WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 26, 2009

LELAKI MELAYU KELANTAN TERAKHIR


Salam semua..hari-hari terakhir di kampung halaman, hurm sedih pulak rasanya. Hari ini aku nak post pasal sarung atau pelikat. Hurm, satu hari ni, aku dari pagi hingga malam hanya berkain pelikat. Agaknya aku masih lagi berpegang teguh pada adat orang-orang lelaki kelantan.haha.Ntahlah bila balik kampung je, semuanya bertukar secara automatik. Pagi tadi aku ke pekan dan ke pasar pun berkain pelikat, ke kedai pun sama, pergi pantai pun sama...Nak kata malu, takdalah pulak..sebab ramai juga yang berkain pelikat. Cuma bila aku nak ke Ketereh untuk menziarahi nenek, kakak menegur kerana masih berkain pelikat..Haha, tapi ada aku kesah???

Even masa ke Tesco sebelum Aidilfitri, aku lihat ramai juga "pakcik-pakcik" yang berpelikat..Kalau di Ipoh, memang tak dapat lah tengok senario ini. Sebenarnya senario orang lelaki di Kelantan berkain pelikat semakin hari semakin pupus. Hanya tinggal golongan tua yang masih berpegang dengan kebiasaan ini. Golongan muda semakin hari semakin meminggirkan pemakaian kain pelikat kecuali untuk tujuan Solat sahaja..Nampaknya, akulah lelaki melayu kelantan terakhir..Tapi bila di Ipoh, rasanya tak terbuat...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

xiiinam said...

Kain pelikat La...La...La..La....


Kain pelikat juga cenderamata pilihan popular yang dihadiahkan untuk pakcik-pakcik dan orang tua yg kami ziarahi semasa raya...

Abd Razak said...

salam sdra...

selamat hari raya...

saya tak berapa gemar memakai kain pelikat, kerana bimbang ketika sedang sujud aurat kita ternampak hingga ke paha oleh orang yang duduk di belakang saf kita

zai said...

Salam Imanshah..

Hehehe..kelakar lak tengok gambar tu..ni nak promote kain pelikat ke nak promote lelaki melayu kelantan terakhir nie dik ??

Kenapa lak nak malu nak pakai kat pekan Ipoh sana..cubalah manatau nnti tiba2 jadi satu trend berpakaian kat sana...hehehe

NuR said...

unik pula kalau lelaki berkain pelikat ke tesco..

bUaL kEnTaNg said...

salam cikgu..
oo.. iyer ker??
baru saye taw..
bagus tu cikgu,klu takde kita sape lg nak memanjangkan budaya tu iye dak.. salute laa..ehee

klu kat jb mcm tu,hampeh.. :(

Cikgu Adham said...

slm...
act berpelikat sgt selesa bg kawe... eventhough kalau di kapit, jika kawe keluar pas magrib atau isya, kawe akan berpelikat je bila gi kedai mkn atau masuk mini market...

tp kawe pon pelik, msykt tgk kepada kawe mcm pelik je hah hah hah hah.. tp kawe x kisah sebab kalo di kampung pon mmg gtu la.. bila kuar dgn member2 mlm2, mmg kawe berpelikat je hah hah hah

sonata anak kancil said...

kat umah berkain pelikat biasa la tu...tapi kalau sampai ke bandar ---naik heran orang tengok...salah hemat orang kata...berkha....ke?
Orang2 balik nun dah biasa , takpe la...

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum wbt... hehe nampak sweet lagi kalau wanita berkain batik. Kalau balik kampung secara automatik memang all out jadi 'orang lain'... hehe~

lillies said...

itu adelah satu budaya yang x patut dibiarkan pupus..
kan comel dan sopan bila berkain pelikat...

kain pelikat lalalala...kain pelikat lalalala.....

n@m@n said...

salam...

hati2 pakai kain pelikat, nanti terlondeh..hehe


masa pas 'potong', kain pelikat adalah uniform rasmi.hehe

imanshah said...

cklah..kain pelikat yang orang sedekah kat arwah ayah saya masih banyak tak terusik dalam almari...

Abd Razak..InsyaAllah, aurat tetap dijaga waktu solat

imanshah said...

kak Zai, seganlah sebab takut sorang2 yang pakai...nanti orang tertawakan

Nur, itu pemandangan biasa di Kelantan

imanshah said...

Hysman, bukan je berpelikat, kadang2 berserban pun jarang nak dapat tengok kat JB

Adham..kita orang kelantan dah biasa, tapi bila di luar, orang pandang kita luar biasa..macam buat satu kesalahan besar pulak ya

imanshah said...

Kak Sonata...orang balik sini memang terkenal ngan kain pelikat ngan batik..pg tesco pun perempuan pakai batik

Aisyah..tulah, bila di kampung aotomatik jadi orang lain kan

imanshah said...

Lilies n Naman

Huhu, kawe pakai kain batik lepas je masa 'potong;

MaMaQaYPo FaMiLy said...

kalau kat Myanmar semua lelaki berKAIN kan?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget