luar sana yang terbiar dan terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat.

Di kampung-kampung, kebanyakan ibu tunggal tak punya akses kepada banyak pekerjaan. Kalau di bandar ada juga pekerjaan seperti di sektor perkilangan, gedung membeli belah, cleaner dan sebagainya. Tapi di kampung?? Paling tidak berniaga kedai runcit bagi yang ada modal. tidakpun pekerjaan yang memerlukan kemahiran seperti tukang urut..Kalau di kampung aku kebanyakkan mereka bekerja sebagai pembantu di kilang membuat keropok sebagai tukang siang ikan..Hurm, itulah hakikat kepada sebuah kehidupan. Kudrat dan tenaga dikerah sepenuhnya untuk mencari pendapatan untuk membesarkan anak-anak. Maka anak-anak terbiar tanpa kawalan dan perhatian.

Baru-baru ini sewaktu aku pulang ke kampung, seorang saudara (juga ibu tunggal) dalam nada sayu menceritakan anaknya sudah tidak mahu bersekolah. Berkawan pula dengan budak-budak nakal yang memeng terkenal dengan kes pecah rumah dan dadah. Setiap hari pulang lewat malam, bukan kerana bekerja tetapi kerana melepak bersama kawan-kawan. Dan yang paling penting, tiada siapa yang nak ditakutkan. Kerana dia hanya punya nenek, ibu, dan kakak. Bergenang air mata si ibu dengan sikap anaknya. Ini hanyalah sebahagian dari kisah dan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal.

Apapun kita kena kembali kepada qada' dan qadar Allah. Yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan kehidupan. Persoalan yang sukar dijawab...siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?? Terkenang lagi kata-kata ibu, "Esok-esok di kampung kita nak cari orang yang nak usung jenazah pun takda.." Hurm, itulah janji Allah....Nauzubillah..Salam Nuzul Quran..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

n@m@n said...

Dulu lepas peninggalan arwah abah kawe, ma kawe kerja mencuci pinggan di kedai mkn, mnkala kami adik beradik beradik menjaga kedai runcit yg diusahakan arwah

Alhamdulillah, skang msg2 mempunyai kehidupan sendiri,w/p tiada yg bergelar jutawan..kami ttp bangga

NuR said...

hakikat kehidupan yg perlu diteruskan demi secicip rezeki..
moga mereka tabah..

imanshah said...

n@man : tahniah untuk anda kerana berjaya mengharungi semuanya..hargailah pengorbanan bonda yang telah bersusah payahmembesarkan anda dan adik beradik yang lain..

Cikgu Adham said...

slm sheikh...
mmg betul la... dlm mendidik anak ni sangat penting peranan "parential role" istilah yg kawe amek dari pensyarah pendidikan masa kawe ngaji dulu la... dimana keseimbangan didikan peranan "bapa" dan "ibu" dlm mendidik..

kalau kita relate di sekolah pon sama la... dimana kalau kita kaji statistik bilangan guru wanita dan lelaki... sgt beza kan.. sehingga ada sekolah bil cikgu lelaki sgt kurang berbanding nisbah guru wanita... menyebabkan pendidikan secara "parential role" tidak seimbang di sekolah..

sebab tu jadi masalah pelik2 di sekolah kerana apa yg berlaku di sekolah, pelajar lebih banyak menerima pendidikan secara keibuan sahaja.... jadi berlaku la masalah spt di kampung demo tu.. sebenarnya bukan kg demo jah... merata2 tempat pon berlaku...

ikan emas said...

ek, ckgu suker nora yer..ibu tunggal laa ni lg laris aper!

..ada jg keluarga porak peranda anak2 jd lbh hebat

hysMan.. said...

salam cikgu..
itu pon salah satu faktor juga..
skurang2nya if ade ketua keluarga (ayah) mungkin gejala -ve mcm yg cikgu sebut dapat dielakkn..tp pucuk pangkal pd cara si keluarga didik anak..
kat kampung kawan pon sama gak gaya tu,tp tak kurang jugak yg da berjaya ke menara gading..

kuIna LadyInRed said...

selepas berpisah sy tak prnh pandang ke belakang.. hidup perlu diteruskan... syukur sy mempunyai kerjaya sndiri yg menjamin kehidupan.Anak; tetap menjdi best student setiap penggal wlupun sy hanya wekend mother.

Teknologi menyatukn, memudahkn..tiada batas sempadn... buat kerja sekolah face to face wlaupun di alam maya..

Cikgu Chun said...

Kisah sy pulak lain, ada bapa tunggal selepas kematian ibu pada 2003. Walaubagaimanapun semasa ibu meninggal, adik beradik kami kiranya sudah besar2 lah. Cuma kesian tengok ayah yg terpaksa menguruskan rumah sorang2... nak masak dah tentu x pandai coz dia x penah masak dulu2..kena kemas umah lagi, dan jaga seorang adik bongsu yg boleh tahan perangainya. Adik beradik yg lain semuanya kerja jauh2 di negeri orang.

Tukang cerita said...

bergantung pada individu itu sdiri...
tp, tidak dinafikan, byk pelajar bermasalah kalau kurang kasih sayang atau perhatian, termasuk anak2 kehilangan ayah ni...

imanshah said...

Cikgu Chun..kredit untuk ayah cikgu..bapa mithali

imanshah said...

Kulna..hurm memng ada beza antara ibu yang bekerja, moden dan tinggal dibandar..apatah lagi berpendidikan tinggi macam kulna..yang saya utarakan ibu2 yang tinggal di kampung..apapun semoga kulna akan terus tabah...

imanshah said...

ikan emas..wah2 saya memng suka ibu tunggal..haha

Kujie said...

wah....ibu tunggal Nora Danish hot!

Mengikut kajian dunia juga jangka hayat wanita melebihi lelaki. Mungkin juga kerana fitrah lelaki yang keluar untuk mencari nafkah menyebabkan mereka lebih terdedah dengan berbagai penyakit.

Sebaik mana seorang ibu dengan anaknya, tetapi memerlukan bapa sebagai ketua keluarga.

Aidil Fadzil said...

Salam, kekuatan yang kau sandarkan pada kakimu membuatkan kau bertambah yakin untuk membina satu kejayaan. Tahniah.

xiiinam said...

ckLah ada juga rakan-rakan rapat yang telah menjadi balu..dan ibu tunggal, yang terpaksa sendirian membesarkan anak-anak.....


Ternyata, hidup ini bukan semudah yang dilihat secara zahir...

ayisy said...

didikan bermula dari rumah. tak dinafikan, ramai gak kawan aku yg bermasalah sebab family bermasalah. alhamdulillah, family aku bahagia jek. walaupun banyak orang terjebak dengan jenayah sebab keluarga bermasalah, ada gak member aku yg makin baik selepas ibu atau bapa diaorang meninggal. yang penting, terpulang la pada individu tu sama ada nak pilih jalan baik atau sebaliknya.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget